ISMA Australia » Semasa

Bolehkah mereka dipercayai lagi?
“Mustahil bagi DAP berkompromi dalam hal ini. Kami tidak boleh kompromi agar negara berubah menjadi negara Islam (jika PR mengambil alih kerajaan pada masa depan),” kata Karpal.

“Ia sebuah negara sekular. Saya percaya Allahyarham Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri pertama) pernah menyebut sebelum ini mengenai Malaysia,” kata ahli politik veteran ini kepada The Malaysian Insider.

Karpal menyalahkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengubah realiti sebuah negara sekular menerusi kenyataan-kenyataan politiknya yang dibuat oleh beliau pada masa-masa lalu, yang telah “mengelirukan orang ramai” berkenaan identiti Malaysia.

“Perlembagaan menyediakan peruntukan mengenai perkara ini. Tiada peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan Malaysia sebuah negara Islam.

“Agama rasmi Malaysia ialah Islam tetapi tidak bermakna ia sebuah negara Islam,” kata beliau lagi.

Karpal kelihatan terkejut apabila disebutkan bahawa PAS dalam ceramah-ceramahnya memaklumkan bahawa DAP sudah menerima konsep negara Islam secara perlahan-lahan dan menghormati pendirian PAS dalam hal itu.

“Pada 1988, Mahkamah Agung telah memutuskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular,” katanya. “Pada 1990, ketika satu ceramah di Sungai Pinang, akhbar-akhbar memetik saya mengatakan (bina) ‘negara Islam dengan melangkah mayat saya’,” katanya.

Jelas sekali bahawa mereka ingin merampas tampuk pemerintahan negara bukan untuk memartabatkan agama seperti kata beliau.

“Kita pernah menjalin pakatan pada masa lalu tetapi kita gagal. Apa yang membezakan sekarang ialah kami bersatu dalam mengetepikan musuh bersama iaitu Barisan Nasional. Buat masa sekarang, yang paling utama ialah mengambil alih Putrajaya daripada BN,” katanya.

Apa akan berlaku selepas PR mengambil alih kerajaan persekutuan nanti?

Karpal mengakui bahawa beliau belum dapat melihat bagaimana PAS atau DAP boleh berkompromi dalam isu ini.

“Akan tiba masa nanti apabila kita perlu menghadapi hakikat ini. Bagaimana kita akan berkompromi? Jika DAP berkompromi, ia bermakna ia menerima Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan jika PAS berkompromi, bermakna ia menerima negara sekular dan ini akan bertentangan dengan prinsip mereka sendiri.”

“Apa yang menyatukan Pakatan ialah PKR. Tanpa PKR ia akan kelihatan seperti yang sama sebelum ini,” kata Karpal.

Pemimpin-pemimpin DAP masih meletakkan harapan bahawa PAS akan mengubah pendiriannya dalam isu negara Islam. “Pemimpin-pemimpin PAS yang liberal, progresif merupakan kunci dalam mencapai persefahaman ke arah kompromi yang baik,” katanya lagi.

Kenyataan ini benar-benar telah mencabar umat islam di negara yang tercinta ini. Keberanian mereka dalam menyatakan hak dan pandangan mereka semakin hari semakin lantang dan diulang secara jelas dan terang. Saya amat yakin ini bukan hanya kenyataan individu tetapi adalah pendirian parti dan juga mereka yang sentiasa melaungkan kebebasan bersuara, kebebasan beragama, kebebasan berpolitik, kebebasan wanita dan bermacam kebebasan lagi. Semua ini mereka selindung dalam istilah “Human Rights”. Tidak dinafikan sebahagian dari seruan mereka itu ada kebenarannya terutama yang melibatkan undang-undang ISA dan yang seumpamanya tetapi yang ramai umat islam tidak sedar ialah mereka juga menuntut hak sama rata dalam beragama. Ertinya jika orang Islam boleh berdakwah kepada orang kafir maka mereka juga boleh berdakwah kepada orang Islam.

Saya tidak nampak ini isu politik atau isu untuk mendapat dokongan majoriti rakyat tetapi ini adalah isu kemuliaan agama Islam yang jelas diperkecilkan oleh mereka. Apapun alasan yang diberikan ia jelas merupakan satu tamparan hebat kepada pejuang Islam. Mereka bukan saja mencabar malah men”dictate”kan kepada kita. Ini satu suasana yang sangat membimbangkan apabila pihak musuh Islam berani meletakkan syarat dalam negara yang majoritinya adalah umat Islam.

Di mana izzahnya pejuang Islam? Adakah mereka ini boleh kita bawa berbincang? Bolehkah mereka dipercayai?

Saya sangat hairan, dalam keadaan mereka begitu tegas dengan pendirian terhadap Islam, masih ada lagi umat Islam yang “thiqah” dengan mereka. Tidak kurang juga ada yang kagum dengan “keikhlasan” mereka ini sehingga sanggup berkompromi dalam banyak perkara.

Aminuddin Yahaya,

Setiausaha Agung,

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Blog: Suara Dari Gunung

Model Ekonomi Baru dan Kesannya ke atas Melayu Islam
Model Ekonomi Baru (MEB) telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 30 Mac 2010 yang lepas menimbulkan pelbagai reaksi dari rakyat. MEB ini menjanjikan daya saing dan kemampuan Malaysia untuk melakukan liberalisasi ekonomi atau lebih dikenali sebagai Program Transformasi Ekonomi (PTE).

Dalam usaha transformasi negara Malaysia ke arah negara maju pada tahun 2020, kerajaan telah meletakkan 4 pilar utama, iaitu Konsep 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (PTE), dan Rancangan Malaysia ke -10 (RMK10).

Jadi pengumuman MEB adalah di bawah pilar 3, iaitu satu langkah dalam transformasi ekonomi. MEB menekankan punca utama masalah Malaysia ialah; terperangkap dalam ‘golongan berpendapatan sederhana’ (middle income trap). Ini bermaksud Malaysia terperangkap di antara dua keadaan paksi ekonomi; berpaksi pada tenaga buruh dan berpaksikan teknologi tinggi dan maju. Gambaran jelasnya ialah Malaysia tidak dapat bersaing dengan negara-negara yang mempunyai kos operasi yang rendah kerana kos buruhnya murah (seperti China) dan juga tidak dapat bersaing dengan negara maju yang mempunyai teknologi yang terkehadapan (seperti Eropah dan Amerika Syarikat).

