ISMA Australia » Dunia Islam

Wasiat Terakhir Baginda: Tanda Kasih kepada Kita
“Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.”

Terasa syahdu dan sebak untuk didengar di cuping telinga tatkala dilafaz oleh junjungan besar kita, Rasullulah s.a.w usai baginda menyampaikan khutbah terakhir pada 9 hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah. Ini bermakna kematian akan bila-bila masa menjemput baginda.Walaupun ketika itu kesakitan menyelimuti Nabi Muhammad s.a.w, namun atas nama cintanya kepada umat, digagahkan baginda untuk meyampaikan wasiat terakhir kepada umat Islam.

Dalam lipatan Sirah Kenabian

Hari ini 1433 hijrah, bermakna sudah 1422 tahun ( hijrah) Nabi Muhammad s.a.w pergi meninggalkan kita. Namun, risalah Islam terus berkembang pesat seantero dunia dan menyaksikannya sebagai antara agama yang paling  ramai penganut.  Inilah hasil keringat dan air mata baginda dibantu para sahabat untuk meluaskan pengaruh Islam agar dapat dinikmati manusia sejagat hingga ke hari ini. Bilangan umat Islam yang mencecah angka 1.8 bilion orang menurut statistik bertebaran luas di serata pelosok alam menjadi anggota masyarakat dunia yang mengenggam amanat wasiat baginda Nabi s.a.w.

Jika kita fikirkan baik –baik, angka 1000 tahun itu amat besar jaraknya. Tidak ada dalam sejarah peradapan manusia, seseorang yang mampu hidup selama seribu tahun. Umat manusia yang bersama dengan baginda kala wasiat ini disampaikan sudah tiada lagi di dunia. Justeru, persoalannya bagaimana mungkin setiap baris kata wasiat baginda mampu sampai kepada kehidupan kita hari ini?

Tiada perakam suara di zaman baginda…

Tiada kemudahan menyimpan maklumat di zaman baginda…

Tiada akses internet di zaman baginda…

Yang ada hanyalah cebisan pesanan daripada khutbah terakhir Nabi s.a.w itu sendiri. Pesanan yang menjadi asbab kita mampu merasai dan menikmati baris kata wasiat baginda.

Pelik tapi benar. Namun, itulah hakikatnya.

“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku”.

Ku tinggalkan dua perkara

Andainya dia seorang hartawan, pasti diwasiatkan segala hartanya sebagai peninggalan. Andainya dia seorang pemimpin, pasti diwasiatkan kerajaannya untuk dipimpin. Tapi, baginda lain. Baginda seorang nabi dan rasul, maka wasiat baginda kepada manusia seisinya ialah wasiat agama. Agama yang akan menentukan pengakhiran kisah kehidupan manusia. Apabila kita renungkan kembali, Allah s.w.t telah menjanjikan syurga buat baginda, maka tidak perlu Rasullulah s.a.w bangkit daripada pembaringan baginda ketika sakit semata –mata menyampaikan amanat terakhir kepada umatnya.

Namun, ada sesuatu yang lain yang baginda rasai.

“Ummati.. ummati”, itulah rasa kasih dan sayang Nabi s.a.w yang menggunung tinggi kepada umatnya yang dicintai. Baginda tidak mahu meninggalkan umatnya dalam keadaan terumbang – ambing selepas pemergiannya. Maka diserahkan kepada kita panduan yang jelas dan terang untuk diikuti.

“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.”

Tidak seindah mimpi, tak semanis impian

Justeru, pastilah dunia yang kita diami hari ini aman dan bahagia. Tiada peperangan dan pertelingkahan. Yang kaya tidak menindas si miskin. Yang kuat tidak menzalimi yang lemah. Wanitanya dilindungi lelaki. Umat Islam dipandang sebagai umat yang memimpin masyarakat dunia kerana kita telah dibekalkan dengan wasiat terakhir baginda nabi s.a.w.

Begitu indah mimpi semalam tapi bangkitlah dari lena yang panjang.

Hakikatnya tidak begitu. Senario hari ini menyaksikan kitalah yang memenuhi angka –angka tertinggi gejala sosial. Kitalah yang berlumba –lumba membenarkan riba. Kitalah penambah api sengketa. Kitalah yang tidak merasakan masyarakat Islam di Palestin, Afghanistan mahupun di Afrika adalah saudara seagama kita kerana mungkin kita sedikit alpa akan pesanan daripada wasiat baginda :

“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.”

