ISMA Australia » Sekretariat

ISMA kesal tindakan kerajaan lulus lesen pertaruhan Piala Dunia
Bandar Baru Bangi, 14 Mei – “Kerajaan telah melakukan kesilapan yang serius apabila dengan rasmi  melakukan pencabulan terhadap nilai dan prinsip yang menjadi dasar negara dan pegangan masyarakatnya sendiri dengan meluluskan pemberian lesen pertaruhan perlawanan bolasepak Piala Dunia 2010 kepada Kumpulan Berjaya,” demikian tegas Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.

Sambil menyifatkan tindakan tersebut sebagai berani tidak bertempat, beliau seterusnya menambah “Tindakan ini seolah-olah sengaja mencabar sensitiviti umat Islam dan memijak kehormatan hukum Islam.”

Ustaz Abdullah Zaik seterusnya mempersoalkan, “Apakah bezanya judi yang dihalalkan oleh kerajaan dengan judi yang diharamkan oleh kerajaan? Tidakkah semuanya akan membawa kemudharatan kepada kesejahteraan hidup masyarakat?”

“ISMA dengan ini merakamkan rasa kesal yang tidak terhingga kerana harapan dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat telah diabaikan dengan begitu sahaja,” tambahnya lagi.

Berikut adalah kenyataan penuh daripada ISMA:

ISMA BERANGGAPAN KERAJAAN TELAH MELAKUKAN KESILAPAN SERIUS DENGAN MELULUSKAN LESEN PERTARUHAN SEMPENA PIALA DUNIA

Tindakan kerajaan meneruskan keputusan memberikan lesen judi kepada Kumpulan BERJAYA milik Vincent Tan merupakan satu sikap berani yang tidak bertempat. Walaupun ia dibantah oleh banyak pihak, kerajaan belum menunjukkan tanda akan menarik balik keputusan itu.

Ini kerana kerajaan dengan tindakan tersebut, seperti sengaja mencabar sensitiviti umat Islam dan memijak kehormatan hukum Islam. Adalah sangat memalukan perkara seperti ini dilakukan oleh sebuah kerajaan yang majoritinya beragama Islam.

Kerajaan dengan itu telah menguburkan kepercayaan masyarakat Islam terhadap dirinya sebagai  pihak berkuasa yang dipercayai dan diberi mandat untuk mempertahankan agama dan maruah umat Islam.

ISMA merakamkan rasa kesal yang tidak terhingga kerana harapan dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat telah diabaikan dengan begitu sahaja.

Adakah keuntungan besar yang diharapkan oleh kerajaan daripada sumber pendapatan yang haram telah menjadikannya tersasar dari norma sebagai sebuah pemerintah yang berintegriti?

Bagi ISMA ia bukan sekadar haram tetapi yang lebih berbahaya dari itu ialah kerajaan sendiri yang sepatutnya beramanah dalam menjaga dan memelihara kepentingan umum telah sanggup mencariknya dengan pulangan yang tidak seberapa.

Apa bezanya judi yang dihalalkan oleh kerajaan dengan judi yang diharamkan oleh kerajaan? Tidakkah semuanya akan membawa kemudharatan kepada kesejahteraan hidup masyarakat?

ISMA beranggapan kerajaan telah melakukan kesilapan yang serius apabila dengan rasmi  melakukan pencabulan terhadap nilai dan prinsip yang menjadi dasar negara dan pegangan masyarakatnya sendiri.

Yang benar,

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,

Presiden,

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Ucapan Penghargaan Buat Dr Mohd Nasir dan Puan Haslina
Bersempena kepulangan Dr Mohd Nasir Abu Hassan selaku bekas Pengarah di Jabatan Penuntut Malaysia (MSD), Australia dan Puan Haslina Abdul Hamid selaku bekas Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Australia ke tanahair berikutan tamat tempoh perkhidmatan, ISMA Australia mengucapkan sekalung penghargaan dan selamat maju jaya kepada Dr Nasir dan Puan Haslina.

Kami amat berbangga kerana dapat berkenalan dan bekerjasama dengan Dr Nasir dan Puan Haslina dalam menjaga kebajikan ahli ISMA Australia terutama di kalangan para pelajar di sini. Semoga hubungan baik ini berkekalan dan diteruskan dengan Pengarah MSD dan Pegawai JPA yang baru kelak.

Sekretariat ISMA Australia

Kenyataan Rasmi ISMA Berhubung Perkembangan Terbaru di Masjidil Aqsa
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyeru umat Islam di seluruh dunia, terutamanya umat Arab, agar bangkit menuntut pemerintah negara masing-masing supaya mengambil tindakan berwibawa dengan menamatkan sebarang hubungan diplomatik dan ekonomi dengan negara musuh, Israel, membekukan sebarang usaha damai dan seterusnya bersatu dalam usaha membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan musuh.

Muktamar Ketua-ketua Negara Arab, yang dijadualkan akan berlangsung di Libya pada 27-28 Mac ini, seharusnya dijadikan medan untuk mengambil satu sikap yang lebih berani dan mampu mengekang kerakusan Israel. Negara-negara Arab perlu mencapai kata sepakat dan bersatu untuk mempertahankan kesucian Masjidil Aqsa al-Mubarak.

Sengketa berterusan antara pihak-pihak di Palestin sendiri telah diambil kesempatan oleh Israel untuk memperkukuhkan kedudukan di Baitul Maqdis. ISMA menyeru  pihak-pihak yang terlibat agar kembali ke meja rundingan, mencari kesepakatan serta mengutamakan kepentingan  Palestin mengatasi agenda masing-masing.

ISMA percaya bahawa tiada jalan penyelesaian bagi isu Palestin dan Masjidil Aqsa selain daripada perjuangan pembebasan dan kemerdekaan yang selama-lamanya tidak mengiktiraf negara haram Israel. Perjuangan pembebasan ini bertunjangkan kepada kehendak dan kemahuan rakyat Palestin sendiri, yang sehingga kini masih bertahan dan bersendirian mempertahankan kesucian Masjidil Aqsa, tidak tunduk mengalah kepada tekanan sekatan seperti di Gaza sejak sekian lama.