Muat Turun MEB

MEB ini menunjukkan betapa terdesaknya keadaan Malaysia dari segi ekonomi dan cabaran yang dihadapi sehingga perlu mengliberalisasikan ekonominya. Antara faktor yang dikatakan boleh merencatkan matlamat MEB ialah dasar afirmatif untuk membantu bangsa Melayu dan bumiputera seperti yang dinyatakan oleh Stewart Forbes, Pengarah Eksekutif, Dewan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI). Kenyataan ini adalah desakan halus yang bertujuan menidakkan hak Melayu dan bumiputera dari segi ekonomi.

Akan tetapi, dasar afirmatif dan selektif yang dilakukan oleh kerajaan sejak Dasar Ekonomi baru sebenarnya mempunyai banyak kejayaan. Antaranya ialah kemampuan Malaysia berinjak dari negara mundur kepada negara membangun dengan mengolah dan menggunakan sumber dalam negara. Kesan langsung dari DEB juga ialah keseimbangan sosial, yang mana menjadi rahmat kepada negara Malaysia berpuluh tahun kebelakangan ini. Kaum Melayu dan bumiputera mampu bangun dan memajukan diri dalam pendidikan dan perniagaan dan berusaha menjadi bangsa yang mempunyai kredibiliti dan bakat. Disebabkan ini, perpaduan berlaku kerana jurang antara kaum dapat dirapatkan dan kesamarataan dapat dicapai.

MEB mungkin lanjutan dari DEB yang memerlukan kekemasan dari segi pelaksanaannya dan ketelusannya. Kronisme harus dibuang dari kamusnya, dan memasukkan terma baru dan baik seperti integriti, telus, objektif, pencapaian dan pengukuran. DEB mungkin dicemari pelbagai isu-isu pecah amanah dan ketidakjujuran, namun pemantauan dari segi ini mampu menjayakan MEB.

Sehubungan dengan itu, dasar melindung hak bumiputera dan Melayu tidak menjejaskan langsung MEB, sebagaimana didakwa oleh Stewart Forbes. Pelabur luar tidak lari kerana dasar afirmatif kerajaan, akan tetapi kerana sistem lama yang penuh birokrasi, protokol dan tidak efisien mengikis keyakinan mereka. Liberalisasi ekonomi ini juga perlu menjaga pemilikan ekonomi negara dari penguasaan asing kerana liberalisasi yang berlebihan akan menghilangkan identity negara.

Sekali lagi, isu menjaga hak-hak Melayu bumiputera menjadi penghalang kepada pelbagai desakan dalam dan luar negara untuk menguasai negara. Bangsa Melayu dan bumiputera harus segera sedar dan bangkit kerana selamanya mereka tidak boleh berasa selesa dan berdiam diri dalam keadaan ini. Mereka perlu mengubah diri mereka menjadi bangsa ulung yang hebat dari segi sahsiah dan kemampuan akademik untuk membolehkan mereka memimpin negara dan rantau ini.

PERKASA, sebuah NGO Melayu menyarankan agar kerajaan tidak menepikan bangsa Melayu dalam MEB ini. Terdapat juga pemikir dari bangsa Melayu yang menyokong liberalisasi total dengan hujah bahawa bangsa Melayu mampu bersaing walaupun hak mereka tidak dijamin dan bersaing secara sihat dengan bangsa lain. Hujah ini pada asasnya sangat berani kerana ia terlalu berkeyakinan tanpa melihat kepada realiti dan persekitaran. Hujah ini mungkin hanya desakan emosi yang membuak-buak yang meluat melihat kegagalan DEB dan amalan kronisme. Mungkin juga pemuka hujah ini tidak terlibat dalam ekonomi dan perniagaan di dunia sebenar, yang mana menyaksikan bagaimana kaum Melayu dan bumiputera begitu susah bersaing kerana masalah mereka yang tersendiri.

Jadi tindakan yang betul adalah membina bangsa itu sendiri dengan kehebatan dan sifat-sifat mulia. Seiring dengan itu, perlindungan hak adalah perlu agar mereka tidak terjajah di tanah air sendiri sehingga mungkin tidak mampu bangkit serta menjadi hamba selama berkurun lagi lamanya!

Oleh: Zul Alwi Adam,

Ketua Biro Media & Penerangan,

ISMA Cawangan Shah Alam & Klang

Sumber: Laman Web ISMA Shah Alam & Klang

1 April 2010: Sensitifkah Umat Islam di Negara Ini?
Tarikh 1 April 2010 mungkin tidak memberi apa-apa makna atau signifikansi kepada kebanyakan penduduk di negara ini, khususnya umat Islam. Kalau ada pun, mungkin yang terlintas di fikiran ialah sambutan April Fool, satu lagi budaya picisan yang diimport dari barat seiring dengan agenda serangan pemikiran ke atas umat Islam.

Hari ini sebenarnya merupakan satu detik yang cukup penting dan bersejarah kerana satu keputusan besar akan dibuat yang bakal menentukan masa depan seorang insan kecil. Pada zahirnya isu yang dibangkitkan ialah perebutan hak penjagaan ke atas seorang kanak-kanak di antara ayahnya yang telah memeluk Islam dan ibunya yang kekal sebagai seorang penganut Hindu. Namun isu yang lebih besar ialah kesucian akidah kanak-kanak tersebut, sama ada dia akan membesar sebagai muslim atau sebaliknya.

Demikianlah nasib yang menimpa Ummu Habibah atau Prasana Diksa (22 bulan) yang menjadi rebutan antara Mohd Ridzuan Abdullah (nama asalnya K. Pathmanathan) dan Indira Gandhi. Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Wan Afrah Wan Ibrahim hari ini akan memberi keputusan terhadap permohonan Mohd Ridzuan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan mahkamah itu sebelum ini yang telah memberikan hak penjagaan ketiga-tiga anak pasangan tersebut kepada bekas isterinya.

