ISMA Australia » Tanah Air

Perutusan takziah buat Dr Rameez dan keluarga
14 Nov – Dukacita dimaklumkan bahawa Puan Zakiah Num Abdullah yang merupakan ibu kepada Konsul General di Melbourne, Dr Rameez Yahaya telah meninggal dunia pada hari ini di Malaysia. Allahyarhamah mengalami kecederaan akibat rompakan yang berlaku awal hari ini. Takziah diucapkan kepada Dr Rameez dan keluarga.

Pihak ISMA-Australia mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. ISMA Australia turut mendoakan semoga Allah memberikan kesabaran dan kekuatan kepada Dr Rameez serta ahli keluarga agar terus tabah dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” – Surah Ali-Imran

Share

Gugurnya Seorang Pejuang
Biro Media dan Penerangan ISMA Australia mengucapkan salam takziah kepada keluarga Noramfaizul Mohd Nor. Semoga amalnya diterima dan dijadikan contoh bagi para aktivis dalam media Islam dalam membawa mesej Islam kepada masyarakat.

Saya ingin turut serta merakamkan ucapan takziah kepada Puan Norazrina, anakanda Mohd Irfan dan anakanda Mohd Naufal serta ahli keluarga dan semua rakan media di atas pemergian jurukamera BernamaTV, allahyarham Noramfaizul Mohd Nor.

Allahyarham adalah seorang pengamal media yang begitu berdedikasi dengan kerjayanya. Beliau sentiasa bersama lensanya ke serata dunia bagi memaparkan keadaan semasa peta dunia umat Islam yang sedang terluka.

Beliau pernah menyertai misi  media ke Pakistan sebelum kemudiannya ke Gaza di Palestin. Sifat keprihatinan dan keperwiraan beliau sakaligus telah mengangkat kedudukan petugas media kepada satu tahap yang lebih tinggi di persada masyarakat kita di Malaysia mahupun di peringkat internasional.

Pemergiannya ke Somalia ini adalah misi yang sangat mulia  dan tidak seharusnya digunakan oleh mana-mana pihak bagi kepentingan politik. Bak kata-kata pepatah Arab ” رضا الناس غاية لا تدرك ” Kalau kita ingin memuaskan hati manusia maka ia adalah suatu matlamat yang tidak mungkin tercapai”. Justeru carilah redha Allah di dalam apa jua tindakan kita agar segalanya akan mendapat keberkatan daripadaNya.

Apa yang lebih penting ialah kita mengambil iktibar tentang peristiwa ini, memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada dan meneruskan usaha untuk mengambil peduli dan terus menolong saudara seIslam di dunia sejagat.

Namun begitu sebagai seorang aktivis kemanusiaan, saya bersetuju dengan saranan daripada Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) supaya para petugas media juga dibekalkan dengan pakaian kalis peluru dan perlindungan insuran yang sewajarnya di samping perlu mematuhi SOP yang sepatutnya sebelum menyertai misi yang berisiko tinggi.

Negara Malaysia yang kaya dengan para sukarelawan dan NGO kemanusiaan ini perlu mengadakan siri bengkel dan sesi perkongsian di kalangan NGO, para aktivis serta sukarelawan bagi menyempurnakan misi yang besar samada di dalam mahupun di luar negara. Sudah sampai masanya NGO yang pebagai ini melakukan koordinasi dan smart partnership supaya hasil yang optima tercapai melalui usaha yang terancang. Sampai bila kita perlu menghantar 5-10 badan NGO yang berbeza ke destinasi yang sama ?

Di kesempatan yang sama, saya ingin mengucapkan tahniah kepada para aktivis dan para sukarelawan yang telah berkorban serta rakyat Malaysia yang begitu prihatin terhadap permasahan yang dihadapi oleh umat Islam dan kemanusiaan sejagat.

Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un. Kita mendoakan agar roh Allahyarham Noramfaizul dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah swt. Semoga hero media yang gugur ini dianugerahkan syahid dan dikurniakan syurga Firdaus bersama para syuhada’, para solehin dan siddiqin. Al-Fatihah.

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-’Imran: 185)

Semoga Allah memperteguhkan lagi hati-hati kita demi agamaNya dan memberikan ganjaran yang terbaik kepada pendokong dan penyokong di jalan kebaikan secara keseluruhannya.

Dipetik dari laman Dr Zainur Rashid Zainuddin

Share

Perkembangan terkini pelajar-pelajar Malaysia di Mesir
Kebangkitan rakyat Mesir menentang kezaliman, menuntut kebebasan serta reformasi yang menyeluruh ke atas sistem pemerintahan negara itu telah mencetuskan situasi yang tegang di sana. ISMAWeb akan membawakan perkembangan mutakhir keadaan di bumi Anbiya’ itu khususnya yang melibatkan rakyat dan pelajar Malaysia dari semasa ke semasa.

Menurut laporan terkini, ahli-ahli ISMA Mesir dan pelajar-pelajar lain samada siswa mahupun siswi berada dalam keadaan selamat. Mereka dihimpunkan di beberapa tempat utama, sebahagiannya berhimpun di pejabat ISMA Mesir, dan sebahagian lagi berhimpun di Rumah Anak Negeri yang terdekat.

Perkembangan ini dilaporkan oleh Ustaz Ahmad Ala’uddin Kamal daripada Sekratariat Luar Negara ISMA yang berhubung secara langsung dengan Ustaz Suhaib Ar-rumy bin Selamat, Pengerusi ISMA Mesir, pada pukul 7.50 pagi (waktu Malaysia) tadi.

