ISMA Australia

Sisters Gathering: Buyutunna Fi Ramadhan 1431H ISMA-NSW
ISMA Australia cawangan NSW akan  menganjurkan sesi perkongsian bersempena bulan Ramadhan yang bakal tiba  tidak lama lagi. Butiran lanjut tertera di bawah:

Sisters Gathering: ‘Buyutunna Fi Ramadhan’

Tarikh : Ahad – 1 Ogos 2010

Tempat : Redfern Community Centre

(berhampiran stesen keretapi Redfern)

Masa : 10.00 pg

Warga mahasiswi di sekitar Sydney dengan  sukacitanya dijemput untuk menjayakan program ini. Sebarang persoalan  boleh dikemukakan kepada mana-mana wakil siswi ISMA NSW.

*Makanan tengah hari disediakan

*Perempuan sahaja

Ski Trip (ST’10) Sisters Melbourne – Platform Jalinan Ukhuwwah
Alhamdulillah, pada 17 Julai 2010 yang lalu, ISMA-Australia sekali lagi berjaya menganjurkan ski trip (sisters) ke Mount Buller. Ski trip kali ini menyaksikan sebanyak 46 penyertaan daripada Melbourne, Brisbane, Newcastle dan juga Malaysia. Pendek kata, para peserta kali ini datang dari pelbagai tempat dan latar belakang dan ski trip ini telah menjadi satu platform untuk menjalinkan ukhuwwah selain dapat merasai pengalaman yang mungkin tidak akan dapat ditemui di tanah air kita.

6.50 pagi

Perjalanan hari itu dimulakan dari Vic Roads, Lygon Street dan seterusnya ke Monash University Bus Loop di Clayton untuk mengambil peserta yang berkumpul di tempat masing-masing. Perjalanan ini dijangka mengambil masa selama 3 jam. Meskipun begitu, hati terhibur dengan alam ciptaan-NYA yang indah sepanjang merentasi kawasan pedalaman. Padang menghijau. Haiwan-haiwan ternakan comel yang sedang meragut rumput. Betapa semuanya menjadi tanda bahawa Allah sangat menyayangi hamba-hamba-NYA. Jika difikir-fikirkan balik, Allah tidak perlu menjadikan alam seindah itu untuk kita. Tapi, itulah hakikatnya. Alam yang diciptakan-NYA amat indah. Maka adakah kita mahu mengambil pengajaran?

Peta ke Mount Buller

10 pagi

Alhamdulillah, perjalanan berjalan dengan lancar dan bas milik syarikat Sita Coaches yang kami naiki tiba di perkarangan Alzburg Resort, Mansfield. Di tempat tersebut, kami diberi kesempatan untuk membeli apa-apa keperluan dan menyewa pakaian seperti jaket kalis air dan but serta peralatan seperti toboggan, kasut ski, poles dan sebagainya.

Dari Alzburg Resort, bas mula bergerak ke arah Mirimbah yang boleh diibaratkan sebagai pintu masuk ke Mount Buller. Di Mirimbah, kami sekali lagi berhenti untuk menjelaskan yuran masuk ke Mount Buller iaitu sebanyak $14 seorang (bagi rombongan yang datang menggunakan bas). Dari situ, perjalanan diteruskan lagi ke Mount Buller dan mengambil masa sekitar 1 jam. Dalam perjalanan, para peserta diingatkan untuk memakai tali pinggang keledar disebabkan oleh keadaan jalan di lereng bukit yang berliku-liku.

Setibanya di perkarangan tempat parkir bas, makanan tengah hari dan minuman diedarkan kepada para peserta. Dalam pada itu, ada peserta yang mengambil peluang untuk bermain toboggan di toboggan run yang disediakan di kawasan berdekatan. Ada yang menikmati makanan tengah hari di kiosk berhampiran toboggan run dan ada pula yang menaiki shuttle bus untuk meneruskan perjalanan ke Village square. Sebelum itu, para peserta juga diingatkan untuk solat jamak apabila telah masuk waktu solat.