Kes ini juga menjadi indikator terhadap kedudukan dan kedaulatan undang-undang Islam di negara ini. Walaupun sebenarnya undang-undang Islam sudah kalah dalam pusingan terdahulu apabila Mahkamah Tinggi Ipoh pada 11 Mac lalu memutuskan hak penjagaan ketiga-tiga anak Mohd Ridzuan diserahkan kepada bekas isterinya yang bukan beragama Islam, Indira Ghandi.

Keputusan itu sekaligus menafikan keputusan Mahkamah Syariah pada 29 Oktober tahun lalu yang telah memberikan hak penjagaan ketiga-tiga anak pasangan itu kepada Mohd Ridzuan. Senario ini secara langsung menunjukkan bahawa kedudukan Mahkamah Sivil di sisi undang-undang negara ini lebih tinggi daripada Mahkamah Syariah. Namun berbekalkan keyakinan bahawa Mahkamah Tinggi tiada bidang kuasa dalam hal ini, Mohd Ridzuan telah memohon agar pelaksanaan keputusan tersebut ditangguhkan sementara beliau mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Lebih utama lagi dalam isu ini sebenarnya ialah sejauh mana sensitiviti dan kepedulian umat Islam di tanahair terhadap kes ini kerana isu ini bukan semata-mata isu Mohd Ridzuan tetapi adalah isu bersama seluruh umat Islam. Adakah kita prihatin dengan masa depan akidah anak beliau? Adakah kita terkesan dengan keputusan Mahkamah Tinggi terbabit yang sudah pasti akan menjadi precedent untuk kes-kes serupa di masa hadapan?

Jauh berbeza sekali situasinya dengan 60 tahun yang lalu, di mana umat Islam di negara ini telah bersatu dan menunjukkan keprihatinan terhadap isu Natrah yang berdepan krisis serupa (ketika ini saya sedang membaca buku Natrah: Cinta, Rusuhan & Air Mata tulisan Datin Fatini Yaacob). Natrah (nama sebenar Huberdina Maria Hertogh), seorang gadis berketurunan Belanda tetapi dibesarkan dalam persekitaran Islam di Tanah Melayu, menjadi rebutan antara ibu bapa kandung dan keluarga angkatnya.

Kepedulian umat Islam ketika itu jelas kelihatan apabila satu Jawatankuasa Tindakan Natrah telah ditubuhkan untuk menzahirkan sokongan dan perjuangan seluruh umat terhadap isu Natrah. Malah dianggarkan seramai 2000 hingga 3000 orang sanggup menunggu di hadapan Mahkamah Tinggi Singapura sepanjang perbicaraan berlangsung. Kemuncak perjuangan mereka ialah satu rusuhan besar-besaran yang telah mengorbankan 18 nyawa. Rentetan peristiwa ini mencerminkan sensitiviti umat dalam mempertahankan kesucian Islam dan membela akidah saudara seagama.

Senario tersebut jauh berbeza dengan realiti masa kini di mana tahap kepedulian umat begitu meruncing, malah boleh dikatakan hampir-hampir mati. Kes-kes seperti yang dialami oleh Mohd Ridzuan dibiarkan berlalu begitu sahaja, begitu juga dengan gejala murtad yang saban hari semakin serius. Jika beginilah tahap sensitiviti umat, apalah sangat yang boleh kita harapkan daripada mereka. Justeru menjadi tanggungjawab besar gerakan-gerakan Islam dan para pendakwah di negara ini khususnya untuk mengembalikan sifat al-ihtimam atau naluri kepedulian umat, sebagai langkah awal untuk memartabatkan kedudukan Islam di persada yang selayaknya.

Mohd Firdaus Sabturani

Media ISMA

p/s: Seluruh muslimin dan muslimat dijemput hadir ke Seminar 60 Tahun Pasca Tragedi Natrah: Menghayati Perjuangan Bangsa dan Agama di Sebalik Kisah anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Seremban. Maklumat lanjut di sini.

Pemimpin Jihad HAMAS, Mahmud Abd Rauf, Syahid di Dubai
Salah seorang pemimpin dan pengasas Batalion Izzuddin Al-Qassam, Mahmud Abdul Rauf Al-Mabhuh, 50 tahun, dibunuh syahid di Dubai pada Rabu 20/1/2010 yang lalu. Beliau tinggal dalam buangan di Syria, menggerakkan amal Jihad berpusat di sana bersama-sama Ketua Biro Politik HAMAS, Khalid Masy’al. Beliau berasal dari khemah pelarian Jabalia di utara Gaza, Palestin. Di hari-hari pertama Intifadhah Pertama (meletus 1987), rumah Asy-Syahid adalah diantara rumah yang pertama dirobohkan oleh pihak Zionis. Jenazah Asy-Syahid tiba di Damsyiq dari Dubai pada petang Khamis lalu dan telah selamat disolatkan sebaik selepas solat Jumaat 29.1.2010 di Masjid Al-Wasim, khemah pelarian Al-Yarmuk, Damsyiq, Syria. Asy-Syahid pernah menjalankan operasi menangkap 2 tentera Israel iaitu Elan Sakdun dan Afiy Sabortis untuk cubaan pertukaran tawanan perang dengan rakyat Palestin yang ditawan. Asy-Syahid juga memainkan peranan penting dalam memberi dokongan kepada para Mujahideen Palestin.

Ucapan Khalid Masy’al, Ketua Biro Politik HAMAS, “Wahai Zionis, jika kamu sedang gembira kerana dapat membunuh seorang lelaki yang hebat yang telah membunuh sebahagian tentera-tentera kami, ketahuilah bahawa ianya adalah kegembiraan yang seketika. Kamu tidak akan dtinggalkan begitu sahaja. Kami akan kembali membalas darah Asy-Syahid yang telah mengalir. Jika kamu menyangka kami akan meninggalkan pilihan Penentangan kami terhadap kami (HAMAS pilih Penentangan, FATAH pilih Perdamaian – pent.), kamu bermimpi disiang hari. Penentangan adalah pilihan kami. Kami tidak akan dilemahkan oleh projek penempatan haram kamu, penjajahan kamu, pembunuhan, tembok pemisah maupun usaha menyekat makanan yang kamu sedang usahakan”.

Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Dr. Mohd Badi’ telah menghubungi Ustaz Khalid Masy’al melalui telefon dan mengucapkan takziah darinya dan dari sekelian anggota Ikhwan Muslimin diatas pemergian Asy-Syahid Mahmud Abdul Rauf, salah seorang pemimpin dan pengasas Ketumbukan Batalion Izzuddin Al-Qassam, sayap jihad HAMAS yang dibunuh Zionis di Dubai, Emirate Arab Bersatu pada Rabu 20/1/2010 yang lalu.

Semoga Allah swt merahmati beliau, mengampunkan segala kesalahannya dan menerimanya sebagai golongan para Syuhadak bersama Hamzah bin Abdul Mutalib, Mus’ab bin Umair dan sekelian para Sahabat ra. Ameen.

Sumber:

Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com

Perutusan sulung Mursyid Ikhwan Muslimin ke-8, Dr. Mohammed Badee’
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah dan selawat serta salam bagi Rasulullah, para sahabatnya dan semua yang mengikutinya.

Ikhwah dan akhawat yang dimuliakan,

Saya dahulukan dengan sapaan Islam yang mulia: Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Dengan kehendak Allah, saya mengambil tanggungjawab yang besar ini, yang telah Allah tetapkan untuk saya, dan dengan permintaan dari gerakan Ikhwan Muslimin (IM) yang saya sahut dengan sokongan dari Allah. Dengan sokongan anggota IM, saya berharap untuk mencapai tujuan-tujuan besar yang kami curahkan seluruh tenaga kami, semata-mata kerana Allah.

Ikhwah dan akhawat,

Saya dahulukan ucapan saya dengan memberi penghormatan kepada guru kita, abang, dan ketua kita yang mulia Ustaz Muhammad Mahdi Akef, Mursyid Am IM yang ketujuh, seorang yang tegas, berdedikasi dan bersemangat tinggi yang telah mengetuai perjalanan pergerakan ini di tengah-tengah ribut dan badai dan telah melepasi segala rintangan, yang mana telah menghasilkan model dan contoh yang baik dan unik kepada semua pemimpin dan pegawai tinggi di dalam kerajaan, pertubuhan dan parti, dengan memenuhi janjinya untuk menyerahkan kepimpinan selepas hanya satu penggal.

Tiada kata-kata mampu menggambarkan perasaan kami kepada pemimpin hebat yang juga murabbi kami dan kami hanya boleh mengucapkan ”Semoga Allah membalas jasa anda dengan balasan sebaiknya dan Allah anugerahkan dengan pahala para Siddiqin”.

Kami ucapkan kepada ikhwah dan akhawat yang dikasihi di seluruh dunia, alangkah baiknya sekiranya anda berada bersama-sama kami semasa peristiwa besar ini berlaku, namun ianya tidak berlaku oleh kerana pelbagai sebab yang di luar kawalan kita, namun kami tetap merasakan kehadiran ruh anda yang sedang mengukir senyuman dan getaran yang jujur dan ikhlas.

Kepada mereka yang kami kasihi yang menghuni penjara kezaliman dan penindasan hanya kerana menegaskan bahawa Allah tuhan kami dan kerana mengangkat maruah, kehormatan dan kemajuan negara mereka, kami berikan sanjungan dan hormat kepada mereka di atas kesabaran, ketabahan dan pengorbanan, yang mana kami yakini tidak sia-sia. Kami doakan hati nurani para penzalim dan penindas sekalian akan tersentuh dan anda berpeluang untuk kembali bersama-sama menyokong usaha kita, semoga Allah merahmati dan melindungi anda semua.

Ikhwah dan akhawat,

Sepertimana yang diketahui semua, matlamat utama Ikhwan Muslimun (IM) ialah perubahan yang menyeluruh dan lengkap, yang akan membetulkan segala kerosakan menerusi islah dan perubahan. ”Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki (islah) sedaya upayaku dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah” (Hud: 88) dan dengan kerjasama semua punca-punca kuasa dan mereka yang mempunyai semangat tinggi yang tulus terhadap agama dan negaranya.

IM percaya Allah telah meletakkan semua asas yang perlu untuk pembangunan dan kebajikan negara dalam ajaran Islam; maka Islam mestilah menjadi sumber rujukan dan titik tolak bagi pembaharuan, yang dimulakan dengan proses tarbiyah dan melatih disiplin individu muslim, diikuti dengan pembentukan keluarga dan masyarakat muslim dengan mengukuhkan mereka, seterusnya dengan membawa keadilan dan berjihad untuk memerdekakan negara dari segala bentuk penguasaan asing atau penjajahan intelektual, spiritual dan kebudayaan serta penjajahan ekonomi, politik dan ketenteraan. Seterusnya membawa negara ke arah kemajuan, kemakmuran dan meletakkan negara di persada dunia.

Dengan kefahaman Islam yang komprehensif ini, IM telah digambarkan sebagai pergerakan dakwah salafi, pengamal sunnah (toriqah sunniyah), hakikat sufi (haqiqah sufiyyah), parti politik (hai’ah siyasiyah), kumpulan sukan (jamaah riyadhiyyah), persatuan kebudayaan dan ilmiyah (rabitah ilmiyyah thaqafiyyah), dan syarikat perekonomian (syirkah iqtisodiyyah) dan idealisma sosial (fikrah ijtima’iyyah), sepertimana yang telah disebut di dalam Al-Quran: ”Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan” (Al-Qasas:77).

IM memahami bahawa Quran dan Sunnah merangkumi semua peraturan, yang digunapakai dalam segenap aspek kehidupan dan ummah ini perlu memilih yang terbaik untuknya berdasarkan peraturan ini, di mana alternatif dan pilihan fikah boleh berubah mengikut adat kebiasaan, masa dan tempat.