Encik Zaim Shaari, ahli jawatankuasa ISMA Pusat, turut membawakan berita yang sama hasil daripada perhubungannya dengan pihak keselamatan di Kedutaan Malaysia di Mesir pada pukul 3.00 pagi (waktu Malaysia) tadi. Rakyat Malaysia akan mula dipindahkan ke Jeddah pada hari ini terutamanya golongan perempuan dan kanak-kanak, tambah beliau.

Beliau turut melaporkan bahawa keadaan di Mesir kini semakin meruncing di mana rakyat negara itu khususnya para demonstrator menuntut agar Presiden Mubarak melepaskan kuasa selewat-lewatnya Jumaat ini. Sekiranya permintaan ini tidak diendahkan, mereka akan terus meningkatkan tekanan.

Menurut laporan yang diperolehi daripada Ustaz Suhaib, mereka menepati tempoh berkurung yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa sebagai langkah berjaga-jaga. Mereka berkurung di dalam rumah bermula jam 4 petang sehingga jam 8 pagi, kerana tidak mahu terlibat di dalam kekalutan yang berlaku di luar rumah. Mereka sentiasa berada di dalam keadaan bersedia menerima arahan dari pihak Kedutaan Malaysia di Mesir terhadap segala kemungkinan yang mungkin berlaku.

Semua ahli ISMA Mesir dan pelajar-pelajar Malaysia yang lain berada di dalam keadaan baik dan sihat, tidak ada yang cedera atau terjadi perkara yang membimbangkan. Bekalan makanan adalah mencukupi, namun catuan makanan terpaksa dibuat memandangkan harga barangan mentah naik mendadak di pasaran.

Sebahagian dari pelajar membuat jadual secara bergilir-gilir untuk berkawal dan berehat di rumah dan tempat perlindungan masing masing untuk memastikan keadaan selamat dan terkawal. Namun sehingga kini masih belum terjadi perkara yang mencemaskan dan membimbangkan.

ISMA Mesir sentiasa mengarahkan dan menasihati ahli-ahlinya khususnya dan seluruh mahasiswa Al-Azhar amnya supaya sentiasa berhati-hati jika keluar dari rumah, mematuhi arahan berkurung dan jangan terlibat dengan sebarang provokasi yang berlaku.

ISMA Mesir juga menyeru seluruh ibu bapa, sanak saudara dan sahabat handai di Malaysia yang mempunyai waris dan ahli keluarga di Mesir, supaya tidak terlalu bimbang keadaan mereka dan sentiasa mendoakan keselematan mereka di samping mendoakan apa yang berlaku ketika ini akan berakhir dengan baik.

Sumber: Laman web ISMA Pusat

Share

Tidak fahami sejarah punca Melayu hilang jati diri – Ustaz Abdullah Zaik
BANGI, 17 Oktober – Ketiadaan pengetahuan mengenai asal-usul sejarah Melayu yang tepat merupakan satu isu atau masalah yang sangat jelas di kalangan orang Melayu sendiri dalam mempertahankan bangsa dan tanah air pada masa sekarang.

Demikian ujar Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman pada Program Perhimpunan Pimpinan Wanita ISMA Nasional (PIMPIN) 2010 di German Malaysian Institute, Bangi semalam.

Menurut beliau lagi, bangsa Melayu sekarang telah ditindas dan ditipu oleh penjajah yang ingin memusnahkan jati diri ummah dan bangsa Melayu. Akibatnya, bangsa Melayu sekarang tidak lagi ada semangat perjuangan yang tinggi dalam membina tamadun sendiri.

“Kita sebagai bangsa Melayu sepatutnya perlu ada rasa ‘izzah dengan bangsa kita sendiri. Itulah yang ingin dibawa oleh ISMA  dalam membangkitkan semangat orang Melayu yang telah hilang harga diri kesan daripada penggelapan sejarah.”

Bagi ISMA, kejatuhan umat Islam bukanlah pada ketika jatuhnya Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924, tetapi sebaliknya perlu dilihat bermula sejak kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511. Terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku di antara 1511-1924 yang perlu dikaji dan dijadikan rujukan.

Dalam tempoh tersebut, berlaku banyak peristiwa yang dilakukan oleh generasi terdahulu dalam menegakkan kegemilangan Islam kembali di Tanah Melayu seperti pergerakan Wali Songo, Tok Janggut, Dato’ Bahaman, Mat Kilau dan banyak lagi. Namun, dalam tempoh 400 tahun ini, tiada sebarang kisah perjuangan orang Melayu dicatatkan secara terperinci dalam buku teks sejarah kita. Kesan daripada penggelapan sejarah ini menyebabkan kita terputus daripada tamadun kita seterusnya menjadikan kita umat yang hilang semangat perjuangan.

Noriah bt Mohammad Diah, salah seorang peserta daripada ISMA Kedah, menyatakan bahawa beliau bersetuju dengan kata-kata Ustaz Abdullah Zaik di mana orang Melayu perlu mempunyai jati diri dan lebih menonjol ke hadapan kerana Melayu ini sebenarnya dahulu umat yang gemilang. Ini terbukti pada Kesultanan Melayu yang hebat dan diketahui ramai namun sedihnya masyarakat kita sendiri tidak berapa mengambil berat.

“Justeru, kita perlu membuka kembali sejarah Melayu yang telah lama mendokong perjuangan Islam sejak dari dahulu. Sebagaimana diungkapkan oleh Ustaz Abdullah Zaik, sepanjang tempoh 400 tahun, tidak pernah timbul isu murtad di kalangan orang Melayu tapi sejak akhir-akhir ini, di era yang moden ini, semakin ramai pula yang murtad.”