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

Telah lebih 10 kurun khutbah terakhir Nabi Muhammad s.a.w disampaikan baginda dengan penuh rasa cinta. Selama itulah sejarah menjadi saksi Islam pernah menguasai dua pertiga dunia. Di waktu itu, wasiat terakhir baginda ini dihayati dan dibumikan dengan amal oleh umat di zaman tersebut. Inilah sebenarnya kunci merungkai permasalahan kita di zaman ini.

Tidak perlu untuk kita berhempas – pulas memikirkan langkah terbaik untuk membaik pulih, mencipta solusi yang baru yang dikatakan sesuai dengan peredaran semasa,  tetapi kembalilah kita kepada pesanan kasih daripada junjungan besar dan mulia, Muhammad s.a.w. Ingatlah wahai jiwa, kita  akan kembali menemui Al-Khaliq, maka biarkan jiwa ini kembali bersama bukti kita telah melaksanakan wasiat terakhir baginda kepada umatnya.

“Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu , awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku”, demikianlah sebahagian pesanan Nabi kepada umat manusia.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

Share

Hari Kebangsaan (Kemerdekaan) VS ANZAC Day
Berapa ramaikah di kalangan kita yang tahu tentang Anzac Day? Tahukah kita kepentingannya kepada rakyat Australia? Bukankah ia sambutan hari kebangsaan bagi rakyat Australia? Apakah bezanya dengan sambutan kemerdekaan atau hari kebangsaan kita dengan Anzac Day?

Setiap negara pasti akan ada sambutan hari kebangsaan masing-masing terutamanya bagi negara yang pernah dijajah British, Perancis, Belanda ataupun Amerika. Kesemuanya akan berkumpul pada hari tersebut mengadakan perarakan dan perayaan bagi mengenang sejarah perjuangan pemimpin mereka mendapatkan kemerdekaan.

Bagi rakyat Malaysia, kita akan menyambutnya setiap 31 Ogos sejak 1957 lagi, bermakna sudah 53 tahun negara kita merdeka!! Tapi pernahkah kita terfikir bermaknakah sambutan itu, apakah kesannya, dan adakah kita menghayatinya, atau kita sekadar mengikut adat nenek moyang kita.

Bagaimana pula di Australia? Mereka tidak pernah dijajah? atau sebenarnya dari sudut lain, British menjajah Aborigine dan negara Australia yang dulunya dikenali sebagai New South Wales atau tempat buangan pesalah-pesalah British. Maka mereka tidak pernah merdeka, mereka masih tunduk kepada British malah menggunakan bendera British. Jadi apakah sambutan hari kebangsaan mereka?

Rakyat Australia telah mengambil tarikh 25 April 1915 sebagai tarikh keramat mereka lalu menyambutnya pada setiap tahun. Bukannya kerana mereka merdeka tetapi kerana mereka terlibat dalam Perang Dunia Pertama yang meletus pada 1914!

Pada tahun itu, ANZAC atau singkatan kepada Australian and New Zealand Army Corps telah terlibat secara langsung dengan British dalam peperangan di Gallipoli peninsula, tanah jajahan Khalifah Uthmaniyah pada masa itu.

Apakah matlamat mereka? Pada mereka, ia adalah sebagai membantu Allied Forces menawan Istanbul di Turki sebagai rangka mereka mengalahkan Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah yang merupakan sekutu kepada Jerman pada perang tersebut.

Namun, perancangan mereka gagal! Kenapa gagal? Masakan tidak, mereka telah dicatur supaya mendarat di tempat yang paling kurang strategik di Gallipoli yang bertebing batu, berombak kuat dan terbuka kepada serangan musuh iaitu tentera Turki Uthmaniyyah yang berada di atas tebing batu tersebut. Ia sangat pelik kerana mustahil mereka tidak tahu akan situasi yang mengundang kematian beramai-ramai tentera ANZAC itu.

Namun ianya tidak pelik bagi kita kerana tentera Anzac ini dipergunakan oleh Brtish dan sekutunya untuk mencapai maksud politik mereka yang tertinggi, iaitu menjatuhkan sistem Khilafah Islamiyyah yang terakhir. Maka segala-galanya boleh dilakukan semata-mata mencapai maksud tersebut biarpun mengorbankan nyawa tentera-tentera Anzac yang setia yang datang dari jauh, dari Australasia!! Bukankah mereka berpegang pada prinsip MATLAMAT MENGHALALKAN CARA!!