Sehubungan itu juga, ISMA mengajak seluruh umat Islam, di Malaysia khususnya, agar bersungguh-sungguh melakukan agenda pembinaan dan pembangunan keperibadian dan jati diri, supaya umat Islam menjadi sebuah bangsa yang kuat dan dihormati. Sesungguhnya dengan kekuatan keperibadian dan jati diri sahajalah kita dapat memaksakan kehendak kita ke atas musuh dan mengembalikan semula zaman kegemilangan umat ini.

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Bandar Baru Bangi

25 Mac 2010

Penyelarasan Gerak Kerja MISSA Di Bawah ISMA Australia
Kenyataan Rasmi Berkaitan Hala Tuju MISSA

Berkuatkuasa secara rasminya bermula  8 Februari 2010, Malaysian Islamic Society of South Austalia (MISSA) menjadi “Rakan ISMA Australia (South Australia)”. Berikutan itu, segala gerak kerja MISSA akan diselarikan dengan gerak kerja ISMA South Australia.

Sebagai divisyen pelajar ISMA South Australia, MISSA akan memberikan perhatian khusus kepada pelajar-pelajar South Australia. Objektif penubuhan MISSA masih kekal dengan matlamat untuk membentuk lulusan universiti yang cemerlang bukan sahaja dari sudut akademik tetapi juga dari sudut akidah, akhlak, dan sahsiah sepertimana dituntut oleh Islam, selari dengan visi ISMA iaitu Membina Generasi Harapan. Atas titik persamaan ini, kedua-dua pihak akan berganding bahu dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat demi mencapai objektif yang disasarkan.

Akhir kata, semoga kenyataan rasmi ini membuka ruang yang lebih luas dan melancarkan lagi perancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti pada masa hadapan. Sokongan dan penglibatan semua pihak amat dialu-alukan.

Tarikh Dikeluarkan: 8 Februari 2010

Future of MISSA – Official Statement

Effective 8th of February 2010, Malaysian Islamic Society of South Australia (MISSA) will be jointly operating with the Malaysian Muslim Solidarity of South Australia (ISMA SA), forming as ISMA SA student division. Following this mutual agreement, all future activities planned by MISSA will be in coordination with ISMA SA plans.

Understanding our position as a student representative body of ISMA SA, MISSA will focus its attention to cater towards students’ affairs in South Australia. Hence, we will continue to maintain the aim of our establishment which is to shape ‘an all-rounder’ university graduates as expected by Islam – an aim shared by ISMA Australia, whose vision is ‘Molding Aspiring Future Generation’. Therefore, both parties have agreed to work side-by-side to organize events and activities with the hope that greater accomplishments can be achieved in accordance with agreed objectives.

Finally, we hope that this official statement will open up virtues while making all future plans and activities more effective and efficient. We welcome all support and future cooperation with open arms.

Released Date: 8th February 2010

ISMA Sokong Kenyataan Datuk Nik Aziz Mahu PAS, UMNO Berbincang
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyokong kuat dan amat mengalu-alukan kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, yang mahukan PAS dan UMNO duduk berbincang mengenai isu-isu berkaitan Islam dan Melayu serta menamatkan pertengkaran yang berlanjutan selama 50 tahun yang tidak membawa apa-apa faedah.

Ini amat bersesuaian dengan peringatan Allah dalam surah al-Anfal, ayat ke 46: “Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.”

ISMA berharap kenyataan positif Menteri Besar Kelantan itu boleh menjadi batu tanda perubahan ke arah pengamalan politik kepartian Melayu yang lebih sihat dan mengutamakan kepentingan umat mengatasi segala kepentingan lain. Sehubungan itu, ISMA menyeru semua pihak yang berkenaan agar dapat menyambut kenyataan itu dengan tindakan-tindakan yang praktikal serta tidak sekali-kali membiarkannya dipolitikkan.

Datuk Nik Aziz mengemukakan cadangan agar PAS dan UMNO duduk semeja berbincang atas kepentingan Islam selepas menyempurnakan majlis penutup Seminar Pemikiran Islam Semasa – Pemakaian Kalimah Allah di Kota Bharu semalam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau rasa amat gembira jika perbincangan yang dicadangkan itu menjadi kenyataan, sekaligus menamatkan persengketaan lebih 50 tahun antara kedua-dua parti dokongan orang Melayu itu. Menurut beliau, jika majlis perbincangan antara pemimpin berlainan agama boleh dilangsungkan dengan baik, maka seharusnya tiada masalah untuk PAS dan UMNO – yang sama- sama Islam – untuk duduk berbincang.

Isu Surau Dibakar – ISMA Seru Semua Pihak Beri Perhatian Pewajarnya
Belum pun reda isu pembakaran gereja rentetan daripada kontroversi keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik, Herald menggunakan kalimah Allah di dalam terbitan mereka, kini berlaku pula insiden pembakaran dua buah surau di Muar. ISMA memandang isu pembakaran surau ini dengan penuh keprihatinan dan menyeru agar semua pihak memberi perhatian yang sewajarnya, sama seperti yang berlaku kepada gereja.

Ketika mengulas mengenai isu ini, Presiden ISMA iaitu Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman mengungkapkan rasa sedih dan kesal beliau kerana insiden pembakaran dua buah surau di Muar ini seolah-olah disambut dingin oleh semua pihak, tidak seperti kes pembakaran gereja tempoh hari. Hampir tiada kenyataan yang bermakna dari mana-mana pihak sama ada parti pemerintah atau pembangkang untuk menunjukkan perasaan inkar umat Islam terhadap perbuatan tersebut. Begitu juga NGO-NGO sama ada Islam atau Kristian juga senyap seperti tiada apa yang berlaku.

“Pada pandangan saya kes pembakaran surau ini sesuatu yang tidak boleh diterima oleh sesiapa pun tidak kira agama. Tetapi kenapa semua orang membisu – kecuali satu dua kenyataan sahaja – seolah-olah tiada siapa yang berasa sensitif dan kesal dengan kejadian itu. Sedangkan sewaktu insiden pembakaran gereja, semua pihak bergegas ke tempat kejadian dan kenyataan mengutuknya sambung-menyambung. Kerajaan juga serta-merta mengumumkan bantuan RM500 ribu untuk gereja. Malangnya apabila surau yang dibakar tiada siapa yang bertindak.”