Oleh: Siti Farhana Fathy

Wartawan/Jurufoto

Media ISMA

Sumber: Web ISMA Pusat

Share

Perutusan takziah atas pemergian Ustaz Dahlan Mohd Zain
Seluruh warga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) ingin  merakamkan ucapan takziah kepada ahli-ahli keluarga Ustaz Dahlan Mohd Zain di atas pemergian beliau ke rahmatullah pada hari Sabtu, 18 September 2010, jam 9.55 pagi. Takziah juga buat Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) di atas pemergian Allahyarham yang juga merupakan pengasas HALUAN.

Sesungguhnya pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan yang amat besar buat umat Islam terutamanya di kalangan mereka yang bergiat dalam lapangan dakwah. Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un. Semoga Allah SWT menempatkan roh beliau bersama para anbiya’, siddiqeen, syuhada’ dan solihin. Al-Fatihah.

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-’Imran: 185)

Sumber: Laman Web ISMA Pusat

Share

Perpaduan Melayu jadi tonggak
Selepas Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, kini seorang lagi tokoh bukan Melayu tampil menyuarakan pandangan terhadap pentingnya bangsa Melayu bersatu bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini. Menurut Prof. Madya Dr Lim Sween Tin yang juga merupakan tokoh sasterawan tanahair, bangsa Melayu sebagai kelompok majoriti “perlu menjadi payung dan jika ia carik, orang lain pun susah hendak berlindung”.

Mengambil contoh aspek ekonomi, beliau berpandangan bahawa orang Melayu perlu bersatu bagi menggerakkan dan meningkatkan kuasa ekonomi mereka agar persaingan yang lebih adil dapat diwujudkan.

ISMA sememangnya mengalu-alukan pandangan luar kotak politik kepartian berkaitan kedudukan dan realiti bangsa Melayu di negara ini yang dikemukakan oleh beliau.

Dalam wawancara yang telah diterbitkan oleh Mingguan Malaysia baru-baru ini, Dr Lim Sween Tin menyatakan bahawa semua kaum yang menjadi warganegara Malaysia mesti memahami setiap perkara yang terkandung dalam Perlembagaan dan tidak mempersoalkannya. Beliau juga mengemukakan analisa berkenaan faktor-faktor yang menyebabkan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini masih longgar.

Tahniah diucapkan kepada Dr Lim Sween Tin atas pandangan telus dan berani tersebut. Jika orang bukan Melayu dapat melihat kepentingan untuk bangsa Melayu bersatu, kenapa tidak orang Melayu sendiri?

Berikut merupakan wawancara penuh yang telah disiarkan di dalam Mingguan Malaysia pada 12 September 2010 bersempena dengan sambutan Hari Malaysia:

MINGGUAN: Bagaimana saudara sebagai bukan Melayu melihat dari sudut perpaduan sempena Hari Malaysia?

LIM SWEE TIN: Saya mempunyai banyak pandangan tentang perpaduan atau dalam bahasa sasteranya bercapah-capah atau bercemperai.

Secara luarannya kelihatan seperti utuh tetapi jika dihalusi dengan mendalam kerana sekarang timbul banyak masalah tentang perpaduan ini. Dalam satu aspek saya melihat kepada perpaduan di kalangan Melayu itu sendiri. Selain itu di mana kita melihat perpaduan di kalangan bangsa Malaysia itu sendiri. Di kalangan perpaduan Melayu kelihatan semakin menjarak titik pertemuannya. Bagi saya dalam konteks perpaduan sebenar dan perpaduan Melayu perlu utuh kerana perpaduan Melayu itu adalah tonggak perpaduan. Jika roboh perpaduan di kalangan orang Melayu saya analogikan kita tidak mendapat apa-apa faedah dari perpecahan itu. Dalam satu sajak yang saya tulis pada 2008 bertajuk, Bersatulah Melayu, saya merenung dengan mendalam bagaimana terluka hati kenapa orang Melayu dan bukan Melayu tidak boleh bersatu dan terasa ada kelemahan yang timbul akibat dari tidak bersatu itu. Saya sering menekankan bahawa Melayu itu perlu menjadi payung dan jika ia carik orang lain pun susah hendak berlindung. Ia seperti lampu menyuluh, jika kabur lampu itu maka kaburlah jalan suluhannya. Bagaimana bangsa boleh menikmati, keharmonian dan kesejahteraan hidup. Itu analisis saya dalam sudut sastera. Dalam realitinya dua konteks perpaduan yang saya lihat amat menggugah adalah masalah perpaduan Melayu dan dalam satu bangsa Malaysia.

Perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum bukan tidak ada perpaduan. Tetapi masih ada ruang yang menjadikannya longgar. Ini sesuatu yang kita khuatiri sebab dalam konteks pelbagai kaum perpaduan itu mesti kukuh. Sebarang kepincangan akan menyebabkan masalah yang besar.

Bagaimana ruang menjadi longgar itu berlaku?

LIM SWEE TIN: Ruang ini berlaku kerana perkembangan ekonomi dan kemajuan yang berlaku. Ini semua adalah kerana kita hidup dalam dunia kosmopolitan yang serba serbinya ketara sifat individualistiknya. Selain itu sistem pendidikan kita tidak tajam kerana sistem pendidikan perlu ke hadapan. Saya pernah menjadi guru selama 28 tahun dan merasakan pendidikan di sekolah yang sebenarnya dapat membawa setiap anak bangsa ke satu jalur pemikiran yang sama. Saya maksudkan mengenai orientasi persekolahan menjurus kepada pencapaian dan bukan pengisian. Ia tidak melihat kepada komposisi pengisian sebenar. Pengisian mesti berkesan dan tajam barulah pencapaian menyusul dengan keputusan yang baik.

