Bolehkah mereka dipercayai lagi?
Kenyataan mereka telah mencabar umat islam di negara yang tercinta ini. Keberanian mereka dalam menyatakan hak dan pandangan mereka semakin hari semakin lantang dan diulang secara jelas dan terang. Saya amat yakin ini bukan hanya kenyataan individu tetapi adalah pendirian parti dan juga mereka yang sentiasa melaungkan kebebasan bersuara, kebebasan beragama, kebebasan berpolitik, kebebasan wanita dan bermacam kebebasan lagi. Semua ini mereka selindung dalam istilah “Human Rights”.
Model Ekonomi Baru dan Kesannya ke atas Melayu Islam
Model Ekonomi Baru (MEB) telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 30 Mac 2010 yang lepas menimbulkan pelbagai reaksi dari rakyat. MEB ini menjanjikan daya saing dan kemampuan Malaysia untuk melakukan liberalisasi ekonomi atau lebih dikenali sebagai Program Transformasi Ekonomi (PTE).
1 April 2010: Sensitifkah Umat Islam di Negara Ini?
Tarikh 1 April 2010 mungkin tidak memberi apa-apa makna atau signifikansi kepada kebanyakan penduduk di negara ini, khususnya umat Islam. Kalau ada pun, mungkin yang terlintas di fikiran ialah sambutan April Fool, satu lagi budaya picisan yang diimport dari barat seiring dengan agenda serangan pemikiran ke atas umat Islam.
Pemimpin Jihad HAMAS, Mahmud Abd Rauf, Syahid di Dubai
Salah seorang pemimpin dan pengasas Batalion Izzuddin Al-Qassam, Mahmud Abdul Rauf Al-Mabhuh, 50 tahun, dibunuh syahid di Dubai pada Rabu 20/1/2010 yang lalu.
Perutusan sulung Mursyid Ikhwan Muslimin ke-8, Dr. Mohammed Badee’
Pada pukul 11.00 pagi waktu Malaysia, 16 Januari yang lalu, Ikhwan Muslimin telah mengumumkan Mursyid Am barunya iaitu Dr Muhammad Badi’ Abdul Majid Samy, 67 tahun. Beliau adalah Mursyid Am Kelapan bagi jemaah Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Mursyid Am Pertama, Imam Hasan Al-Banna pada tahun 1928. Dr Muhammad Badi’ menggantikan Mursyid Am Ketujuh, Ustaz Mahdi Akef yang tidak berhasrat menyambung jawatannya apabila umurnya melebihi 80 tahun. Berikut adalah perutusan sulung beliau sebagai Mursyid Am Kelapan.
Majlis Fatwa tak benarkan guna perkataan “Allah”
Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.
Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Adelaide Dilanda Gelombang Panas
Adelaide, 9 Jan. – Suhu di Adelaide telah pun mencecah 40 darjah selsius hari ini, dan dijangka akan lebih tinggi pada hari Ahad dan Isnin.
Ramalan Kaji Cuaca menyatakan bahawa suhu tidak mungkin turun kepada 25 darjah selsius menjelang tengah malam, dan tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa suhu harian akan berkurang sehingga hari Selasa.
Persatuan Palang [...]
Keputusan Peperiksaan Diumumkan
Adelaide, 4 Dis. – Musim peperiksaan telah lama berlalu. Saat paling mendebarkan pelajar universiti di Adelaide kini tiba apabila keputusan peperiksaan diumumkan di laman portal universiti masing-masing. Ada yang menerima keputusan satu persatu secara beransur-ansur, ada juga yang telah ditetapkan tarikh pengumuman keputusan.
Telah menjadi lumrah alam/sunnatullah, kegagalan dan kejayaan merupakan ketentuan dari Allah. Semuanya telah [...]
Rancangan Israel Hancurkan Al-Aqsa Di Peringkat Akhir
Al-Khalil – Ahli Parlimen Palestin, Sameera Al-Halaika dari blok parlimen Hamas dalam Dewan Perundangan Palestin (Palestinian Legislative Council) pada Jumaat lepas (20 November) memberi amaran bahawa perancangan Israel untuk memusnahkan Masjid Al-Aqsa sudah sampai ke peringkat akhir, dan menambah bahawa tindakan berpeluk tubuh dunia Arab dan Islam telah menghantar mesej yang salah kepada tentera penjajah Israel.
Takziah Buat Wan Hana Syafiqah Modin dan Keluarga
Pada 12 November 2009 yang lalu, akhbar Berita Harian dan The Star telah melaporkan insiden malang yang berlaku kepada salah seorang pelajar Malaysia di Melbourne, Australia.
Saudari Wan Hana Syafiqah Modin, seorang pelajar pintar di Swinburne University of Technology telah dirompak dan dipukul sehingga pengsan. Akhbar telah melaporkan bahawa, saudari Wan Hana Syafiqah sedang berjalan ke kampus universitinya apabila dia dikejutkan dari belakang oleh seorang lelaki yang memiliki objek tajam. Dia kemudiannya diheret ke dalam kereta dan dipukul sehingga pengsan oleh tiga orang lelaki lain yang berada di dalam kereta.
Sekitar Mesyuarat Agung ISSUA Adelaide
Adelaide, 26 Okt. – Media ISMA Australia berpeluang menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Islamic Student Society of the University of Adelaide (ISSUA) petang tadi di Ecplise Room, Union House. Mesyuarat tahunan kali ini adalah untuk membubarkan barisan kepimpinan ISSUA yang lama dan seterusnya melantik saf kepimpinan ISSUA untuk sesi 2009 / 2010.
Lawatan Pegawai Penaja JPA dan MARA ke Adelaide
Payneham, 18 Oktober – Kediaman Saudara Munir di sini menjadi destinasi terakhir Pegawai Penaja JPA di Australia, Puan Haslina Abdul Hamid dalam rangka kerja beliau melawat pelajar-pelajar di Adelaide sebelum kembali ke Sydney.
Tahniah Barisan Pimpinan MASCA SA 2009 / 2010!
Adelaide, 16 Oktober – Lebih 50 penuntut universiti-universiti di South Australia telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan anjuran Malaysian Student Council Australia, cawangan South Australia (MASCA SA) yang diadakan di bangunan Napier 102, University of Adelaide. Ianya diadakan bertujuan membubarkan perwakilan pelajar MASCA SA sesi 2008/2009 dan melantik barisan pimpinan baru MASCA SA sesi 2009/2010.
Perubahan Peraturan Vic Road
Bermula 9 November ini, VicRoads atau jabatan yang menguruskan hal ehwal penggunaan jalan raya dan pemanduan di Victoria telah mengumumkan perubahan peraturan pemanduan jalan raya. Ini termasuklah penggunaan telefon tangan, penggunaan penyiar visual dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, sila ikuti makluman di bawah.
Bencana Cuaca di Australia
Ternyata bulan ini seolah-olah menjadi ‘bulan bencana’ kepada Australia kerana selain ribut debu merah yang melanda Sydney, bahagian-bahagian lain pula diancam kebakaran hutan, gempa bumi, angin kencang dan ribut hujan batu.