“Adakah sensitiviti kita dalam menjaga perasaan orang Kristian lebih kuat daripada menjaga perasaan orang Islam sendiri?”

Encik Zulkiplee di lokasi kejadian di Surau Silaturrahim.

Dalam insiden awal pagi tadi, dua buah surau di Muar dipercayai telah dibakar dengan menggunakan minyak tanah dalam dua kejadian berasingan yang berlaku dalam jarak kira-kira dua kilometer di Surau Silaturrahim, Jalan Ismail dan Surau Kampung Parit Beting, Jalan Salleh. Wakil ISMA di Muar, Encik Zulkiplee Hassan telah berkesempatan menziarahi lokasi kejadian di Surau Silaturrahim, Jalan Ismail bagi melihat sendiri kesan kebakaran tersebut.

Media-media massa perdana juga dilihat kurang berperanan menyiarkan isu pembakaran surau ini dan tidak menjadikannya sebagai berita utama seperti kes pembakaran gereja. Mungkin mereka beranggapan peristiwa ini tidak membawa nilai berita yang tinggi kerana mengetahui bahawa semua orang termasuk umat Islam sendiri tidak akan mengambil apa-apa tindakan.

Reaksi umat Islam terhadap insiden pembakaran surau ini sebenarnya merupakan manifestasi kepada tahap sensitiviti mereka terhadap kesucian rumah ibadat mereka sekaligus maruah sendiri. Sebagai seorang Islam yang mempunyai ghirah terhadap agamanya sepatutnya kekesalan kita terhadap pembakaran surau ini lebih kuat daripada pembakaran gereja. Tetapi apa yang kelihatan tidak seperti demikian.

Perkembangan ini sekaligus mengundang persoalan serius yang perlu difikirkan bersama, iaitu adakah umat Islam yang terlalu bersifat toleransi dan tidak mahu menimbulkan kekecohan, atau mereka langsung tidak menyedari peristiwa yang berlaku, atau lebih teruk lagi mereka sememangnya tidak kisah atau sensitif dengan isu ini?

Mohd Firdaus Sabturani

Ketua Pengarang

Media ISMA

Kenyataan Media “Konvensyen Pemikiran Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa”
(Dari kiri, Aminuddin Yahaya – Setiausaha Agung ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman – Presiden ISMA dan Ustaz Wan Hisham Wan Embong – Pengarah Konvensyen)

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Perkembangan terkini isu-isu dan permasalahan dalam negara telah memperlihatkan permasalahan sebenar yang sedang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia khususnya orang Melayu. Kegagalan dalam menangani isu-isu berkaitan dengan kepentingan agama dan bangsa secara bersama telah memperlihatkan kelemahan yang sangat nyata. Fenomena ini telah menjadikan bangsa Melayu kelihatan satu bangsa yang sangat lemah hingga tidak mampu untuk membuat keputusan demi kepentingan mereka sendiri. Walaupun bangsa Melayu merupakan kaum majoriti di negara ini namun perpecahan yang ketara menjadikan mereka mudah dibayangi oleh kekuatan bangsa lain. Andai kata masalah ini tidak segera dirawat maka nasib orang Melayu dan agama Islam di negara ini akan menghadapi masa depan yang gelap.

Konvesyen ini cuba mengemukakan penyelesaian terhadap kemelut kelemahan orang Melayu menurut apa yang telah disarankan oleh Imam Hasan al-Banna.

Kenapa al-Banna ?

Kita memilih Imam al-Banna sebagai rujukan kerana pemikiran beliau kekal segar sebagai pelopor pemikiran alternatif yang mendominasi pemikiran perubahan pada abad ke-20. Ini diakui sendiri samada oleh sarjana barat mahupun timur sebagai satu penyelesaian yang terbaik bagi membangunkan sesuatu bangsa. Pemikiran ini lahir setelah beliau membuat kajian serta mengambil kira kekuatan dan kelemahan gerakan Islam semenjak ratusan tahun yang lepas. Pemikiran ini dianggap satu penyelesaian yang kompreshensif sesuai untuk mana-mana bangsa di dunia.

Memperjuangkan bangsa bukan perkauman

Hari ini terdapat di kalangan orang Melayu sendiri yang ingin menghancurkan keperibadian kebangsaan mereka dengan mengatakan bahawa memperjuangkan bangsa Melayu adalah perkauman. Kefahaman ini disanggah oleh al-Banna yang menganggap perjuangan memuliakan bangsa demi agama adalah satu keperluan:

“Umat yang sedang bangkit memerlukan kepada perasaan bangga dengan kaumnya sebagai satu bangsa yang agung, istimewa dan bersejarah sehingga terbentuk dalam diri generasi muda. Lantas mereka berjuang demi keagungan dan kemuliaan itu dengan darah dan roh mereka.  Mereka bekerja demi kebaikan tanah air, kemuliaan dan kebahagiaannya”.

Jadi, al-Banna mengemukakan bahawa untuk menjayakan agenda Islam yang besar hendaklah bermula dengan membangunkan sebuah bangsa yang kuat. Inilah agenda yang patut kita bersatu di atasnya.

Islam kuat dengan penganut yang kuat

Kita percaya agenda Islam di rantau ini tidak akan menampakkan cahaya selama orang Melayu, yang merupakan penduduk majoriti beragama Islam, berada dalam keadaan lemah dan dipolitikkan (musayasah). Oleh itu adalah menjadi gagasan kita untuk membangunkan semula bangsa Melayu supaya ia menjadi bangsa yang kuat yang boleh menentukan kata putus dalam hal kepentingan diri dan masa depan mereka. Dengan itu mereka layak menjadi bangsa memimpin dan menerajui risalah Islam.