Ia mesti lebih segar dan global sifatnya. Pelajar sekarang hanya berada dalam satu kumpulan dan kemudian terbahagi kepada kelompok-kelompok kecil. Ini satu petanda yang tidak betul. Ini saya maksudkan dengan tidak tajam. Ia akhirnya menyebabkan pelbagai perkara tidak menjadi jelas. Saya bagi contoh mengenai Dasar Ekonomi Baru, orang bukan Melayu melihat ia sebagai alat untuk membantu Melayu. Tidak ada penjelasan kenapa ia diwujudkan dan bagaimana ia membantu semua kaum. Di sekolah tidak dijelaskan atau di diskusi secara jelas dengan pelajar. Jika persepsi berterusan ia akan menimbulkan masalah yang besar kerana mereka beranggapan buruk tentang DEB seolah-olah orang bukan Melayu tidak mendapat faedah tentangnya. Ini semua berlaku kerana pengisian melalui pendidikan tidak sampai. Setelah pelajar-pelajar ini dewasa dan kemudian terdedah kepada politik mereka sukar memahami tentang keistimewaan orang Melayu dari sudut Perlembagaan dan kontrak sosial. Ini berlaku kerana sesetengah orang yang terlibat dalam politik ini seolah-olah buta sejarah. Semua ini tidak akan berlaku jika mereka mendapat penghayatan apa yang tertulis dalam sejarah. Matapelajaran sastera juga perlu diajari secara lebih meluas lagi kerana ia akan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang menjadi wadah untuk perpaduan.

Apakah komen Dr. mengenai ketegasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib supaya kaum lain tidak mempersoalkan Perlembagaan?

LIM SWEE TIN: Bagi saya sewajarnya semua kaum yang menjadi warganegara Malaysia sudah memahami perkara yang termaktub dalam Perlembagaan. Ini adalah kewajipan bagi setiap warganegara tidak kira kaum apa sekalipun supaya memahami Perlembagaan. Apalah ertinya kita mengaku warganegara kalau tidak memahami perlembagaan negara sendiri. Saya setuju dengan Perdana Menteri bahawa jangan ada sesiapa pun yang mempersoalkan Perlembagaan. Ini kerana Perlembagaan itu digubal dengan kesepakatan. Bukan dibuat oleh orang Melayu saja. Kalau dulu sepakat kenapa sekarang kita nak bangkitkan itu dan ini? Kita kena mengikut Perlembagaan melainkan kita berhasrat untuk menukar Perlembagaan. Soal saya, adakah kita nak menukar Perlembagaan? Lagi pun dalam Perlembagaan tidak disebut meminggirkan kaum bukan Melayu dan kerajaan telah melaksanakan dengan adil sebagaimana dalam Perlembagaan.

Tetapi Dr. ada sesetengah pihak menganggap Perlembagaan lebih memihak kepada orang Melayu. Apa komen Dr?

LIM SWEE TIN: Saya tak setuju. Saya belum jumpa perkara dalam Perlembagaan yang meminggirkan kaum lain. Sebab itu saya kata kewajipan setiap warganegara adalah memahami Perlembagaan. Kalau kita faham tidak mudah untuk orang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.

Apakah dalam keadaan sekarang orang bukan Melayu tidak memahami orang Melayu?

LIM SWEE TIN: Itu yang saya khuatirkan malah mungkin tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan Melayu. Bagi saya minda Melayu itu harus menjadi landasan dan orang Melayu mesti bersatu, bangun. maju dan ke hadapan dengan cepat supaya ia menjadi landasan. Yang lain akan mewarna-warnikan keadaan. Janganlah peradaban selain Melayu yang menjadi tunggaknya. Kita perlu melahirkan masyarakat pelbagai kaum yang menganggap pahlawan bangsa Malaysia adalah Hang Tuah. Bukan pahlawan dari China atau India. Namun kerana tempias pemikiran yang tidak tajam tadi berlaku masalah politik yang berlandaskan perkauman. Ia kemudiannya menjadi modal politik yang ampuh dan mudah menarik sokongan. Parti politik ini perlu memainkan peranan mereka bukan hanya melihat pucuk kaum yang diwakilinya. Parti politik ini perlu mewakili dan memainkan peranan kepada semua kaum. Ini perlu jika mahu wujud perpaduan kebangsaan yang sebenar parti perlu memainkan peranan kepada semua. Mungkin ada melihat ia sebagai terlalu ideal namun saya percaya ia boleh dilakukan. Kita boleh lihat dalam parti UMNO, ia membantu semua kaum contohnya kepada kaum keturunan Thailand. Kita mesti cuba dan berani untuk memainkan peranan sebagai idealis jika ia benar-benar boleh membawa perubahan. Namun persoalannya bersediakah ahli politik bersedia mengambil risiko hasil dari perubahan ini. Perlu ada keikhlasan dalam soal ini. Namun jika ini dapat dilaksanakan maka kita akan dapat merungkai permasalahan dalam soal perpaduan ini dalam semua segi politik, ekonomi, sosial dan segalanya.

Apakah orang Melayu sedar mereka kini semakin terpinggir akibat daripada tidak bersatu?

LIM SWEE TIN: Mereka sudah lama sedar tentang realiti ini dan saya tidak nampak apa-apa usaha yang konkrit yang dilakukan untuk menyusun barisan Melayu yang kuat. Apa yang berlaku sekarang hanyalah gembar-gembur yang tidak kesampaian. Namun perpecahan politik ini tidaklah sampai kepada melemahkan politik. Parti-parti politik mempunyai idealisme masing-masing dan jika ia dimainkan dengan landasan yang betul ia mampu memberi ruang melalui sumbangan yang boleh diberikan. Ia akan menggerakkan perpaduan yang lebih baik namun realitinya sekarang ia tidak berlaku. Ini menyebabkan ada pihak yang berasa kurang selesa hingga menjadikan pergeseran.

Adakah orang Melayu tidak bersatu untuk mempertahankan hak mereka tidak seperti kaum lain?