Setibanya di Village square, salji yang memutih dan suhu yang sejuk menjemput kami. Hati berasa girang. Tambahan pula, keadaan di puncak Mount Buller amat memuaskan pada hari tersebut dengan cuaca cerah dan purata ketebalan salji kira-kira 33cm. Oleh itu, peserta mempunyai ruang dan kesempatan untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti meluncur toboggan, ski, membina patung salji dan menaiki chairlift dari Blue Bullet Chairlift untuk melihat pemandangan sekitar Mount Buller dari udara.

Suasana di Mount Buller pada 17 Julai 2010

‘Chairlift’ membolehkan peserta melihat pemandangan Mount Buller dari udara.

Para pengunjung sedang bermain toboggan.

Kebanyakan peserta mula beransur pulang ke tempat parkir bas sekitar jam 3.30 -3.40 petang  kerana diminta berkumpul di tempat tersebut sekitar jam 4 petang. Ternyata cuaca baik dan suasana yang ceria pada hari itu menjadikan jangka masa sekitar 3 hingga 4 jam berada di Mount Buller terasa cepat berlalu. Dan alhamdulillah, Allah jualah yang mempermudahkan segalanya.

4 petang

Dari Mount Buller, kami bergerak pulang ke arah Melbourne. Kebanyakan peserta kelihatannya keletihan setelah penat beriadah di Mount Buller dan tertidur. Walau bagaimanapun, kami sempat singgah di Yea sekitar jam 6.30 malam untuk solat jamak dan juga menikmati makan malam.

Dari Yea, perjalanan diteruskan lagi ke Monash Uni Bus Loop di Clayton untuk menghantar sebahagian peserta dan destinasi terakhir malam itu adalah Vic Roads bagi menghantar peserta yang lain.

Sesungguhnya, Allah telah mempermudahkan banyak urusan sepanjang ski trip 2010 ini. Hari yang cerah dan peluang untuk beriadah dengan mencuba pelbagai aktiviti. Perjalanan dari Melbourne ke Mount Buller selamat dari kejadian yang tidak diingini. Kerjasama daripada pihak peserta. Kegembiraan yang terpancar di wajah mereka. Semua ini adalah pertolongan-NYA yang datang dalam pelbagai bentuk dan rupa. Tidak cukup dengan itu, Allah jualah yang telah menghadiahkan suasana ceria dan pemandangan indah Mount Buller buat kami pada hari itu. Dan apa sahaja yang DIA jadikan pastilah bukan sesuatu yang sia-sia.

“..Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.”

[3:191]

Jazakumullahu khairan katheera sekali lagi diucapkan kepada mereka yang telah berusaha menjayakan ski trip ini sama ada dari segi promosi, memasak dan sebagainya serta kepada para peserta yang telah meluangkan masa, wang dan tenaga untuk mengikuti program ski trip ini. Moga sepanjang ski trip, hati-hati telah menjalinkan tautan ukhuwwah dan moga Allah redha dengan apa yang telah kita lakukan, ameen.

Nota penulis: Waktu-waktu yang dinyatakan adalah anggaran masa dan tidaklah tepat secara keseluruhannya. Harap maklum.

Ski Trip (ST’10) Brothers Melbourne – Sehari di Mt Baw Baw
Beberapa peserta bergaya dengan peralatan ski yang baru disewa

MELBOURNE 17 Julai – Satu rombongan ke Mount Baw Baw anjuran ISMA-Victoria telah diadakan dengan penyertaan seramai 37 peserta lelaki. Rombongan tersebut bertolak dari Michael Street, Brunswick seawal kira-kira pukul 5.30 pagi. Setelah berhenti di pertengahan jalan untuk solat Subuh dan sarapan, bas akhirnya tiba ke destinasi selepas mengambil masa lebih dari 5 jam perjalanan.