Menjatuhkan Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah ini tidak hanya akan berjaya melalui peperangan. Malah sejarah membuktikan, Umat Islam tidak pernah dikalahkan secara total melalui peperangan fizikal, tetapi kita dikalahkan oleh peperangan ideologi.

Pada masa Perang Dunia Pertama ini telah pun berlaku gerakan nasionalisme dan sekularisme dalam kerajaan Turki Uthmaniyyah hasil perancangan halus dan didikan Zionis dan British. Antara pemimpinnya ialah Kamal Atartuk. Dalam usaha menaikkan Kamal Atartuk inilah, maka British mengaturkan tragedi Gallipoli tersebut.

Ya, Kamal Atartuk adalah pemimpin tentera Turki yang menentang ANZAC di Gallipoli, maka kemenangan Turki di situ adalah sebagai usaha menaikkan imej dan pengaruh Kamal Atartuk dalam menentang Khalifah terakhir iaitu Sultan Abdul Hamid Kedua.

Nampak seolah-olah British dan sekutunya kalah tetapi sebenarnya mereka menang dari sudut ideologi dan pengaruh. Kamal Atartuk berjaya menggunakan modal kemenangan itu untuk mengukuhkan kedudukannya dan menuntut supaya The Ailing Turkishman, Sultan Abdul Hamid kedua untuk mengundurkan diri kerana kelemahannya dalam mengatur peperangan. Pengaruhnya yang besar menguasai rakyat yang menjadi mangsa keadaan lalu menyingkirkan Sultan Abdul Hamid yang seterusnya dibuang ke luar negara bersama keluarganya dan diganti saudaranya yang lebih lemah.

Seterusnya kita dapat lihat bagaimana Turki Uthmaniyyah yang mewarisi kepimpinan dari Umat Islam terdahulu bermula dari Nabi Muhammad saw dimusnahkan pada tahun 1924, dengan sekularisasi Turki dan penjajahan negara-negara umat Islam termasuk Tanah Melayu di bawah kuasa-kuasa Barat.

Begitulah sedikit rentetan kisah sebenar dari ANZAC Day untuk makluman kita semua, agar kita mengambil pelajaran. Dalam setiap kisah sejarah pasti ada sudut pandangan lain terutamanya sudut pandangan kita sebagai orang Islam.

Mengetahui sejarah Islam adalah kewajipan setiap dari kita agar kita tahu asal-usul dan tahu asal segala permasalahan yang berlaku pada hari ini. Bertitik tolak dari itu, kita berusaha membaiki punca masalah bukannya membetulkan hanya pada cabang-cabang masalah yang seterusnya akan membuatkan kita berputar di ruang yang sama, masuk ke dalam lubang yang sama dan masalah yang sama.

Maka pada hari ini kita melihat mereka menyambut ANZAC Day dengan semangat patriotik meratapi kematian pejuang-pejuang mereka di Gallipoli, malah tugu peringatan dibina sebesar-besarnya di Gallipoli sendiri.

Namun kita umat Islam juga terus meratapi kehilangan Khilafah Islamiyyah yang dahulunya memayungi dan melindungi seluruh Umat Islam. Persoalannya, adakah kita berusaha mengembalikannya atau kita terus sahaja selesa meratap dan terus meratap…. lalu kita menjadi sejarah bukannya mencipta sejarah.

Jadi, apakah kaitannya dengan Hari Kemerdekaan/Kebangsaan kita? Sama-sama kita fikirkan.

Wallahua’lam

Disediakan oleh:

Dr Ihsanuddin Abas

Pengerusi ISMA Australia

Share

Perkembangan terkini pelajar-pelajar Malaysia di Mesir
Kebangkitan rakyat Mesir menentang kezaliman, menuntut kebebasan serta reformasi yang menyeluruh ke atas sistem pemerintahan negara itu telah mencetuskan situasi yang tegang di sana. ISMAWeb akan membawakan perkembangan mutakhir keadaan di bumi Anbiya’ itu khususnya yang melibatkan rakyat dan pelajar Malaysia dari semasa ke semasa.