LIM SWEE TIN: Bagi saya isu penyatuan akan tetap berlaku kerana ia boleh membantu menyelesaikan banyak masalah. Kita perlu melihat kepada pemikiran yang luas bukan sempit. Kita perlu melihat orang Melayu boleh bersatu dalam bagaimana memperkukuhkan kekuatan ekonomi mereka. Bagi saya sudah sampai masanya kita keluar dari kekeliruan mengenai perpaduan. Ini kerana setelah 53 tahun merdeka kita sepatutnya tidak perlu khuatir tentang masalah perpaduan seperti ini. Jika orang Melayu bergabung untuk menggerakkan satu kuasa ekonomi maka ia akhirnya akan membantu menaikkan semua kelompok di negara ini. Kita boleh lihat kaum Cina boleh bersatu bagi meningkatkan kekuatan ekonomi maka orang Melayu perlu menguasainya. Jika orang Melayu boleh melakukan (bergabung) ia akan memberi impak kepada semua dan saya yakin tentang perkara ini.

Orang Cina tidak perlu berasa ekonomi mereka terjejas kerana jika ini berlaku ia akan memberi peluang kepada bukan sahaja mereka tetapi semua orang untuk menikmati faedahnya. Begitu juga sebaliknya jika orang Cina yang melakukannya kerana ia adalah satu gerakan yang boleh memberi peluang dan kemajuan kepada semua orang dan kaum. Dari kita berselisih tentang isu yang tidak sepatutnya kerana perkauman maka adalah lebih baik kita berfikir bagaimana untuk memacu ekonomi tanpa bersikap prejudis kepada perkauman. Ini kita perlu lakukan kerana ia mencorak satu pemikiran Malaysia. Jika kita perhatikan negara-negara jiran semakin berkembang dari sudut ekonominya. Vietnam dan Thailand sedang berkembang begitu juga Indonesia. Idealisme seperti ini didukung kerana ia menyatakan kemurniaan dan hasrat yang tulus untuk melahirkan satu warganegara Malaysia. Bagi saya ramai antara kita yang cuba menggerakkan warga Malaysia termasuklah kaum bukan Melayu. Cumanya orang Melayu perlu memperkasakan ekonomi mereka supaya pergerakan dan persaingan itu akan berlaku lebih sihat. Mungkin sekarang ini jumlahnya masih sedikit dengan orang bukan Melayu namun ia tetap perlu dipertingkatkan supaya adil pembahagiannya.

Berapa lama lagi kita perlu menunggu erti perpaduan yang sebenar?

LIM SWEE TIN: Bagi saya perpaduan itu ada bukan sampai tidak ada. Ramai kaum Melayu dan bukan Melayu yang saya sendiri saksikan sangat kuat semangat nasionalisme mereka. Mereka semua mencintai dan menyayangi negara ini. sebagai contoh banyak perniagaan yang dikembangkan keluar negara dan mereka ini akan membawa pulang hasil dan keuntungannya balik ke negara ini. Ini antara contoh bagaimana semangat nasionalisme sudah semakin berkembang. Pekerja mereka ini terdiri dari pelbagai kaum tidak kira sama ada ia milik orang Melayu atau bukan Melayu. Kita sudah mencapai banyak kejayaan dalam hal ini namun masih terdapat ruang yang tiris. Masalah ini berlaku akibat penguasaan dari masalah bahasa Melayu. Mungkin saya boleh katakan kerajaan tidak bertegas dalam soal ini. Ia satu perkara yang tidak boleh dikompromi dan bertolak ansur. Ia sudah dilaksanakan sejak 1976 dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan semua anak bangsa telah dididik dengan satu bahasa yang sama. Ini sepatutnya membantu mereka berfikir dalam satu pemikiran yang sama. Malangnya masih ramai yang tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik. Kita sendiri tidak menjalankan tanggungjawab memelihara bahasa Melayu sebaiknya dan saya sangat sedih perkara seperti ini berlaku.

Sumbar: Laman web ISMA Pusat

Share

Tanjong Pagar Tanahair Islam
Tanjong Pagar, di tengah-tengah bandaraya Singapura. Ia bukan isu stesen, pembangunan atau korporat, akan tetapi ia adalah isu tanah, kedaulatan dan maruah agama dan umat.

Dalam perjuangan umat sepanjang sejarah kemanusiaan, penambahan atau pengurangan tanah atau wilayah jajahan adalah salah satu petujuk (indicator) akan turun naiknya kekuatan dan ketamadunan umat tersebut. Memerintah bumi merupakan salah satu kemuncak kejayaan sesebuah umat dan merupakan anugerah Allah yang paling besar apabila Dia hendak mengagungkan mereka.

FirmanNya bermaksud, “Kami hendak menganugerahkan kepada mereka yang tertindas di muka bumi dan Kami hendak menjadikan mereka pemerintah, dan Kami hendak menjadikan mereka yang mewarisi (wilayah dan negara)”.

Sabda Rasulullah saw kepada Buhaira bin Firas, seorang kafir, yang meminta digilirkan kuasa pemerintahan kepadanya selepas Rasulullah saw, bermaksud,“Sesungguhnya bumi ini milik Allah. Dia akan mewariskannya kepada siapa yang Dia kehendakki. Kesudahannya nanti adalah untuk orang-orang yang beriman”.

Papan tanda “Selamat Datang ke Malaysia” di tanah Tanjong Pagar menunjukkan di sana masih ada tanahair Islam yang mesti dipertahankan.