Keadaan di Mount Baw Baw sangat baik dengan ketebalan salji sebanyak 18 cm serta cuaca cerah yang membolehkan para pengunjung untuk menunjuk kebolehan masing-masing tanpa sebarang gangguan. Para peserta menyewa terlebih dahulu peralatan untuk bermain seperti kasut, seluar, dan ‘toboggan’.

Kawasan menyewa peralatan ski, snowboard dan toboggan.

Sejak awal penganjuran rombongan ini, ISMA-Victoria telah menamakan program ini sebagai ‘Ski Trip’. Walaubagaimanapun, populariti permainan ski beberapa tahun kebelakangan ini agak menurun. Hal ini demikian barangkali kerana agak sukar untuk seseorang yang tiada pengalaman bermain ski untuk mahir dalam aktiviti tersebut dalam masa yang terhad. Namun, ini tidak menghalang sebahagian peserta untuk mencubanya dan sekurang-kurangnya menimba pengalaman baru.

Selain itu, terdapat segelintir peserta yang memilih untuk bermain ‘snowboard’. Seperti permainan ski, permainan ini memerlukan latihan yang banyak, khususnya dalam teknik pengimbangan badan, sebelum seseorang dapat mahir bermainnya.

Gaya salah seorang peserta ketika cuba untuk mengelak peserta yang telah jatuh ketika bermain snowboard.

Permainan yang paling popular dan menjadi pilihan majoriti peserta adalah bermain ‘toboggan’. Permainan ini memerlukan penguasaan kemahiran yang minimum dari pemainnya berbanding dua permainan yang lain. Para peserta berpeluang untuk menunjukkan kebolehan masing-masing dengan melakukan pelbagai gaya bebas ketika meluncur. Walaupun kawasan permainan asal yang menjadi medan mereka mencungkil bakat terpaksa ditutup kerana dianggap kawasan berbahaya oleh pihak yang mengendalikan tempat tersebut, pihak pengurusan rombongan melahirkan rasa syukur kerana tiada sebarang kecederaan serius dialami oleh peserta.

Aksi-aksi toboggan

Ketiga-tiga aktiviti diberhentikan pada jam 1.00 petang untuk memberi laluan kepada peserta-peserta untuk makan tengah hari dan solat Zuhur dan Asar. Suhu yang mencecah -2 °C di atas gunung ternyata tidak menghalang mereka untuk menunaikan kewajipan solat meskipun menghadapi beberapa kesulitan seperti ketiadaan tempat solat yang selesa dan air panas untuk berwudhu.

Aktiviti permainan bermula kembali pada pukul 2.15 petang. Sesi kali ini menyaksikan bilangan peserta yang bermain ‘toboggan’ semakin ramai hasil kekecewaan sebahagian peserta yang pada awalnya ingin mencuba bermain ski dan ‘snowboard’ tetapi melupakan hasrat mereka sebaik mengetahui kesukaran menguasai kedua-dua permainan tersebut. Selain itu, para peserta tidak melepaskan peluang untuk menikmati air batu campur sebagai pencuci mulut. Tidak kurang juga peserta yang hanya memerhati dari jauh dan mencari mangsa untuk dibaling salji dengan tujuan sengaja melaga-lagakan para peserta dan secara rasminya memulakan ‘perang salji’.

Salah seorang peserta (yang menolak untuk dilaporkan namanya) yang pada asalnya telah menyediakan bahan-bahan yang secukupnya untuk membuat ais batu campur, berjaya menimbulkan kekecohan apabila menjadi pencetus ‘perang salji’ antara dua kumpulan peserta yang sudah keletihan untuk bermain ‘toboggan’.

Salah satu pasukan ketika permulaan perang salji setelah penat bermain toboggan.

“Tujuan saya memulakan ‘perang’ tersebut adalah tidak lain kerana ingin menanam semangat juang di kalangan peserta. Kita sering mendengar penderitaan umat Islam di negara-negara lain tetapi jarang sekali kita mengalami suasana yang mereka lalui,” ujarnya penuh bersemangat. Niat baiknya untuk menimbul kesedaran di kalangan peserta di saat orang lain berseronok sememangnya wajar dipuji.