Ikhwah dan akhawat,

Walaupun idea, matlamat dan objektif kami adalah jelas, banyak pihak cuba untuk menggambarkan kami dengan gambaran yang lain, meletakkan matlamat dan objektif yang berbeza terhadap kami; oleh kerana itu, kami selalu memperkenalkan kembali diri kami, prinsip dan pendirian kami terhadap isu semasa.

Saya ingin menyatakan kepada mereka yang mendokong kesatuan jamaah, bahawa mereka yang bekerja untuk Tuhan mereka, agama dan negara haruslah bekerja sebagai satu unit, walaupun memiliki perbezaan pandangan. Mereka yang mengatakan bahawa perbezaan pandangan akan menyebabkan perpecahan atau memberi kesan kepada ukhuwwah, sebenarnya tidak benar-benar memahami IM. Anggota IM telah berjanji dengan Allah untuk bekerja keras demi Allah sebagai satu unit seperti sebuah binaan yang tersusun.

IM bergerak berdasarkan peraturan dan disiplin, yang sentiasa diperbaharui dan diperkemas tanpa melanggar prinsip-prinsip yang asas, dan dalam hal ini IM sentiasa menerima nasihat dan pandangan semua pihak kerana mereka mengikut pepatah ”Allah merahmati mereka yang menunjukkan kekurangan kami”.

Ikhwah dan akhawat,

Saya mahu menyorot dan menekankan beberapa perkara berikut:

• Kami adalah satu Jamaah dari umat Islam dan bukan Jamaatul Muslimin, kerana satu kumpulan tidak boleh memonopoli Islam. Dan alhamdulillah, IM sangat popular di semua negara Arab dan negara Islam kerana pendiriannya yang sederhana yang berpaksikan Qur’an dan Sunnah.

• Dakwah dan pergerakan kami adalah bersangkutan dan saling bersandar antara satu sama lain. Pergerakan kami adalah berdasarkan dakwah kami dan motto kami seperti yang telah disebutkan dalam Qur’an: ”Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu.” (al-Hasyr: 10)

• Kami percaya dengan proses islah secara berperingkat, yang mana ini boleh dicapai dengan perjuangan yang damai dan mengikut lunas undang-undang berdasarkan pujukan dan dialog dan sekali-kali bukan melalui paksaan. Maka kami menolak keganasan dan segala bentuknya samada di pihak kerajaan mahupun individu, daripada organisasi atau institusi.

• IM percaya bahawa sistem undang-undang perlu memberi ruang kepada kebebasan individu, syura atau demokrasi, mendapatkan kedaulatan kuasa dari suara rakyat, mengenalpasti kuasa dan pemisahan antaranya, kerana inilah sistem yang paling hampir dengan Islam dan IM tidak akan menerima alternatif yang lain. Dengan perspektif ini, mereka mengambil bahagian dalam politik negara dan menuntut perubahan sistem politik melalui jalan yang sedia ada dan aman seperti melalui parlimen dan kerja kemasyarakatan yang mereka anggap sebagai satu kewajipan sepertimana kefahaman mereka terhadap agama mereka dan ketulusan mereka terhadap ummah.

• Berkenaan pendirian kami terhadap rejim Mesir, kami menekankan bahawa IM tidak pernah menjadi musuh kepada rejim, walaupun rejim selalu memberi sekatan ke atas mereka, merampas wang mereka dan sering menangkap pemimpin-pemimpin mereka. Walaubagaimanapun IM tidak pernah sedikitpun mengurangkan usaha menentang dasar-dasar yang mendatangkan kerosakan dari segala sudut dan terus menerus memberi pandangan dan nasihat untuk mengharungi krisis yang berterusan ini, yang disebabkan oleh rejim ini. IM membesarkan anak-anak bangsa dengan memberi nilai akhlak, moral dan sentiasa membantu orang lain, yang mana semuanya memberi manfaat kepada ummah, rakyat dan institusi negara.

• IM menekankan bahawa pendirian mereka terhadap apa jua sistem adalah berdasarkan mendokong yang baik dan menolak yang buruk, maka mereka tidak menolak sesuatu semata-mata kerana tidak sukakannya.

• Kepada saudara Kristian kami di dunia Arab dan dunia Islam, pendirian kami sangat jelas bahawa mereka adalah rakan kongsi dan peserta dalam membina tamadun ummah, rakan sekerja kami dalam mempertahankannya, rakan karib dalam pembangunannya, maka berurusan dan bekerjasama dengan mereka adalah satu kewajipan dalam Islam. ”Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil” (al-Mumtahanah: 8).

• IM percaya bahawa kerakyatan sesuatu negara adalah berdasarkan kerjasama dan kesaksamaan dalam hak dan tanggungjawab, kecuali dalam hal peribadi, yang mana mengikut kepercayaan masing-masing.

• IM menolak dengan keras dan mengutuk segala bentuk keganasan atas dasar agama yang sering terjadi dan menyatakan penolakan terhadap peristiwa yang menyakitkan ini, kerana penganut Kristian dan Muslim adalah satu komuniti dari segi struktur sosial dan budayanya. IM juga menyeru untuk diadakan perbincangan yang telus berkenaan sebab di sebalik ketegangan ini dan mencari penyelesaian untuk menghilangkan sensitiviti keagamaan dan mengembalikan negara menjadi satu unit.

• Berkenaan isu wanita, IM telah dengan jelas selama ini memperjuangkan hak-hak wanita dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. ”Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya” (at-Taubah: 71). Kami menyeru wanita muslim untuk memainkan peranan mereka dan sentiasa mengambil tahu isu semasa kerana ini akan memberi manfaat kepada ummah Islam dan Arab.

• Syura (atau demokrasi) adalah wasilah asas kami, kami bersungguh-sungguh melaksanakannya dan mengukuhkannya. Semua institusi dalam pergerakan ini meletakkan syura dan demokrasi sebagai asasnya, bermula dari majlis di peringkat cawangan sehingga pejabat Maktab Irsyad sendiri. IM menekankan bahawa syura atau demokrasi tidak menghilangkan suara pandangan pihak yang lain, dan mengambil pendapat majoriti sebagai keputusan untuk semua.