Menurut laporan terkini, ahli-ahli ISMA Mesir dan pelajar-pelajar lain samada siswa mahupun siswi berada dalam keadaan selamat. Mereka dihimpunkan di beberapa tempat utama, sebahagiannya berhimpun di pejabat ISMA Mesir, dan sebahagian lagi berhimpun di Rumah Anak Negeri yang terdekat.

Perkembangan ini dilaporkan oleh Ustaz Ahmad Ala’uddin Kamal daripada Sekratariat Luar Negara ISMA yang berhubung secara langsung dengan Ustaz Suhaib Ar-rumy bin Selamat, Pengerusi ISMA Mesir, pada pukul 7.50 pagi (waktu Malaysia) tadi.

Encik Zaim Shaari, ahli jawatankuasa ISMA Pusat, turut membawakan berita yang sama hasil daripada perhubungannya dengan pihak keselamatan di Kedutaan Malaysia di Mesir pada pukul 3.00 pagi (waktu Malaysia) tadi. Rakyat Malaysia akan mula dipindahkan ke Jeddah pada hari ini terutamanya golongan perempuan dan kanak-kanak, tambah beliau.

Beliau turut melaporkan bahawa keadaan di Mesir kini semakin meruncing di mana rakyat negara itu khususnya para demonstrator menuntut agar Presiden Mubarak melepaskan kuasa selewat-lewatnya Jumaat ini. Sekiranya permintaan ini tidak diendahkan, mereka akan terus meningkatkan tekanan.

Menurut laporan yang diperolehi daripada Ustaz Suhaib, mereka menepati tempoh berkurung yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa sebagai langkah berjaga-jaga. Mereka berkurung di dalam rumah bermula jam 4 petang sehingga jam 8 pagi, kerana tidak mahu terlibat di dalam kekalutan yang berlaku di luar rumah. Mereka sentiasa berada di dalam keadaan bersedia menerima arahan dari pihak Kedutaan Malaysia di Mesir terhadap segala kemungkinan yang mungkin berlaku.

Semua ahli ISMA Mesir dan pelajar-pelajar Malaysia yang lain berada di dalam keadaan baik dan sihat, tidak ada yang cedera atau terjadi perkara yang membimbangkan. Bekalan makanan adalah mencukupi, namun catuan makanan terpaksa dibuat memandangkan harga barangan mentah naik mendadak di pasaran.

Sebahagian dari pelajar membuat jadual secara bergilir-gilir untuk berkawal dan berehat di rumah dan tempat perlindungan masing masing untuk memastikan keadaan selamat dan terkawal. Namun sehingga kini masih belum terjadi perkara yang mencemaskan dan membimbangkan.

ISMA Mesir sentiasa mengarahkan dan menasihati ahli-ahlinya khususnya dan seluruh mahasiswa Al-Azhar amnya supaya sentiasa berhati-hati jika keluar dari rumah, mematuhi arahan berkurung dan jangan terlibat dengan sebarang provokasi yang berlaku.

ISMA Mesir juga menyeru seluruh ibu bapa, sanak saudara dan sahabat handai di Malaysia yang mempunyai waris dan ahli keluarga di Mesir, supaya tidak terlalu bimbang keadaan mereka dan sentiasa mendoakan keselematan mereka di samping mendoakan apa yang berlaku ketika ini akan berakhir dengan baik.

Sumber: Laman web ISMA Pusat

Share

Delegasi Aman Palestin kunjungi PM Palestin, Ismail Haneeya
Gaza, 13 Ogos– Delegasi misi  kemanusiaan Aman Palestin yang diketuai oleh Pengerusi Eksekutif Aman  Palestin yang juga Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman telah  mengadakan kunjungan ke atas Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneeya  di Gaza semalam, menurut laporan terkini yang diperolehi daripada sana.

Kunjungan ini diadakan sempena kedatangan delegasi Aman Palestin  untuk menghantar bantuan kemanusiaan bernilai USD 150,000 yang berupa  ubat-ubatan, susu bayi serta persediaan untuk menyambut Ramadhan bagi  seluruh muslimin yang berada di bumi Gaza.

Semoga hubungan yang terjalin ini akan mengeratkan lagi ikatan  persaudaraan di antara umat Islam di Malaysia dengan saudara seaqidahnya  di Palestin.