Di sini ISMA mencadangkan perdamaian antara islamis dengan nasionalis atas satu agenda membangunkan sebuah bangsa yang hebat. Kami berpendapat pergaduhan antara islamis dan nasionalis sudah tidak relevan lagi. Berlarutan dalam pergaduhan menyebabkan kita terpesong dari tujuan asal dan berkemungkinan terjebak dalam agenda yang disusun oleh orang lain.

Kesatuan umat

Antara penghalang besar kepada Melayu hari ini untuk menjadi satu bangsa yang terhormat dan memimpin ialah disebabkan oleh sikap kepartian yang melampau hingga mengakibatkan perpecahan. Oleh itu ISMA berpendapat, bersatu atas satu agenda merupakan satu kefardhuan yang mesti dilaksanakan.

وأطيعوا الله و رسوله و لا تنازعوا فتفشلوا وتذهب ريحكم و اصبروا ان الله مع الصابرين

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, jangan kamu bertelagah sesama sendiri, nescaya kamu akan gagal, dan akan hilanglah kekuatan kamu semua, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar” (al-Anfal: 46).

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)

26 JANUARI 2010

Perutusan sulung Mursyid Ikhwan Muslimin ke-8, Dr. Mohammed Badee’
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah dan selawat serta salam bagi Rasulullah, para sahabatnya dan semua yang mengikutinya.

Ikhwah dan akhawat yang dimuliakan,

Saya dahulukan dengan sapaan Islam yang mulia: Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Dengan kehendak Allah, saya mengambil tanggungjawab yang besar ini, yang telah Allah tetapkan untuk saya, dan dengan permintaan dari gerakan Ikhwan Muslimin (IM) yang saya sahut dengan sokongan dari Allah. Dengan sokongan anggota IM, saya berharap untuk mencapai tujuan-tujuan besar yang kami curahkan seluruh tenaga kami, semata-mata kerana Allah.

Ikhwah dan akhawat,

Saya dahulukan ucapan saya dengan memberi penghormatan kepada guru kita, abang, dan ketua kita yang mulia Ustaz Muhammad Mahdi Akef, Mursyid Am IM yang ketujuh, seorang yang tegas, berdedikasi dan bersemangat tinggi yang telah mengetuai perjalanan pergerakan ini di tengah-tengah ribut dan badai dan telah melepasi segala rintangan, yang mana telah menghasilkan model dan contoh yang baik dan unik kepada semua pemimpin dan pegawai tinggi di dalam kerajaan, pertubuhan dan parti, dengan memenuhi janjinya untuk menyerahkan kepimpinan selepas hanya satu penggal.

Tiada kata-kata mampu menggambarkan perasaan kami kepada pemimpin hebat yang juga murabbi kami dan kami hanya boleh mengucapkan ”Semoga Allah membalas jasa anda dengan balasan sebaiknya dan Allah anugerahkan dengan pahala para Siddiqin”.

Kami ucapkan kepada ikhwah dan akhawat yang dikasihi di seluruh dunia, alangkah baiknya sekiranya anda berada bersama-sama kami semasa peristiwa besar ini berlaku, namun ianya tidak berlaku oleh kerana pelbagai sebab yang di luar kawalan kita, namun kami tetap merasakan kehadiran ruh anda yang sedang mengukir senyuman dan getaran yang jujur dan ikhlas.

Kepada mereka yang kami kasihi yang menghuni penjara kezaliman dan penindasan hanya kerana menegaskan bahawa Allah tuhan kami dan kerana mengangkat maruah, kehormatan dan kemajuan negara mereka, kami berikan sanjungan dan hormat kepada mereka di atas kesabaran, ketabahan dan pengorbanan, yang mana kami yakini tidak sia-sia. Kami doakan hati nurani para penzalim dan penindas sekalian akan tersentuh dan anda berpeluang untuk kembali bersama-sama menyokong usaha kita, semoga Allah merahmati dan melindungi anda semua.

Ikhwah dan akhawat,

Sepertimana yang diketahui semua, matlamat utama Ikhwan Muslimun (IM) ialah perubahan yang menyeluruh dan lengkap, yang akan membetulkan segala kerosakan menerusi islah dan perubahan. ”Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki (islah) sedaya upayaku dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah” (Hud: 88) dan dengan kerjasama semua punca-punca kuasa dan mereka yang mempunyai semangat tinggi yang tulus terhadap agama dan negaranya.

IM percaya Allah telah meletakkan semua asas yang perlu untuk pembangunan dan kebajikan negara dalam ajaran Islam; maka Islam mestilah menjadi sumber rujukan dan titik tolak bagi pembaharuan, yang dimulakan dengan proses tarbiyah dan melatih disiplin individu muslim, diikuti dengan pembentukan keluarga dan masyarakat muslim dengan mengukuhkan mereka, seterusnya dengan membawa keadilan dan berjihad untuk memerdekakan negara dari segala bentuk penguasaan asing atau penjajahan intelektual, spiritual dan kebudayaan serta penjajahan ekonomi, politik dan ketenteraan. Seterusnya membawa negara ke arah kemajuan, kemakmuran dan meletakkan negara di persada dunia.

Dengan kefahaman Islam yang komprehensif ini, IM telah digambarkan sebagai pergerakan dakwah salafi, pengamal sunnah (toriqah sunniyah), hakikat sufi (haqiqah sufiyyah), parti politik (hai’ah siyasiyah), kumpulan sukan (jamaah riyadhiyyah), persatuan kebudayaan dan ilmiyah (rabitah ilmiyyah thaqafiyyah), dan syarikat perekonomian (syirkah iqtisodiyyah) dan idealisma sosial (fikrah ijtima’iyyah), sepertimana yang telah disebut di dalam Al-Quran: ”Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan” (Al-Qasas:77).

IM memahami bahawa Quran dan Sunnah merangkumi semua peraturan, yang digunapakai dalam segenap aspek kehidupan dan ummah ini perlu memilih yang terbaik untuknya berdasarkan peraturan ini, di mana alternatif dan pilihan fikah boleh berubah mengikut adat kebiasaan, masa dan tempat.