Setelah puas bermain salji, tibalah waktu untuk peserta bertolak pulang pada jam 4.30 petang. Sebelum berangkat, mereka sempat mengambil gambar kenangan di atas gunung yang berlatarbelakangkan lanskap yang cukup memukau pemandangan. Ternyata, sepanjang rombongan kali ini, tidak sedikit wajah yang terpegun dengan keindahan alam ciptaan Allah.

“Saya sangat berpuashati dengan rombongan kali ini. Cuaca yang baik dan ketebalan salji yang secukupnya benar-benar membantu saya untuk menunjuk potensi sebenar diri saya. Kecantikan persekitaran di sini juga menjadi inspirasi buat saya untuk mencari ketenangan,” ujar seorang lagi peserta (yang juga tidak mahu namanya disiarkan), yang merupakan seorang peserta veteran merangkap juara lumba ‘toboggan’ selama 3 tahun berturut-turut.

Peserta rombongan menunaikan solat Maghrib dan Isya’ di pertengahan jalan diikuti dengan makan malam. Walaupun bas Mercedes uzur yang dipandu Encik Hong seringkali tersalah arah dalam perjalanan pulang akibat kekeliruannya menerima arahan daripada GPS, rombongan tersebut akhirnya selamat tiba di Monash University untuk menghantar peserta yang tinggal di Clayton dan seterusnya tiba di Michael Street, Brunswick pada pukul 10.30 malam bagi peserta dari Melbourne.

Para peserta jelas keletihan setelah bermain salji sepanjang hari apabila suasana di dalam bas cukup senyap dalam perjalanan pulang. “Sepanjang saya bekerja sebagai pemandu bas untuk membawa rombongan, peserta rombongan kali ini adalah antara yang terbaik yang pernah saya temui,” ujar Encik Hong dengan nada yang girang.

Seperti tahun-tahun yang lalu, rombongan kali ini berjaya merapatkan semangat persaudaraan di kalangan peserta termasuk antara mereka yang tidak mengenali peserta lain sebelum bermulanya perjalanan. Semoga rombongan kali ini memberi manfaat kepada para peserta melalui pertambahan pengalaman mereka sepanjang keberadaan di Australia dan juga meneruskan ikatan persaudaraan yang terbina dengan peserta-peserta lain.

Disediakan oleh

Ariff Izzuddin

Biro Penerangan dan Multimedia

ISMA Victoria

Perjuangan ISMA & Aman Palestin untuk bebaskan Baitul Maqdis
Nilai, 17 Julai – “Perjuangan ISMA dan Aman Palestin dalam isu Palestin bukan semata-mata berkaitan sentimen kemanusiaan atau persaudaraan, tetapi adalah perjuangan untuk membebaskan Baitul Maqdis yang merupakan simbol aqidah umat Islam”, tegas Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.

“Selagi mana Baitul Maqdis belum lepas daripada cengkaman Zionis Israel, selagi itu kita tidak akan berhenti berjuang dan mengumpul tenaga untuk membebaskannya”.

Presiden ISMA dan Pengerusi Eksekutif Aman Palestin itu berkata demikian di hadapan kira-kira 3,000 orang yang hadir di Konsert Demimu Al-Aqsa yang diadakan di Stadium Tertutup Nilai di sini.

Konsert ini dianjurkan secara bersama oleh ISMA Cawangan Seremban, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Negeri Sembilan, Aman Palestin Berhad, Kelab Remaja ISMA (KRIM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Ustaz Abdullah Zaik juga meluahkan perasaan gembira beliau atas sambutan memberangsangkan daripada orang ramai terhadap Konsert Demimu Al-Aqsa ini.