Tanjong Pagar adalah sekeping tanah Malaysia yang terletak di tengah-tengah bandaraya Singapura. Ia merupakan tanah warisan pemerintahan Islam turun temurun sejak datangnya Islam ke Kepulauan Tanah Melayu. Apabila Tanjong Pagar pernah diperintah oleh Islam di bawah sistem Islam walau sebentar, apatah lagi berabad-abad lamanya,ia merupakan salah satu dari tanahair Islam yang mesti dipertahankan oleh umat Islam selamanya. Namun pada 24 Mei 2010 yang lalu, tanah Islam yang dicagar dan sepatutnya bertahanselama 999 tahun di bawah tadbir umat Islam Malaysia kini telah dipersetujui bersama akan berakhir pada 1 Julai 2011, lebih 900 tahun lebih awal dari tarikh yang sepatutnya.

Pulau Batu Putih, Johor.

Oleh itu isu mempertahankan tanah atau wilayah adalah terlebih dahulu  merupakan isu kedaulatan dan maruah, sebelum isunya berkait  denganpembangunan dan dunia koporat.Di atas asas inilah, kita meratapi  jatuhnya salah satu tanahair Islam, Pulau Batu Putih ke tangan Singapura  pada 23 Mei 2008 yang lalu walaupun ia hanya merupakan sebuah kumpulan  batu kecil di tengah lautan berhampiran negeri Johor yang tidak  mempunyai nilai pembangunan dan korporat yang setanding dengan pulau dan  tanah yang lain.

Jika seorang Islam murtad, meskipun beliau dari orang kebanyakan sahaja,  hanya seorang diri beliau tidak akan memberi kesan ketara kepada  kekuatan dan ekonomi umat Islam secara kesuluruhan, akan tetapi  kemurtadannya memberi kesandan mencontengmaruah di muka umat Islam itu  sendiri. Hakikatnya isu Tanjong Pagar, sepeti mana isu Pulau Batu Putih,  Andalus, Palestin dan tanahair-tanahair Islam yang lain adalah  merupkanisu kedaulatan dan maruah yang difardhukan oleh Islam untuk kita  mempertahankannya yang akan dipersoalkan oleh generasi Islam akan  datang dan disoal oleh Allah swt di Hari Kiamat.

Mereka yang kurang memahami Fiqh Islam akan mengatakan bahawa umat Palestin di Gaza berjuang mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Mereka tersilap. Tiada Masjid Al-Aqsa di Gaza, Palestin. Masjid Al-Aqsa terletak di Tebing Barat, Palestin. Akan tetapi hakikatnya, umat Islam Palestin mengorbankan ribuan syuhadak dan jutaan yang sanggup berlapar dikepung di setiap sempadannya semata-mata keranamempertahankan tanahair Islam dari dijajah dan maruah agama Islam dari dicemari.

Sejarah manusia menunjukkan mana-mana umat yang leka dan lalai,  tidak ada daya juang dan kesanggupan untuk berkorban,akan diliputi  kehinaan dan akan kehilangan wilayah dan tanah jajahan mereka sedikit  demi sedikit.“Allah tidak akan merubah nasib mereka melainkan mereka merubah apa yang ada di dalam diri mereka sendiri” (Al-Quran).  Sebaliknya jika mereka berubah, mencintai dan berusaha ke arah  kehebatan dan keagungan, Allah swt mengurniakan mereka tanah-tanah  jajahan yang baru. (Foto: Konsert Search & Wings di KL yang dihadiri  20,000 penonton Melayu Islam Malaysia pada 1 Mei 2010. Tiga minggu  selepas itu mereka kehilangan Tanjong Pagar, sekiranya mereka  menyedari…).

Isu mempertahankan tanah, maruah dan kedaulatan bukan semata-mata  menyangkut pemerintah dan kerajaan, akan tetapi ia juga adalah neraca  dalam menilai sesebuah umat. Pemerintah tidak lain melainkan cermin  kepada umatnya sendiri. Kerajaan yang lalai adalah lahir dari umat yang  lalai dan megambil kesempatan dari kelalaian mereka. “Firaun memperbodohkana kaumnya lalu mereka mentaatinya. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik” (Al-Quran).

“Sesungguhnya membina umat-umat, mendidik masyarakat, berusaha  mencapai cita-cita dan memenangkan prinsip-prinsip menuntut dari umat  yang berusaha ke arah itu atau dari kumpulan yang menyeru ke arah  tersebut sekurang-kurangnya memiliki kekuatan jiwa yang hebat yang dapat  dilihat dalam beberapa aspek: Kemahuan yang kuat yang tidak dihinggapi  penyakit lemah, kesetiaan yang teguh yang tidak dikotori oleh sikap  kompromi atau pengkhianatan, pengorbanan yang besar yang tidak dihalang  oleh sikap tamak atau bakhil, mengenali, meyakini dan menghormati  prinsip yang memeliharanya dari kesilapan, penyelewengan, bertolak ansur  atau tertipu oleh pihak lain” [Imam Hasan Al-Banna: Risalah Ke Arah  Mana Kita Mengajak Manusia].

Adalah tidak terlewat bagi umat Islam untuk bangkit dan sedar dari  lamunan mereka yang panjang. Allah swt tidak menciptakan mereka lalu  membiarkan mereka tanpa pedoman. Sebaliknya Allah swt menurunkan  Al-Kitab sebagai panduan, mendatangkan Ar-Rasul sebagai ikutan dan  mengurniakan mereka pelbagai nikmat dan kelebihan untuk mereka  berlumba-lumba dalam berjuang…

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,

Naib Presiden I,

Ikatan Muslimin Malaysia

Blog:Ini Jalanku

Share

ISMA tekad bangunkan semula jatidiri dan keperibadian umat khususnya Melayu
Port Dickson, 11 Jun – “Intipati utama fikrah ISMA ialah membangunkan semula jatidiri dan keperibadian umat khususnya bangsa Melayu berasaskan Islam sehingga menjadi umat yang kuat, bersatu padu dan memiliki risalah,” tegas Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.