Ikhwah dan akhawat,

Walaupun idea, matlamat dan objektif kami adalah jelas, banyak pihak cuba untuk menggambarkan kami dengan gambaran yang lain, meletakkan matlamat dan objektif yang berbeza terhadap kami; oleh kerana itu, kami selalu memperkenalkan kembali diri kami, prinsip dan pendirian kami terhadap isu semasa.

Saya ingin menyatakan kepada mereka yang mendokong kesatuan jamaah, bahawa mereka yang bekerja untuk Tuhan mereka, agama dan negara haruslah bekerja sebagai satu unit, walaupun memiliki perbezaan pandangan. Mereka yang mengatakan bahawa perbezaan pandangan akan menyebabkan perpecahan atau memberi kesan kepada ukhuwwah, sebenarnya tidak benar-benar memahami IM. Anggota IM telah berjanji dengan Allah untuk bekerja keras demi Allah sebagai satu unit seperti sebuah binaan yang tersusun.

IM bergerak berdasarkan peraturan dan disiplin, yang sentiasa diperbaharui dan diperkemas tanpa melanggar prinsip-prinsip yang asas, dan dalam hal ini IM sentiasa menerima nasihat dan pandangan semua pihak kerana mereka mengikut pepatah ”Allah merahmati mereka yang menunjukkan kekurangan kami”.

Ikhwah dan akhawat,

Saya mahu menyorot dan menekankan beberapa perkara berikut:

• Kami adalah satu Jamaah dari umat Islam dan bukan Jamaatul Muslimin, kerana satu kumpulan tidak boleh memonopoli Islam. Dan alhamdulillah, IM sangat popular di semua negara Arab dan negara Islam kerana pendiriannya yang sederhana yang berpaksikan Qur’an dan Sunnah.

• Dakwah dan pergerakan kami adalah bersangkutan dan saling bersandar antara satu sama lain. Pergerakan kami adalah berdasarkan dakwah kami dan motto kami seperti yang telah disebutkan dalam Qur’an: ”Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu.” (al-Hasyr: 10)

• Kami percaya dengan proses islah secara berperingkat, yang mana ini boleh dicapai dengan perjuangan yang damai dan mengikut lunas undang-undang berdasarkan pujukan dan dialog dan sekali-kali bukan melalui paksaan. Maka kami menolak keganasan dan segala bentuknya samada di pihak kerajaan mahupun individu, daripada organisasi atau institusi.

• IM percaya bahawa sistem undang-undang perlu memberi ruang kepada kebebasan individu, syura atau demokrasi, mendapatkan kedaulatan kuasa dari suara rakyat, mengenalpasti kuasa dan pemisahan antaranya, kerana inilah sistem yang paling hampir dengan Islam dan IM tidak akan menerima alternatif yang lain. Dengan perspektif ini, mereka mengambil bahagian dalam politik negara dan menuntut perubahan sistem politik melalui jalan yang sedia ada dan aman seperti melalui parlimen dan kerja kemasyarakatan yang mereka anggap sebagai satu kewajipan sepertimana kefahaman mereka terhadap agama mereka dan ketulusan mereka terhadap ummah.

• Berkenaan pendirian kami terhadap rejim Mesir, kami menekankan bahawa IM tidak pernah menjadi musuh kepada rejim, walaupun rejim selalu memberi sekatan ke atas mereka, merampas wang mereka dan sering menangkap pemimpin-pemimpin mereka. Walaubagaimanapun IM tidak pernah sedikitpun mengurangkan usaha menentang dasar-dasar yang mendatangkan kerosakan dari segala sudut dan terus menerus memberi pandangan dan nasihat untuk mengharungi krisis yang berterusan ini, yang disebabkan oleh rejim ini. IM membesarkan anak-anak bangsa dengan memberi nilai akhlak, moral dan sentiasa membantu orang lain, yang mana semuanya memberi manfaat kepada ummah, rakyat dan institusi negara.

• IM menekankan bahawa pendirian mereka terhadap apa jua sistem adalah berdasarkan mendokong yang baik dan menolak yang buruk, maka mereka tidak menolak sesuatu semata-mata kerana tidak sukakannya.

• Kepada saudara Kristian kami di dunia Arab dan dunia Islam, pendirian kami sangat jelas bahawa mereka adalah rakan kongsi dan peserta dalam membina tamadun ummah, rakan sekerja kami dalam mempertahankannya, rakan karib dalam pembangunannya, maka berurusan dan bekerjasama dengan mereka adalah satu kewajipan dalam Islam. ”Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil” (al-Mumtahanah: 8).

• IM percaya bahawa kerakyatan sesuatu negara adalah berdasarkan kerjasama dan kesaksamaan dalam hak dan tanggungjawab, kecuali dalam hal peribadi, yang mana mengikut kepercayaan masing-masing.

• IM menolak dengan keras dan mengutuk segala bentuk keganasan atas dasar agama yang sering terjadi dan menyatakan penolakan terhadap peristiwa yang menyakitkan ini, kerana penganut Kristian dan Muslim adalah satu komuniti dari segi struktur sosial dan budayanya. IM juga menyeru untuk diadakan perbincangan yang telus berkenaan sebab di sebalik ketegangan ini dan mencari penyelesaian untuk menghilangkan sensitiviti keagamaan dan mengembalikan negara menjadi satu unit.

• Berkenaan isu wanita, IM telah dengan jelas selama ini memperjuangkan hak-hak wanita dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. ”Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya” (at-Taubah: 71). Kami menyeru wanita muslim untuk memainkan peranan mereka dan sentiasa mengambil tahu isu semasa kerana ini akan memberi manfaat kepada ummah Islam dan Arab.

• Syura (atau demokrasi) adalah wasilah asas kami, kami bersungguh-sungguh melaksanakannya dan mengukuhkannya. Semua institusi dalam pergerakan ini meletakkan syura dan demokrasi sebagai asasnya, bermula dari majlis di peringkat cawangan sehingga pejabat Maktab Irsyad sendiri. IM menekankan bahawa syura atau demokrasi tidak menghilangkan suara pandangan pihak yang lain, dan mengambil pendapat majoriti sebagai keputusan untuk semua.