“Dalam masa empat tahun kebelakangan ini, sokongan masyarakat terhadap isu Palestin amat membanggakan. Jika dahulu program seperti ini mungkin sukar untuk dijayakan, tetapi kini hampir setiap surau dan masjid, hinggalah ke stadium dan PWTC sudah mendengar laungan tentang Palestin”.

“Walaupun jarak yang jauh serta bahasa dan budaya yang berbeza, tetapi kita yakin apa yang dilakukan ini akan memberi semangat kepada umat Palestin untuk terus berjuang”.

Menurut beliau lagi, konsert yang diadakan ini amat kena pada masanya sebagai peringatan kepada semua bahawa dalam kesibukan masyarakat dunia terhadap Gaza, Israel kini sedang rakus menghancurkan rumah-rumah di sekitar Baitul Maqdis dalam rangka mencapai cita-cita mereka untuk merobohkan Masjid Al-Aqsa.

Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Abdullah Zaik menyatakan bahawa Aman Palestin telah berjaya menghantar bantuan kemanusiaan bernilai lebih RM800,000 dalam tempoh dua bulan ini.

Beliau sendiri baru sahaja kembali daripada mengetuai satu misi kemanusiaan Aman Palestin yang telah berjaya menghantar bantuan ke Gaza melalui jalan darat di sempadan Rafah. Misi yang kedua akan dilancarkan dalam masa seminggu ini.

Oleh: Mohd Firdaus Sabturani,

Ketua Pengarang,

Media ISMA

Sihatkan tubuh badan melalui senam mingguan anjuran ISMA-SA
Enfield, 24 Julai – Program riadhah mingguan, Senam Ahad anjuran Biro Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan sekali lagi berjaya dianjurkan pada hari ini. Dengan tema dan cabaran bermain futsal, ramai hadirin yang rata-rata penggemar sukan futsal hadir seawal 9.00 pagi lagi di Enfield Community Centre ini.

Pertandingan futsal ini diadakan secara santai ini di mana tiada peraturan tetap mahupun pasukan tertentu diwujudkan. Program ini berakhir pada jam 12.00 tengahari dengan semua hadirin amat berpuas hati dengan penganjuran dan gelanggang yang digunakan.

Program seumpama ini yang dinamakan ‘Senam Ahad Brothers’ diadakan sekali dalam setiap dua minggu. Siri pertama, kedua dan ketiga yang lalu mencabar hadirin untuk bersenam di pantai, bermain sukan padang dan bermain permainan tradisional.

InsyaAllah, Program Senam Ahad Brothers ini akan kembali dianjurkan minggu depan dengan cabaran yang lain. Cabaran apa? Nantikan!

oleh:

Media ISMA Australia

Cawangan South Australia

Walimah Naim-Ainun & Imran-Iman
Brunswick, 25 Julai – Walimah bagi meraikan pasangan Naim Faiz Ahmad Imran-Ainunnadiah Darus dan Wan Muhammad Imran Wan Zamri-Syaheedatul Iman Din Suhaimi, telah berlangsung dengan sangat meriah dengan menerima tetamu seramai 250 orang.

Hadirin yang tiba sejak awal pagi terus dijamukan dengan hidangan nasi Arab berlaukkan kambing, ayam masak merah dan acar sayur. Hadirin juga dijamu pelbagai pencuci mulut seperti buah tembikai, buah oren, bingka jagung dan agar-agar.

Tepat jam 11.30 pagi, kedua-dua pasangan mempelai tiba di dewan dan diiring masuk dengan paluan kompang oleh kumpulan kompang Melayu Melbourne yang diketuai oleh Abang Musa. Majlis diteruskan dengan persembahan kompang, persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid ISMA, ucapan ketua ISMA-Vic selaku wakil penganjur, tayangan video tentang cinta oleh pengantin dan ucapan khas dari saudara Naim Faiz Ahmad Imran. Majlis kemudiannya mendapat satu persembahan istimewa apabila kumpulan kompang dan kumpulan nasyid bergabung utk menyanyikan lagu Barakallahu lakuma.