• Berkaitan dengan Islam, kerajaan, parti politik, intelektual dan elit budaya, IM percaya bahawa setiap orang harus mengambil bahagian dalam pembangunan dan pembaharuan dan menolak sebarang usaha meminggirkan individu atau persatuan mahupun peranan mereka. Mereka menerima kepelbagaian parti dan kebebasan untuk membentuk sebarang parti tanpa sekatan selagimana ianya masih dalam rangka perlembagaan negara. Mereka percaya dengan peralihan kuasa di antara parti dan kumpulan menerusi pilihanraya yang bebas dan adil kerana negara ini adalah milik bersama dan pembaharuan adalah tanggungjawab setiap individu.

• IM meletakkan isu Palestin sebagai satu keutamaannya dan menganggap isu ini adalah yang terpenting bagi ummah. Kesucian bumi Palestin dan kedudukan Masjid Aqsa di hati kita mengukur tahap kesetiaan kita kepada Islam dan bangsa Arab. IM tidak mengurangkan sedikitpun usaha untuk mengetengahkan isu ini agar ianya menjadi isu utama sistem pemerintahan dan ummah sehingga Palestin merdeka, InsyaAllah.

• IM bersungguh-sungguh menyokong negara Arab dan Islam serta menyokong pendirian mereka yang adil dan isu-isu penting mereka. IM tidak teragak-agak untuk menghulurkan nasihat kepada semua badan dan persatuan Arab atau Islam samada dalam bentuk yang rasmi mahupun secara umum. Mereka juga tidak pernah berhenti berkorban demi Ummah ketika mana diperlukan. Mereka menyeru negara Arab dan Islam untuk bersatu dan bekerjasama menentang projek penjajahan, hegemoni barat dan zionis, sepertimana mereka menyeru untuk kesatuan ummah dan menyelesaikan permasalahan di dalam dan di antara negara Arab dan Islam menerusi dialog dan bukan dengan senjata. Kami mengingatkan saudara kami di Yaman, Sudan, Somalia, Iraq, Lebanon, Afganistan dan Pakistan, bahawa satu-satunya jalan untuk memastikan keselamatan dan keamanan rakyat mereka adalah dengan berdialog dan bersetuju mengenai apakah jalan yang terbaik buat mereka.

• Pendirian kami terhadap sistem global yang dikuasai USA dan barat adalah sangat jelas. Kami tidak bermusuh dengan negara-negara barat, tetapi kami menentang sistem ini kerana ia menuntut demokrasi dan kebebasan untuk rakyatnya manakala menafikannya buat kami. Negara-negara barat menggunakan kekuatan ekonomi untuk mempengaruhi dan mengawal negara kami. Negara Zionis menuntut penghapusan dan penggantian nilai, budaya dan identiti Islam dengan nilai barat, yang mana akan merosakkan iman dan akhlak di negara kami. Kami menyeru ummah untuk bersatu menghadapi Zionis dan projek barat dan mengatasi segala perbezaan ideologi, menghentikan perkauman, dan menolak segala bentuk serangan atau penjajahan terhadap negara Arab atau Islam.

• Kami menuntut sistem global ini diubah menjadi adil dan benar dan terus bekerja ke arah keamanan dan kerjasama di antara bangsa-bangsa dunia dan menyebarkan nilai kebebasan dan keadilan di seluruh dunia. Seperti mana disebut di dalam hadis: ”Setiap kamu adalah anak cucu Nabi Adam, dan Adam dicipta dari tanah” (Hadis riwayat Al-Bazzar). Juga firman Allah: ”Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)” (al-Hujurat: 13). Juga hadis: ”Kaum Arab tidaklah lebih mulia dari yang lain dan begitu juga sebaliknya, orang yang berkulit hitam tidaklah lebih mulia dari yang berkulit putih dan begitu juga sebaliknya, kecuali dalam ketaqwaan” (Hadis riwayat At-Tabarani).

Ikhwah dan akhawat,

Kita melihat masa depan dengan penuh harapan dan keprihatinan.

Harapan adalah slogan hidup mukmin yang benar. Dan ia merupakan bekalan di perjalanan yang panjang, maka kita terus beramal dengan segenap harapan. Kasih sayang dan ukhuwwah merupakan wasilah ikhwan menghadapi kesusahan. Sesungguhnya berputus asa bukanlah sifat mukmin dan berdiam diri bukanlah kualiti seorang mujahid. Keprihatinan kami adalah sama seperti rakyat Mesir, bangsa Arab dan muslim; umat manusia keseluruhannya juga berkongsi keprihatinan yang sama tentang masa depan dunia, yang diancam konflik, wabak dan penyakit, dan para saintis merasa kasihan terhadap dunia kerana pemanasan global, kemarau dan penggurunan. Keprihatinan kami juga terhadap masa depan dunia yang ditadbir dengan polisi kuasa besar yang ingin memimpin dunia secara unilateral selama dua dekad, di mana mereka menyangka mampu mengawal dunia. Namun, mereka dikejutkan dengan darah yang mengalir dan jasad yang bergelimpangan di sebahagian dunia Islam termasuk Afganistan, Iraq, Sudan, Somalia, Lebanon dan Palestin di tambah dengan krisis ekonomi yang tidak putus-putus serta manusia yang hidup dalam kerisauan dan rasa cemas terhadap masa depan mereka dan anak-anak mereka.

Ikhwah dan akhawat,

Rakyat Mesir, bangsa Arab, Muslim dan manusia sejagat meletakkan harapan yang sangat besar kepada anda, anda –dengan izin Allah- mampu untuk menggalas tanggungjawab ini; sejarah telah membuktikan berulang kali tentang kesabaran, ketabahan, ketetapan pendirian dan keberhasilan anda walaupun banyak khabar angin yang tersebar tentang anda.