“Perkara ini menuntut kepada usaha berterusan bagi membangkitkan kesedaran siasi di kalangan orang Melayu supaya mereka merasai tanggungjawab menegakkan Islam di Malaysia dan memimpin dunia Islam serta membangunkan sikap mengutamakan kepentingan umum mengatasi kepentingan peribadi.”

Presiden ISMA itu juga menjelaskan bahawa fikrah ISMA yang dikemukakan memberi fokus kepada kedudukan strategik bangsa Melayu dalam konteks dakwah dan siasah di negara ini, sedangkan dari segi maudhuk dakwah tidak pernah berubah iaitu risalah Islam. Hal ini amat relevan dengan perkembangan kontemporari dan merupakan jawapan kepada persoalan semasa daripada perspektif manhaj taghyir.

Menurut beliau lagi, ISMA mengusulkan strategi angka dalam mengekalkan ‘kuasa wewenang’ agar sentiasa berada di tangan Melayu muslim, yang merupakan pra-syarat penting kepada penegakan Islam di negara dan rantau ini.

Ustaz Abdullah Zaik berkata demikian semasa menyampaikan kertas kerja bertajuk ‘Fikrah ISMA’ di Perhimpunan Pimpinan ISMA Nasional (PIMPIN) 2010 yang berlangsung di Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 10-13 Jun yang lepas.

Bertemakan ‘Agenda Digarap, Amanah Dipikul’, perhimpunan ini dihadiri oleh kira-kira 170 orang peserta yang terdiri daripada kalangan pimpinan ISMA di peringkat pusat, negeri dan cawangan serta golongan pelapis pimpinan.

Bertitik tolak daripada fikrah tersebut, ISMA mengemukakan agenda perjuangannya iaitu untuk mengeluarkan umat Islam khususnya bangsa Melayu di negara ini daripada keadaanmusayyasah (dituntun oleh agenda politik orang lain) kepada umat yang memiliki kekuatan dan mempunyai risalah sehingga terbentuknyasiyadah kamilah(ketuanan mutlak).

Oleh:

Mohd Firdaus Sabturani

Ketua Pengarang,

Media ISMA Pusat

Share

Bangsa Perkasa Bermula dengan Keluarga yang Sejahtera – Ustaz Halim
Shah Alam – Forum Keluarga Muslim anjuran Biro Wanita dan Keluarga ISMA Shah Alam & Klang (SAK) dengan kerjasama Biro Baitul Muslim ISMA SAK dan Persatuan Belia Islam (PEMBINA) Selangor telah diadakan dengan jayanya di Kompleks Yayasan RESTU, Taman Seni Islam, Shah Alam. Kehadiran seramai hampir 120 peserta, melebihi sasaran yang dijangkakan dan majoriti peserta adalah bujang yang rata-ratanya berazam untuk membina keluarga Islam (Baitul Muslim).

Majlis telah dirasmikan oleh Yang Dipertua ISMA SAK, Dr. Amirudin Abd Wahab dengan diikuti oleh slot pembentangan kertas utama dan slot forum. Untuk slot yang pertama, bertajuk “Bait Muslim” disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim Abdullah,Naib PresidenISMA sementara slot forum dikendalikan oleh Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia ISMA SAK, Ustaz Mohd Azrin b Shamsudin dengan ahli panel yang terdiri daripada Ustazah Norakhilah Baharin, Ketua Wanita ISMA Perak dan Encik Shahril Sharip Atiqi dari Sekretariat Luar Negara ISMA (SEKTAR).

Sebagai mukaddimah kertas kerja Bait Muslim, Ustaz Abdul Halim banyak menekankan kepada perlunya pemahaman yang jelas terhadap konsep & matlamatBait Muslim itu sendiribagi memahami aspek positif dan menangani elemen-elemen negatif berkaitannya serta halatuju, wasilah, cabaran serta bekalan dan persiapan yang di perlukan dalam membina baitul muslim ini.

Menurut Ustaz Halim, kini musuh-musuh Islam telah menembusi benteng kubu terakhir umat Islam iaitu di peringkat individu muslim. Mereka telah melalaikan kita dengan pelbagai hiburan yang melampau dan melalaikan disamping merencanakan agenda-agenda yang telah menjadikan umat Islam kita rata-ratanya tidak tahu apakah fungsi dan peranan utama mereka hidup di bumi Allah ini.

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlanjutan. Setiap kita bertanggungjawab untuk membina semula tamadun Islam yang agung ini bermula di institusi kekeluargaan selepas individu Muslim yang menepati saranan Islam sebenarnya. Tugas ini cukup besar dan berat yang memerlukan kita bersedia dari pelbagai aspek seperti kefahaman agama yang jelas, fizikal, spiritual dan material” ujar beliau lagi.

Selain itu, pembentang menerangkan betapa pentingnya pengetahuan hukum hakam serta panduan menentukan ciri-ciri pemilihan pasangan bagi memastikan penerusan tarbiyyah dan dakwah yang lebih mapan dan jitu. Perkongsian pengalaman beliau yang telah membina baitul muslim pada usia yang muda di luar negara dengan contoh-contoh menarik dari pengalaman beliau dalam melayari baitul muslim disamping aktif di medan amal.

