Majlis Fatwa tak benarkan guna perkataan “Allah”

Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.
Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Takziah Buat Wan Hana Syafiqah Modin dan Keluarga

Pada 12 November 2009 yang lalu, akhbar Berita Harian dan The Star telah melaporkan insiden malang yang berlaku kepada salah seorang pelajar Malaysia di Melbourne, Australia.

Saudari Wan Hana Syafiqah Modin, seorang pelajar pintar di Swinburne University of Technology telah dirompak dan dipukul sehingga pengsan. Akhbar telah melaporkan bahawa, saudari Wan Hana Syafiqah sedang berjalan ke kampus universitinya apabila dia dikejutkan dari belakang oleh seorang lelaki yang memiliki objek tajam. Dia kemudiannya diheret ke dalam kereta dan dipukul sehingga pengsan oleh tiga orang lelaki lain yang berada di dalam kereta.

Perbuatan Mencemari Kesucian Ramadan

TINDAKAN sesetengah pengusaha kedai makanan milik orang Islam yang memulakan perniagaan di awal pagi dalam bulan Ramadan boleh dipersoalkan. Ini termasuklah pengusaha bazar Ramadan yang berniaga sejak jam 10 pagi lagi.
Untuk siapakah makanan itu disediakan? Kalau untuk orang bukan Islam berapa ramaikah pula daripada kalangan mereka yang bertandang ke premis mereka? Lebih mengelirukan apabila ada [...]

Vokalis Nasyid Rabbani, Asri ke Rahmatullah

Saya terkejut bercampur sedih bila mendengar berita kematian Asri Ibrahim, penasyid Munajat, vokalis utama kumpulan nasyid Rabbani pagi tadi. Pada saya pemergian beliau adalah satu kehilangan besar bagi projek pembangunan Islam yang sedang saya usahakan dalam perjuangan dan kehidupan saya.

Melayu dan Perpaduan Melayu

Sejak akhir-akhir ini sering digembar-gemburkan di media akan isu perpaduan Melayu. Dikatakan bahawa orang Melayu hari ini sudah berpecah-belah, saling bermusuhan dan sukar untuk bersatu meskipun atas dasar kebaikan. Dua parti utama Melayu di Malaysia saling saing-menyaingi untuk menjuarai isu ini dan mengatakan masing-masing sebagai mewakili bangsa Melayu.

Lembaran Baru Kepimpinan Negara

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah atas transisi tampuk pemerintahan negara yang berjalan dengan aman, suasana saling hormat menghormati dan perasaan tawadhu’ dengan tanggung jawab yang diamanahkan. Perubahan tampuk kepimpinanan negara ini adalah titik penting dalam sejarah tanahair.