Tawarkan kepada dunia; Islam yang sebenar, Islam yang membawa toleransi dan kesederhanaan, Islam yang menghormati kepelbagaian beragama, Islam yang menggalakkan saling mengenali dan bekerjasama untuk kebaikan manusia.

Laluilah semua jalan dan gunakan semua wasilah untuk menyampaikan dakwah Islam kepada manusia dan bersungguh-sungguhlah; ”Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujah-hujah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh” (al-Furqan: 52).

Tetaplah berjihad dengan pernyataan-pernyataan, penulisan, pidato, lagu, filem dan drama, dan semua jenis seni yang terarah dan cara yang suci agar kebenaran Islam terserlah dan menolak segala bentuk syubhat. Slogan kita terdapat dalam ayat suci: ”Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk” (an-Nahl: 125). Dan firman Allah lagi: ”Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka dan katakanlah (kepada mereka): Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri.” (al-Ankabut: 46)

Didiklah diri anda dengan nilai dan etika yang murni, jadilah contoh buat masyarakat. Pimpinlah mereka ke jalan Allah dengan menjadi contoh yang baik dan dengan akhlak yang mantap. bekerjasamalah dengan semua pihak dalam membentuk peribadi dan menanam akhlak yang mulia.

Bekerjasamalah dengan mereka yang bekerja untuk kebaikan dan taqwa, bahkan bantulah sesiapa sahaja yang membawa kebenaran, mempertahankan iman dan memerangi kekafiran dan atheisme.

Perbetulkan dirimu dan rumahtanggamu, bersegeralah membuat kebaikan untuk membaiki masyarakat. Perhatikan nasib mereka yang ditindas di merata-rata tempat dan kembalikan hak mereka.

Kembalilah kepada Qur’an yang mulia dan Sunnah Rasulullah yang dijunjung, sirah kehidupan Rasulullah dan dan kehidupan manusia-manusia agung yang lain. Pelajari ia dan dapatkan pengajaran darinya dan perbaiki perjalanan kehidupanmu sentiasa dan sedarlah bahawa Allah sentiasa memerhatikan amalmu dan bukan pada zahirmu. Pertolongan Allah sentiasa menanti, dan ianya amat dekat; ”Dengan kemenangan yang diberi Allah. Dia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.” (ar-Rum: 5)

”Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.” (at-Taubah: 105)

Dr. Mohammed Badee’,

Mursyid Ikhwan Muslimin ke-8

(Biografi Dr. Mohammed Badee’ boleh didapati di laman blog Ini Jalanku)

Majlis Fatwa tak benarkan guna perkataan “Allah”
Tiada Tuhan melainkan ALLAH. Ini bermakna selain Allah adalah sekutu-sekutu yang dicipta oleh orang-orang kafir dan musyrik. ( Foto : Bentuk bulat terkandung “Muhammad rasul Allah” ialah chop mohor Rasulullah saw dicincin Baginda saw ).

Berikut adalah keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia mengenai tuntutan penganut Kristian terhadap penggunaan kalimah ‘Allah”.

Bil. Muzakarah : Kali Ke-82

Tarikh : 5 Hingga 7 Mei 2008

Tempat : Holiday Villa Hotel & Suites, Alor Star, Kedah

1) Ulasan/Hujah

Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverend Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.

Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.

Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.

Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.

Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.

Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.

Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.

Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.

Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya kesucian agama dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.

Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.

Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.

Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses menggubal Enakmen ini.

2) Keputusan

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

** Tamat Keputusan Muzakarah **

Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam”. Katakanlah (Wahai Muhammad): “(Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya?”. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendaki-Nya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Maa’idah: Ayat 17)

Adelaide Dilanda Gelombang Panas
Adelaide, 9 Jan. – Suhu di Adelaide telah pun mencecah 40 darjah selsius hari ini, dan dijangka akan lebih tinggi pada hari Ahad dan Isnin.

Ramalan Kaji Cuaca menyatakan bahawa suhu tidak mungkin turun kepada 25 darjah selsius menjelang tengah malam, dan tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa suhu harian akan berkurang sehingga hari Selasa.

Persatuan Palang Merah South Australia hari ini dilaporkan telah menelefon lebih 1500 warga emas untuk bertanyakan sejauh mana mereka boleh menghadapi cuaca yang panas melampau tersebut. Menurut wakil daripada persatuan berkenaan, program sebegini amat perlu dan kerana sebelum ini terdapat ramai warga emas memerlukan bantuan dalam menghadapi gelombang panas sebegini, dan ada sebilangan warga emas berjaya dibawa ke pusat perubatan tepat pada masanya.

Seluruh South Australia diisytiharkan “Total Fire Ban” berikutan suhu melampau beberapa hari ini.

Orang ramai dinasihatkan untuk berada di dalam rumah sepanjang masa dan hanya keluar jika perlu. Air juga perlu diminum lebih kerap agar dapat mengelakkan dehidrasi.

Penggunaan peralatan elektrik seperti penyaman udara secara melampau tidak digalakkan kerana kebakaran boleh berlaku apabila peralatan “overheat”.

Keputusan Peperiksaan Diumumkan
Adelaide, 4 Dis. – Musim peperiksaan telah lama berlalu. Saat paling mendebarkan pelajar universiti di Adelaide kini tiba apabila keputusan peperiksaan diumumkan di laman portal universiti masing-masing. Ada yang menerima keputusan satu persatu secara beransur-ansur, ada juga yang telah ditetapkan tarikh pengumuman keputusan.

Telah menjadi lumrah alam/sunnatullah, kegagalan dan kejayaan merupakan ketentuan dari Allah. Semuanya telah ditetapkan. Hanya manusia yang perlu merungkai takdir dengan takwa sebagai hambaNya. Subjek-subjek profesional seperti perakaunan dan perubatan merupakan subjek kritikal yang mudahnya menguji kesabaran para penuntut. Tidak kurang juga dengan subjek-subjek lain. Semuanya menuntut aplikasi tawakal dalam pengharapan kepadaNya.