Slot forum telah menyajikan perbincangan yg lebih telus dan spesifik dalam tajuk-tajuk memilih pasangan. Antaranya ciri-ciri calon isteri atau suami, batas-batas perhubungan semasa bertunang, adat-adat yang digalakkan dalam Islam serta, adat hantaran masyarakat Melayu, istilah ”sekufu”, bakal isteri lebih tua, isteri lepasan ijazah, suami lepasan SPM. Beberapa soalan dari peserta juga telah menyemarakkan lagi perbincanagn pada petang tersebut. Individu muslim yang aktif dengan dakwah perlu membuat persedian supaya jelas apabila melangkah ke alam rumahtangga dan seterusnya membina keluarga dan melahirkan zuriat yang terbentuk daripada jati diri dalam diri mereka. Seiring dengan kata-kata bijak pandai,i nsan-insan yang cemerlang dilahirkan daripada keluarga yang cemerlang.

Di samping itu,program ini juga telah memberi panduan kepada mereka yang mempunyai anak-anak dan sedang meningkat dewasa. Apakah tindakan yang sewajarnya yang harus diambil oleh ibu bapa dalam mencari pasangan untuk anak-anak. Apakah keutamaan yang harus diambil berat dan banyak lagi.

Forum tamat pada jam 6.00 petang di mana beberapa peserta merasai masa agak suntuk dan mencadangkan perlunya satu daurah khas bagi membincangkan tajuk Baitul Muslim ini. Moga usaha menjalankan forum ini dapat membantu ahli ISMA membuat persediaan ke arah pembinaan keluarga muslim dan seterunya pembinaan masyarakat muslim yang jelas halatuju dan tanggungjawab penciptaan mereka di muka bumi ini. InsyaAllah.

Sumber: Laman Web ISMA Shah Alam & Klang

Share

ISMA Kecam Serangan Komando Israel Terhadap Konvoi Kapal Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza
ISMA Kecam Serangan Komando Israel Terhadap Konvoi Kapal Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza

ISMA mengecam sekeras-kerasnya serangan ganas tentera komando Israel ke atas konvoi kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. Sehingga hari ini, seramai 19 orang aktivis dilaporkan telah terbunuh dan ramai lagi yang mengalami kecederaan.

Alasan yang dikemukakan oleh rejim Zionis Israel bahawa rombongan kapal tersebut disyaki membawa bekalan senjata untuk penduduk Palestin sama sekali tidak berasas. Konvoi yang membawa aktivis-aktivis kemanusiaan dari seluruh dunia itu telah terang-terang menyatakan bahawa misi mereka adalah untuk menghantar makanan dan keperluan asas lain untuk penduduk Palestin.

Serangan yang tidak berperikemanusiaan ke atas aktivis-aktivis tidak bersenjata itu jelas menggambarkan wajah sebenar rejim Zionis Israel terhadap Palestin dan masyarakat dunia yang cintakan keamanan, serta kebiadapan mereka yang enggan mematuhi desakan antarabangsa supaya menghentikan kekejaman yang dilakukan ke atas penduduk Palestin.

ISMA menyeru semua pihak agar bangkit menunjukkan bantahan dan kecaman mereka dengan kuat terhadap jenayah keganasan rejim Zionis itu. Semua umat Islam di seluruh dunia perlu bangkit menunjukkan rasa marah dan kesal terhadap nasib yang menimpa rombongan kemanusiaan yang berusaha untuk membantu saudara-saudara mereka yang menghadapi sekatan kejam Zionis sejak beberapa tahun lalu.

Kebiadapan Zionis yang sewenang-wenangnya membunuh aktivis yang langsung tidak berkemampuan melawan mereka perlu dibalas dengan tindakan sewajarnya. Seharusnya insiden terbaru ini membuka mata badan-badan dunia terhadap gelagat ganas dan tidak bertamadun rejim Zionis.

Justeru itu, ISMA menyeru Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk campur tangan dan bertindak segera bagi menamatkan serangan ganas ini, membebaskan aktivis-aktivis yang ditawan dan membenarkan rombongan kapal tersebut sampai ke Gaza.

ISMA turut menyeru agar kerajaan Malaysia dapat memberi perhatian serius terhadap perkembangan yang berlaku memandangkan terdapat beberapa orang rakyat Malaysia yang berada dalam rombongan kapal tersebut.

ISMA merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga aktivis yang menjadi mangsa kekejaman serangan ini.

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,

Presiden,

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

ISMA Condemns the Brutal Attack of the Gaza Humanitarian Ship by Israel Naval Commando

Malaysian Muslim Solidarity (ISMA) strongly condemns the brutal attack by Israel naval commando on the humanitarian convoy of ships that carry aids for the Palestinian people. As of today, it was reported that 19 people have been killed and a huge number of activists were wounded.

The reason given by the Israel commando that the convoy might have carry weapon for the Palestinians was totally unfounded. The convoy which represent activists from various NGOs and human rights organizations around the world had openly declared their peace mission that brings only food and other basic supplies for the Palestinians.

The barbaric attack on the unarmed activists only reflect Israel’s inhuman attitude towards the Palestinians and other peace loving community and disrespect of international call to stop aggression on the Palestinian people.

In view of this latest crime of violence, ISMA urges everyone to show their opposition and strong condemnation of the Zionist regime. All Muslims around the world must voice out their anger and regret on the fate that befell the humanitarian activists that strive to help their brothers who have been suffering from the Zionist aggression for the past few years.

The barbaric act by the Zionist regime who indiscriminately killed the activists who could not afford to fight must be recompensed with the appropriate action. This latest incident should open the eyes of the international community to the violent and uncivilized behavior of the Zionist regime.

Thus, ISMA urges the Secretary-General of United Nation to intervene and call to an end of this bloody attack immediately, release the captured activist and allow the convoy to reach the Gaza shore.

ISMA also urges the Malaysian government to give serious attention to this recent development as there are some Malaysian citizens in the humanitarian convoy.

ISMA extends our utmost condolences to all family members of activists who are victims of this violent attack.

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,

President,

Malaysian Muslim Solidarity (ISMA)

Share