Sumber: Laman web ISMA Pusat

Share

Semangat nafas panjang
Ramai pihak sudah mula celik dan cakna dengan isu Palestin ekoran tindakan Israel menyerang konvoi kapal yang membawa bekalan makanan dan perubatan ke Gaza. Kita semua gembira dan seronok melihat perkembangan seperti ini apabila semua umat di dunia mahu ambil pusing tentang isu nombor satu umat Islam masakini. Cuma kita tidak pasti adakah mood ini akan berpanjangan atau tidak. Sebab demam Piala Dunia sudah dirasai bahangnya. Takut-takut media dan tumpuan dialihkan dari Gaza ke Afrika Selatan. Harapnya perjuangan kita ini tidak bermusim.

Tapi bagaimanakah semangat yang sedang membara kuat ini boleh dikekalkan untuk jangka masa yang lama? Biasanya yang berlaku adalah selepas beberapa hari ia akan luntur dan hilang “umph”nya. Sudah menjadi fitrah manusia yang diciptakan beserta hawa nafsu adalah sebegini. Justeru itu, mengenali tabiat nafsu adalah salah satu langkah utama untuk kita mulakan apa-apa perjuangan.

Sememangnya nafsu itu sentiasa akan mendorong tuannya untuk berehat dan berseronok dengan keselesaan. Dia suka memujuk untuk lawan perintah Tuhan dan RasulNya. Sebaliknya, tabiat perjuangan pula adalah letih dan memenatkan. Jadi ada dua pertembungan di sini. Sebab itu mana-mana gerakan yang mahu perjuangkan isu umat hendaklah memberi penekanan tentang pendidikan nafsu atas manhaj nubuwaah. Sabda Rasulullah saw. yang bermaksud “Tidak (sempurna) iman seseorang daripada kalangan kamu sehingga hawa nafsunya mengikut apa yang telah aku bawa (risalah nubuwwah)”. Perjuangan dan jihad Palestin adalah tanggungjawab umat Islam keseluruhannya. Tidak ada seorang daripada kalangan kita yang akan selamat di Padang Mahsyar jika tidak memberi sumbangan terhadap nasib saudara seImannya di seluruh dunia. Kita juga seharusnya sedar bahawa penghujung setiap perjuangan adalah pertembungan al-Haq dan al- Batil. Usaha ini tidak akan dimenangi oleh hanya satu generasi. Ianya memerlukan satu kesinambungan generasi demi generasi sehingga tiba hari Al-Quds dibebaskan.

Oleh demikian, usaha kita hari ini bukan hanya tertumpu pada demonstrasi dan perhimpunan. Kerana mana-mana perhimpunan yang melibatkan angka-angka kosong tidak mampu untuk menamatkan riwayat hidup Zionis Israel. Perhimpunan, demonstrasi, kutipan derma itu sewajibnya didasari dengan usaha bersepadu penyediaan generasi yang akan meneruskan perjuangan hebat ini. Salahuddin tidak lahir sekelip mata. Sejarah perjalanan hidupnya dilatari kisah pengorbanan manusia yang bernama “murabbi” dalam episode kejayaannya membebaskan Bumi Isra Mikraj Nabi Muhammad saw. Kita mahu dedahkan Palestin kepada anak-anak kecil kita sejak mereka boleh mengenal huruf dan angka. Kita mahu generasi muda menjadi Saifuddin Qutuz dan Salahuddin sebagai idola menggantikan bintang bola sepak atau artis terkenal. Kita mahu masyarakat bangsa memiliki ciri-ciri umat terbaik dengan meletakkan agenda ummat sebagai prioriti dalam kehidupan. Ramai manusia boleh berlaung dengan suara yang kuat, tapi tidak ramai yang sanggup untuk bersabar dalam melatih jiwa dan nafsu.

Kita mahukan manusia yang mempertahan maruah umat Islam adalah daripada kalangan mereka yang sedar dan menunaikan arahan Allah dan Rasulullah saw. Kita mahu obor yang kita pengang ini, bakal disambut generasi demi generasi. Hinggalah Allah swt mewariskan dunia ini dan apa yang diatasnya.