• Berkaitan dengan Islam, kerajaan, parti politik, intelektual dan elit budaya, IM percaya bahawa setiap orang harus mengambil bahagian dalam pembangunan dan pembaharuan dan menolak sebarang usaha meminggirkan individu atau persatuan mahupun peranan mereka. Mereka menerima kepelbagaian parti dan kebebasan untuk membentuk sebarang parti tanpa sekatan selagimana ianya masih dalam rangka perlembagaan negara. Mereka percaya dengan peralihan kuasa di antara parti dan kumpulan menerusi pilihanraya yang bebas dan adil kerana negara ini adalah milik bersama dan pembaharuan adalah tanggungjawab setiap individu.

• IM meletakkan isu Palestin sebagai satu keutamaannya dan menganggap isu ini adalah yang terpenting bagi ummah. Kesucian bumi Palestin dan kedudukan Masjid Aqsa di hati kita mengukur tahap kesetiaan kita kepada Islam dan bangsa Arab. IM tidak mengurangkan sedikitpun usaha untuk mengetengahkan isu ini agar ianya menjadi isu utama sistem pemerintahan dan ummah sehingga Palestin merdeka, InsyaAllah.

• IM bersungguh-sungguh menyokong negara Arab dan Islam serta menyokong pendirian mereka yang adil dan isu-isu penting mereka. IM tidak teragak-agak untuk menghulurkan nasihat kepada semua badan dan persatuan Arab atau Islam samada dalam bentuk yang rasmi mahupun secara umum. Mereka juga tidak pernah berhenti berkorban demi Ummah ketika mana diperlukan. Mereka menyeru negara Arab dan Islam untuk bersatu dan bekerjasama menentang projek penjajahan, hegemoni barat dan zionis, sepertimana mereka menyeru untuk kesatuan ummah dan menyelesaikan permasalahan di dalam dan di antara negara Arab dan Islam menerusi dialog dan bukan dengan senjata. Kami mengingatkan saudara kami di Yaman, Sudan, Somalia, Iraq, Lebanon, Afganistan dan Pakistan, bahawa satu-satunya jalan untuk memastikan keselamatan dan keamanan rakyat mereka adalah dengan berdialog dan bersetuju mengenai apakah jalan yang terbaik buat mereka.

• Pendirian kami terhadap sistem global yang dikuasai USA dan barat adalah sangat jelas. Kami tidak bermusuh dengan negara-negara barat, tetapi kami menentang sistem ini kerana ia menuntut demokrasi dan kebebasan untuk rakyatnya manakala menafikannya buat kami. Negara-negara barat menggunakan kekuatan ekonomi untuk mempengaruhi dan mengawal negara kami. Negara Zionis menuntut penghapusan dan penggantian nilai, budaya dan identiti Islam dengan nilai barat, yang mana akan merosakkan iman dan akhlak di negara kami. Kami menyeru ummah untuk bersatu menghadapi Zionis dan projek barat dan mengatasi segala perbezaan ideologi, menghentikan perkauman, dan menolak segala bentuk serangan atau penjajahan terhadap negara Arab atau Islam.

• Kami menuntut sistem global ini diubah menjadi adil dan benar dan terus bekerja ke arah keamanan dan kerjasama di antara bangsa-bangsa dunia dan menyebarkan nilai kebebasan dan keadilan di seluruh dunia. Seperti mana disebut di dalam hadis: ”Setiap kamu adalah anak cucu Nabi Adam, dan Adam dicipta dari tanah” (Hadis riwayat Al-Bazzar). Juga firman Allah: ”Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)” (al-Hujurat: 13). Juga hadis: ”Kaum Arab tidaklah lebih mulia dari yang lain dan begitu juga sebaliknya, orang yang berkulit hitam tidaklah lebih mulia dari yang berkulit putih dan begitu juga sebaliknya, kecuali dalam ketaqwaan” (Hadis riwayat At-Tabarani).

Ikhwah dan akhawat,

Kita melihat masa depan dengan penuh harapan dan keprihatinan.

Harapan adalah slogan hidup mukmin yang benar. Dan ia merupakan bekalan di perjalanan yang panjang, maka kita terus beramal dengan segenap harapan. Kasih sayang dan ukhuwwah merupakan wasilah ikhwan menghadapi kesusahan. Sesungguhnya berputus asa bukanlah sifat mukmin dan berdiam diri bukanlah kualiti seorang mujahid. Keprihatinan kami adalah sama seperti rakyat Mesir, bangsa Arab dan muslim; umat manusia keseluruhannya juga berkongsi keprihatinan yang sama tentang masa depan dunia, yang diancam konflik, wabak dan penyakit, dan para saintis merasa kasihan terhadap dunia kerana pemanasan global, kemarau dan penggurunan. Keprihatinan kami juga terhadap masa depan dunia yang ditadbir dengan polisi kuasa besar yang ingin memimpin dunia secara unilateral selama dua dekad, di mana mereka menyangka mampu mengawal dunia. Namun, mereka dikejutkan dengan darah yang mengalir dan jasad yang bergelimpangan di sebahagian dunia Islam termasuk Afganistan, Iraq, Sudan, Somalia, Lebanon dan Palestin di tambah dengan krisis ekonomi yang tidak putus-putus serta manusia yang hidup dalam kerisauan dan rasa cemas terhadap masa depan mereka dan anak-anak mereka.

Ikhwah dan akhawat,

Rakyat Mesir, bangsa Arab, Muslim dan manusia sejagat meletakkan harapan yang sangat besar kepada anda, anda –dengan izin Allah- mampu untuk menggalas tanggungjawab ini; sejarah telah membuktikan berulang kali tentang kesabaran, ketabahan, ketetapan pendirian dan keberhasilan anda walaupun banyak khabar angin yang tersebar tentang anda.

Tawarkan kepada dunia; Islam yang sebenar, Islam yang membawa toleransi dan kesederhanaan, Islam yang menghormati kepelbagaian beragama, Islam yang menggalakkan saling mengenali dan bekerjasama untuk kebaikan manusia.