Sama-sama kita mendoakan kedua-dua pasangan pengantin baru dengan doa yang diajarkan kepada kita oleh Rasulullah s.a.w.:

“Barakallahu laka wa baraka ‘alaik, wa jama’a bainakuma fi khair (Semoga Allah memberimu keberkatan dan mencurahkan keberkatan ke atasmu dan mudah-mudahan Dia mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan)”.

Oleh:

Media ISMA Australia

Cawangan Victoria

Open House Pegawai JPA – En Imran
Wakil ISMA New South Wales bersama dengan En Imran

Suara keriuhan puluhan pelajar sudah dapat didengari biarpun berada di lokasi parkir kereta pada 11 Julai 2010.  Kelihatan beberapa jejaka mengambil angin di kawasan laman hijau yang  tidak berpagar itu. Larian sang anak kecil kelihatan semakin galak  apabila dikejar sekawan rakan sebayanya, mungkin sedang khusyuk bermain  “Police Sentry”. Hadir kami di muka pintu mahligai tersebut telah  disambut oleh tuan rumah sendiri, bersahaja dan mesra.

“Ini ke Encik Imran?”, soal salah seorang pelajar tahun pertama.

“Ye saya, jemput lah masuk. Terima kasih lah datang. Makan lah ya,  jangan malu-malu”, balas Pegawai Penasihat & Latihan JPA itu dengan  penuh ramah.

Susasana di rumah En Imran

Kelihatan hampir 20 orang pelajar Malaysia sedang menikmati juadah  enak tengahari itu di ruang tamu berkenaan. Kelibat nasi briyani,  pudding roti, kuih-muih tradisional dan karipap panas adalah antara menu  yang mencuri perhatian sebahagian daripada kami sedari ketika kami di  muka pintu.

“Karipap pusing. Wah! Lama nya tak makan”

“Kuih hijau putih pun ada, apa entah nama dia. Sedapnya nampak! Rasa macam nak tapau je.”

Suasana di rumah En Imran

Sememangnya juadah berkenaan sangat menyelerakan. Majlis yang bermula  dari jam 12 hingga 3 petang itu ternyata sangat meriah. Pelajar dari  pelbagai kaum dan peringkat pengajian memenuhi segenap sofa dan  permaidani ruang tamu berkenaan. Meriah. Ternyata berkesan “House  Warming” yang dianjurkan Encik Imran Kamili pada cuti musim sejuk tahun  ini, yang sememangnya mampu menjana perpaduan antara pelajar-pelajar  Malaysia di Sydney. Suasana ceria hari ahad bersamaan tanggal 11 Julai  2010 diserikan lagi dengan majlis fotografi antara pegawai PPL Australia  bersama pelajar-pelajar Malaysia di Sydney.

ISMA Australia cawangan NSW ingin mengucapkan salam “selamat datang”  ke bumi kangaroo dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pegawai  PPL JPA Australia yang baru, Encik Imran Kamali Ahmad Nadzirin atas  kesudian menganjurkan majlis “House Warming” berkenaan. Semoga pertemuan  tempoh hari bukan lah yang terakhir. Semoga kita bertemu lagi!

Oleh,

Mohd Fauzi Bashir

ISMA Australia

Cawangan New South Wales

WT’10 Adelaide – Memori Winter Tercipta
Adelaide, 12 Julai 2010 – Cuaca dingin dan sejuk tidak menjadi penghalang buat 77 orang peserta ‘winter trip’ Adelaide untuk mengeksplorasi panorama indah di bumi Australia. Perjalanan ‘road trip’ yang bertemakan ‘Kembara Alam, Eksplorasi hati’ pastinya meninggalkan jejak dan kesan yang tak bisa dilupakan dalam ruang hati dan benak fikiran. Tautan jiwa dan jalinan rasa ukhuwwah fillah yang tercipta tentunya merakam memori indah untuk dikhabarkan dan diberitakan.  Jaulah kali ini membawa para peserta mengunjungi beberapa bandar utama di Australia dengan menaiki 8 buah ‘Toyota HiAce’ yang bermula pada 5 Julai dan berakhir pada 11 Julai 2010.