Oleh:

Ustaz Shuhaib Ar-Rumy Selamat

Pengerusi ISMA-Mesir,

Blog:Langkah Seorang Pejuang Kebenaran

Share

ISMA Kecam Serangan Komando Israel Terhadap Konvoi Kapal Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza
ISMA Kecam Serangan Komando Israel Terhadap Konvoi Kapal Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza

ISMA mengecam sekeras-kerasnya serangan ganas tentera komando Israel ke atas konvoi kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. Sehingga hari ini, seramai 19 orang aktivis dilaporkan telah terbunuh dan ramai lagi yang mengalami kecederaan.

Alasan yang dikemukakan oleh rejim Zionis Israel bahawa rombongan kapal tersebut disyaki membawa bekalan senjata untuk penduduk Palestin sama sekali tidak berasas. Konvoi yang membawa aktivis-aktivis kemanusiaan dari seluruh dunia itu telah terang-terang menyatakan bahawa misi mereka adalah untuk menghantar makanan dan keperluan asas lain untuk penduduk Palestin.

Serangan yang tidak berperikemanusiaan ke atas aktivis-aktivis tidak bersenjata itu jelas menggambarkan wajah sebenar rejim Zionis Israel terhadap Palestin dan masyarakat dunia yang cintakan keamanan, serta kebiadapan mereka yang enggan mematuhi desakan antarabangsa supaya menghentikan kekejaman yang dilakukan ke atas penduduk Palestin.

ISMA menyeru semua pihak agar bangkit menunjukkan bantahan dan kecaman mereka dengan kuat terhadap jenayah keganasan rejim Zionis itu. Semua umat Islam di seluruh dunia perlu bangkit menunjukkan rasa marah dan kesal terhadap nasib yang menimpa rombongan kemanusiaan yang berusaha untuk membantu saudara-saudara mereka yang menghadapi sekatan kejam Zionis sejak beberapa tahun lalu.

Kebiadapan Zionis yang sewenang-wenangnya membunuh aktivis yang langsung tidak berkemampuan melawan mereka perlu dibalas dengan tindakan sewajarnya. Seharusnya insiden terbaru ini membuka mata badan-badan dunia terhadap gelagat ganas dan tidak bertamadun rejim Zionis.

Justeru itu, ISMA menyeru Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk campur tangan dan bertindak segera bagi menamatkan serangan ganas ini, membebaskan aktivis-aktivis yang ditawan dan membenarkan rombongan kapal tersebut sampai ke Gaza.

ISMA turut menyeru agar kerajaan Malaysia dapat memberi perhatian serius terhadap perkembangan yang berlaku memandangkan terdapat beberapa orang rakyat Malaysia yang berada dalam rombongan kapal tersebut.

ISMA merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga aktivis yang menjadi mangsa kekejaman serangan ini.

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,

Presiden,

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

ISMA Condemns the Brutal Attack of the Gaza Humanitarian Ship by Israel Naval Commando

Malaysian Muslim Solidarity (ISMA) strongly condemns the brutal attack by Israel naval commando on the humanitarian convoy of ships that carry aids for the Palestinian people. As of today, it was reported that 19 people have been killed and a huge number of activists were wounded.

The reason given by the Israel commando that the convoy might have carry weapon for the Palestinians was totally unfounded. The convoy which represent activists from various NGOs and human rights organizations around the world had openly declared their peace mission that brings only food and other basic supplies for the Palestinians.

The barbaric attack on the unarmed activists only reflect Israel’s inhuman attitude towards the Palestinians and other peace loving community and disrespect of international call to stop aggression on the Palestinian people.

In view of this latest crime of violence, ISMA urges everyone to show their opposition and strong condemnation of the Zionist regime. All Muslims around the world must voice out their anger and regret on the fate that befell the humanitarian activists that strive to help their brothers who have been suffering from the Zionist aggression for the past few years.

The barbaric act by the Zionist regime who indiscriminately killed the activists who could not afford to fight must be recompensed with the appropriate action. This latest incident should open the eyes of the international community to the violent and uncivilized behavior of the Zionist regime.

Thus, ISMA urges the Secretary-General of United Nation to intervene and call to an end of this bloody attack immediately, release the captured activist and allow the convoy to reach the Gaza shore.

ISMA also urges the Malaysian government to give serious attention to this recent development as there are some Malaysian citizens in the humanitarian convoy.

ISMA extends our utmost condolences to all family members of activists who are victims of this violent attack.

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,

President,

Malaysian Muslim Solidarity (ISMA)

Share