Laluilah semua jalan dan gunakan semua wasilah untuk menyampaikan dakwah Islam kepada manusia dan bersungguh-sungguhlah; ”Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujah-hujah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh” (al-Furqan: 52).

Tetaplah berjihad dengan pernyataan-pernyataan, penulisan, pidato, lagu, filem dan drama, dan semua jenis seni yang terarah dan cara yang suci agar kebenaran Islam terserlah dan menolak segala bentuk syubhat. Slogan kita terdapat dalam ayat suci: ”Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk” (an-Nahl: 125). Dan firman Allah lagi: ”Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka dan katakanlah (kepada mereka): Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri.” (al-Ankabut: 46)

Didiklah diri anda dengan nilai dan etika yang murni, jadilah contoh buat masyarakat. Pimpinlah mereka ke jalan Allah dengan menjadi contoh yang baik dan dengan akhlak yang mantap. bekerjasamalah dengan semua pihak dalam membentuk peribadi dan menanam akhlak yang mulia.

Bekerjasamalah dengan mereka yang bekerja untuk kebaikan dan taqwa, bahkan bantulah sesiapa sahaja yang membawa kebenaran, mempertahankan iman dan memerangi kekafiran dan atheisme.

Perbetulkan dirimu dan rumahtanggamu, bersegeralah membuat kebaikan untuk membaiki masyarakat. Perhatikan nasib mereka yang ditindas di merata-rata tempat dan kembalikan hak mereka.

Kembalilah kepada Qur’an yang mulia dan Sunnah Rasulullah yang dijunjung, sirah kehidupan Rasulullah dan dan kehidupan manusia-manusia agung yang lain. Pelajari ia dan dapatkan pengajaran darinya dan perbaiki perjalanan kehidupanmu sentiasa dan sedarlah bahawa Allah sentiasa memerhatikan amalmu dan bukan pada zahirmu. Pertolongan Allah sentiasa menanti, dan ianya amat dekat; ”Dengan kemenangan yang diberi Allah. Dia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.” (ar-Rum: 5)

”Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.” (at-Taubah: 105)

Dr. Mohammed Badee’,

Mursyid Ikhwan Muslimin ke-8

(Biografi Dr. Mohammed Badee’ boleh didapati di laman blog Ini Jalanku)

Kenyataan Rasmi ISMA Mengenai Isu Penggunaan Kalimah Allah
Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merasa kesal dan memandang berat terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik, Herald – The Catholic Weekly menggunakan kalimah “ALLAH” di dalam terbitan mereka. Keputusan ini dilihat akan memberikan implikasi yang besar kepada perkembangan pengaruh agama Kristian di kalangan umat Islam terutama generasi muda negara ini.

Keputusan mahkamah itu juga bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menghalang penyebaran agama bukan Islam di kalangan orang Islam. ISMA melihat keputusan mahkamah ini akan memberi laluan yang lebih luas ke arah kedudukan samarata agama, sedangkan perlembagaan telah menetapkan Islam adalah agama rasmi negara (agama persekutuan).

Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang ke-82 pada bulan Mei 2008 yang lepas telah membuat keputusan bahawa kalimah “ALLAH” ini khusus bagi agama dan umat Islam. Allah pada sisi agama Islam adalah tunggal dan esa sifat-Nya. Keputusan majlis muzakarah tersebut membayangkan kepada seluruh masyarakat Malaysia bahawa isu ini sangat sensitif kepada rakyat yang beragama Islam. Namun ada pihak yang memandang ringan dan mahu mencabar keputusan majlis tersebut dengan bertindak membawanya ke mahkamah.

ISMA menyokong pihak JAKIM dan KDN yang akan membuat rayuan dan berpendapat bahawa langkah itu menepati kehendak “Siasah Syariyyah”. Walaupun larangan menggunakan nama Allah itu tidak terdapat dalam kitab fikah terdahulu, pihak berwajib boleh berijtihad atas dasar “Masolih Mursalah” dan menepati tuntutan tujuan syarak (Maqasid Syarak) iaitu menjaga agama (Hifzu ad-Din).

Sehubungan dengan itu, ISMA menyeru agar:

Parti-parti politik yang mewakili suara umat Islam supaya mengetepikan kepentingan politik masing-masing dengan memberikan sokongan padu di belakang Jabatan Perdana Menteri yang akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah tersebut. Sesungguhnya perbezaan fahaman politik di kalangan umat Islam di negara ini seharusnya ada batas sempadan, dan isu ini menuntut bukti kesetiaan pada agama dan bangsa daripada semua pihak tanpa terkecuali. Masa depan agama Islam tidak seharusnya dikompromikan demi menjaga hati dan sokongan pihak-pihak tertentu.

Para ulamak dan agamawan agar dapat menghentikan perbalahan pendapat dalam soal cabang dan seterusnya tampil memperhebatkan kempen penerangan kepada masyarakat akan hakikat perbezaan antara Allah yang Maha Esa dan konsep “Trinity” di sisi agama Kristian. Penggunaan kalimah Allah dalam media agama Kristian sudah tentu akan melahirkan ancaman kekeliruan di kalangan umat Islam yang cetek ilmu agamanya.

Seluruh anak watan Melayu agar bangkit segera dari lena yang panjang dan menyedari betapa status quo dan keistimewaan agama Islam di negara ini sudah mula dicabar sedikit demi sedikit. Fenomena ini hanya dapat disekat jika mereka membuang sifat toleransi melampau dan terlalu berlembut dalam hal-hal yang mengancam identiti mereka sendiri, serta membina kembali jati diri selaku umat yang pernah menerajui tamadun Islam serantau.

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

Bandar Baru Bangi

3 Januari 2010

Tekad 2010 ISMA Terus Berperanan di Pentas Perdana
Fajar 2010 telah menyingsing, sekaligus melabuhkan tirai 2009 yang pergi tidak kembali. Isu-isu setempat, nasional dan sejagat yang mewarnai diari 2009 ISMA telah membuka pelbagai lembaran baru yang merintis jalan kepada impian lebih besar bagi tahun-tahun seterusnya. Kedatangan tahun baru menjanjikan seribu satu harapan untuk ISMA terus berperanan dalam arus perdana bagi memperjuangkan agenda dakwah yang diimani. Sinar 2010 ini juga memperbaharui tekad saf pimpinan dan ahli-ahli ISMA untuk meningkatkan amal bagi merealisasikan matlamat yang dicita-citakan.