Kebanyakan pelajar University of Adelaide menunggu waktu yang sesuai, iaitu selepas tarikh akhir ’supplementary test’ untuk terbang pulang bercuti atau pulang menamatkan pengajian ke Malaysia. Lain pula halnya dengan pelajar University of South Australia (Unisa) yang majoritinya pulang sejurus selepas peperiksaan tamat, berikutan tarikh ’supplementary test’ yang bermula selepas cuti musim panas.

Rata-rata pelajar telah pun menerima keputusan ujian masing-masing (kecuali pelajar Unisa dan Flinders University yang dijadualkan menerima keputusan pada pertengahan Disember). Para pelajar yang berjaya melepasi had ‘pass’ kini ceria menunggu waktu pulang ke Malaysia dengan perancangan-perancangan masa depan yang telah/sedang diatur. Para pelajar yang perlu menduduki semula peperiksaan (supplementary test), telah mula mengumpul semula bahan dan merancang jadual pembelajaran bersama rakan-rakan. Tak kurang juga para pelajar yang bekerja sambilan bagi menambah wang saku.

Bertanya kepada adik-adik yang pulang ke Malaysia tentang perancangan musim cuti, selain menghabiskan masa terluang bersama keluarga, ramai yang tidak sabar menghadiri majlis perkahwinan saudara-mara dan senior-senior.

Bagi pelajar yang tidak pulang ke Malaysia, pelbagai program telah diatur, bagi memanfaatkan masa yang ada. Jalan-jalan, bekerja sambilan, summer school dan pelbagai rancangan lagi telah diatur sebaiknya.

Biar apa sekalipun aturan perjalanannya, masa merupakan harta bernilai yang tak mampu dibeli hatta dengan apa sekalipun.Bak kata pepatah arab, masa ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya, nescaya dia yang akan mencantas kamu. Selamat memanfaatkan masa!

Rancangan Israel Hancurkan Al-Aqsa Di Peringkat Akhir
Al-Khalil – Ahli Parlimen Palestin, Sameera Al-Halaika dari blok parlimen Hamas dalam Dewan Perundangan Palestin (Palestinian Legislative Council) pada Jumaat lepas (20 November) memberi amaran bahawa perancangan Israel untuk memusnahkan Masjid Al-Aqsa sudah sampai ke peringkat akhir, dan menambah bahawa tindakan berpeluk tubuh dunia Arab dan Islam telah menghantar mesej yang salah kepada tentera penjajah Israel.

Beliau turut mengkritik “suasana kematian” yang menyelubungi dunia Arab dan Islam serta pengabaian terang-terangan mereka terhadap tanah suci Islam itu, sambil menekankan bahawa penghapusan etnik terancang Israel terhadap bangsa Arab dan umat Islam di wilayah terjajah Baitul Maqdis berlaku dalam keadaan tanpa ditentang dan sudah sampai ke peringkat akhir.

Untuk itu, ahli perundangan tersebut menyeru negara-negara Arab dan Islam supaya menghentikan sikap berpeluk tubuh mereka sebaliknya berdiri teguh di samping saudara seIslam dan seArab mereka di wilayah terjajah Baitul Maqdis. Menurut Halaika, penduduk Palestin di situ sedang berhadapan dengan barah kehancuran yang bekerja siang dan malam untuk menghapuskan kehadiran mereka di kota suci tersebut sama ada dengan merobohkan tempat tinggal mereka atau merampas dan membatalkan kad pengenalan penduduk mereka, antara sebahagian tindakan-tindakan haram Israel bertujuan untuk mengubah demografi kota suci Baitulmaqdis supaya menguntungkan pendatang-pendatang Yahudi.

Kenyataan Halaika dibuat berikutan pendedahan Yayasan Al-Aqsa untuk Sejarah dan Warisan terhadap tindakan penggalian terbaru Israel, termasuk pembinaan dua terowong dan dua lif pengangkut berdekatan sempadan barat Masjid Al-Aqsa untuk menghubungkan pintu pagar Al-Magharba dengan Plaza Al-Buraq, yang membolehkan serangan terhadap masjid tersebut lebih mudah dilakukan.

Sumber: Ikhwanweb

Penterjemah:

Lufti Abbas bin Bidin

Wartawan/Penulis

Media ISMA

Takziah Buat Wan Hana Syafiqah Modin dan Keluarga
Petikan berita dari laman web Berita Harian

Pada 12 November 2009 yang lalu, akhbar Berita Harian dan The Star telah melaporkan insiden malang yang berlaku kepada salah seorang pelajar Malaysia di Melbourne, Australia.

Saudari Wan Hana Syafiqah Modin, seorang pelajar pintar di Swinburne University of Technology telah dirompak dan dipukul sehingga pengsan. Akhbar telah melaporkan bahawa, saudari Wan Hana Syafiqah sedang berjalan ke kampus universitinya apabila dia dikejutkan dari belakang oleh seorang lelaki yang memiliki objek tajam. Dia kemudiannya diheret ke dalam kereta dan dipukul sehingga pengsan oleh tiga orang lelaki lain yang berada di dalam kereta.

Wan Hana kemudiannya ditinggalkan di sebuah rumah kosong selepas perompak-perompak itu mengambil $AUD260. Setelah sedar dari pengsan, beliau berlari ke kedai yang berdekatan dan diselamatkan oleh orang ramai. Beliau dibawa ke Royal Melbourne Hospital untuk rawatan.

ISMA Australia ingin mengucapkan takziah kepada beliau atas kemalangan yang menimpanya. Kami berharap Wan Hana akan terus sabar dan tabah dengan ujian yang mendatang. Kami juga berdoa agar beliau cepat sembuh dan dapat meneruskan pengajian universiti seperti biasa.

Di kesempatan ini, ISMA Australia juga ingin mengajak semua pelajar-pelajar dan warganegara Malaysia yang berada di Australia untuk mengambil langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Seboleh-bolehnya, jangan berjalan seorang diri. Gunakan jalan yang tidak terlalu sunyi.

Sama-samalah kita berdoa agar saudari Wan Hana akan kembali pulih seperti sediakala. Doakan juga agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi pada masa yang akan datang.