Bersempena dengan tahun baru 2010, Media ISMA telah berkesempatan menemubual beberapa orang pimpinan ISMA di peringkat pusat dan cawangan bagi mendapatkan pandangan mereka berkenaan harapan untuk 2010:

Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman (Presiden ISMA)

“Insya Allah kita meletakkan harapan yang tinggi agar tahun 2010 ini akan menjadi tahun yang bermakna buat ISMA. Saya menyeru kepada seluruh ahli-ahli ISMA supaya sentiasa berusaha mengambil peluang untuk menempatkan diri dalam arena dakwah di Malaysia. ISMA akan memperlihatkan kesungguhan untuk menampilkan model membina semula sebuah tamadun berasaskan ajaran Islam hakiki, melalui usaha-usaha menonjolkan syiar tarbiah kita iaitu “daripada talqin dan talaqqi kepada taqdim namuzaj” (daripada menadah kitab kepada mengemukakan model).”

Ustaz Abdullah Zaik (kanan) dan Ustaz Abdul Halim.

Ustaz Abdul Halim bin Abdullah (Naib Presiden I ISMA)

”Sempena kedatangan tahun baru 2010, ISMA semakin berusia, matang, berkembang dan aktif memainkan peranannya sebagai badan dakwah di Malaysia. Harapan kita agar ISMA terus menyebarkan kefahaman Islam yang syumul dan sahih kepada masyarakat, mendekati setiap lapisan masyarakat dan mendidik mereka dalam usaha membina sebuah generasi Islam yang hakiki. Kita menyeru kepada semua badan, pertubuhan serta rakyat jelata agar cuba mengenali ISMA dengan lebih dekat melalui aktiviti, tokoh dan bahan penerbitannya. ISMA mengasihi masyarakat ini lebih daripada diri mereka sendiri dan berusaha sedaya mungkin untuk memastikan masa depan umat yang lebih cemerlang, gemilang dan agung.”

Aminuddin bin Yahaya (Setiausaha Agung ISMA)

“Selepas mengharungi tahun 2009 yang diwarnai pelbagai isu dan kontroversi politik tanahair, saya masih berharap agar kedua-dua pihak PAS dan UMNO akan kembali duduk berbincang demi kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam ini. Apapun percaturan politik yang akan dimainkan oleh kedua-dua belah pihak, selaku seorang Melayu Muslim maka sudah pasti saya mengharapkan isu kepentingan menjaga bangsa dan agama tidak harus digadaikan. Rakyat Malaysia mendambakan politik yang matang yang menilai sesuatu berasaskan prinsip yang jelas dan syarie bukan politik sentimen. Rakyat juga mendambakan kesatuan kembali bangsa Melayu Muslim. Sesungguhnya penegakan Islam hanya akan berlaku dengan kuatnya orang Melayu.”

”Begitu juga dari segi ekonomi, apa yang menjadi harapan kita semua ialah tidak berlaku lagi ketirisan yang berleluasa di dalam pembahagian projek kerajaan. Walaupun ekonomi dunia secara keseluruhannya masih di tahap membimbangkan, namun dengan sumber semulajadi yang banyak dan simpanan dana yang melebihi 200 billion, sudah pasti negara mampu menghadapi tekanan ekonomi ini dengan baik. Sistem perbankan yang mantap dan keadaan sektor perumahan yang semakin pulih menjanjikan harapan yang agak cerah pada tahun hadapan. Namun ini semua akan tetap tidak memberi kesan kepada hidup rakyat jika langkah-langkah pembanterasan rasuah tidak diambil dengan tegas.”

Dr. Amiruddin Abdul Wahab (YDP ISMA Shah Alam & Klang)

“Menjelang tahun 2010 ini, ISMA Shah Alam dan Klang bercita-cita untuk terus memperkukuhkan lagi asas binaan organisasi ISMA cawangan melalui pembentukan lebih ramai penggerak yang boleh melonjakkan lagi amal dakwah dan tarbiyah, ke arah kemampuan untuk menggarap massa, mempromosi fikrah dan menonjolkan tokoh-tokoh ISMA di Shah Alam dan Klang. Kami juga meletakkan sasaran untuk mengembangkan lagi organisasi ISMA demi melancarkan amal-amal dakwah, melalui pembentukan sebuah lagi cawangan baru ISMA di Klang.”

“Di peringkat nasional, kami berharap agar pada masa hadapan, khususnya pada masa terdekat ini, bangsa Melayu Islam di Malaysia boleh bersatu demi maslahah ad-deen dan ummah, melangkaui kepentingan ideologi dan politik masing-masing. Oleh itu ISMA berhasrat untuk menjelaskan kepada masyarakat melalui dakwah kefahaman fikrah yang jelas, bahawa sesungguhnya bangsa Melayu di Malaysia merupakan tonggak kepada survival serta kejayaan Islam di negara ini.”

Ustaz Rushdan bin Halim (YDP ISMA Pahang)

“Pada tahun 2010 ini, ISMA Pahang meletakkan sasaran untuk menyebarkan fikrah yang didokongi ISMA kepada masyarakat dengan lebih meluas dan tersusun, khususnya dengan memanfaatkan sesi ceramah dan kuliah tokoh-tokoh ISMA di Pahang. Kami juga berharap dapat membuka cawangan baru di Pahang Barat, bagi mengembangkan lagi usaha-usaha dakwah di negeri ini.”

Omar bin Kassim (Setiausaha ISMA Seremban)

“Semoga ISMA pada tahun 2010 akan terus berkembang sebagai sebuah organisasi dakwah yang diuruskan dengan lebih profesional, semakin responsif kepada isu-isu nasional serta dapat memberi kesan langsung yang positif kepada masyarakat Islam di Malaysia menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan.”

Disusun oleh:

Mohd Firdaus Sabturani

Ketua Pengarang

Media ISMA Malaysia