Destinasi pertama membawa peserta ke bandar Sydney dengan lawatan dimulakan dengan perjumpaan bersama para pegawai daripada Malaysian Student Department (MSD) bertempat di Malaysia Hall. Para peserta diperdengarkan amanat dan pesanan daripada penaja masing-masing selain menikmati jamuan ringan yang disediakan khas oleh pihak MSD. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak MSD kerana sudi menerima kunjungan kami ke sana.

Seterusnya, para peserta diberi kesempatan bersiar-siar ke tempat-tempat menarik di sekitar Sydney. Ikon arkitektur Australia yang termahsyur iaitu Sydney Opera House menjadi antara tempat wajib untuk dikunjungi. Ianya juga terletak berhampiran dengan satu lagi ‘landmark’ bandar ini iaitu Sydney Harbour Bridge. Tidak dapat dilupakan pengalaman menaiki ‘cruise’ menyusuri Darling Harbour di waktu malam, menghayati  panorama malam kota Sydney bersama teman-teman benar-benar meninggalkan kenangan yang cukup indah.

Perjalanan selama sehari semalam di dalam kenderaan sememangnya meletihkan namun, semua itu terubat apabila dapat menghabiskan masa membeli-belah di Paddy’s Market keesokan harinya. Masa yang diperuntukkan nampaknya telah digunakan sebaiknya oleh para peserta apabila masing-masing tidak cukup tangan membawa hasil belian.

Kembara diteruskan ke destinasi berikutnya iaitu  Canberra, ibu negara Australia. Di sini, para peserta dibawa untuk melawat ke Pejabat Kedutaan Malaysia. Kunjungan para peserta disambut  baik oleh para pegawai termasuk Datuk Salman Ahmad, Duta Besar Malaysia ke Australia. Selain mendengar ucapan yang mengandungi maklumat dan nasihat berguna, para peserta juga turut diberi peluang untuk melontarkan soalan berkenaan tugas-tugas dan peranan jabatan ini. Acara ditamatkan dengan menikmati juadah minum petang dan sesi beramah mesra bersama pegawai-pegawai di Pejabat Kedutaan Malaysia.

Jaulah kemudiannya diteruskan lagi ke destinasi ketiga yang juga destinasi yang ditunggu-tunggu oleh para peserta iaitu Perisher valley. Kembara ke destinasi ini merupakan acara kemuncak program Winter Trip Adelaide pada tahun ini. Pengalaman pertama melihat dan bermain salji tentunya menjanjikan ingatan yang sukar dilenyapkan dari kotak fikiran terutamanya bagi pelajar-pelajar tahun pertama yang amat teruja dan menantikan saat ini. Aktiviti-aktiviti menarik seperti bermain ‘toboggan’, ’ski’ dan ‘snowboard’ yang selama ini hanya ditonton di kaca televisyen kini sudah dapat dirasai sendiri. Bagi yang pertama kali mencuba, pengalaman jatuh dan tergolek berkali-kali tentunya menjadi satu kenangan lucu dan manis untuk disimpan.

Setelah puas bermain salji di Perisher Valley, konvoi diteruskan ke destinasi kedua terakhir iaitu, bandar Melbourne. Di sini, Queen Victoria Market menjadi antara tempat ‘favourite’ para peserta kerana sekali lagi mereka berkesempatan untuk membeli-belah di pasar yang sememangnya menawarkan cenderahati menarik untuk dibawa pulang ke Adelaide mahupun buat keluarga di tanah air, Malaysia. Barang-barang dijual dengan harga yang murah dan mampu dimiliki.

Penat memborong di Victoria Market, para peserta dibawa melawat Fitzroy Garden untuk melihat replika rumah-rumah kecil yang amat unik sekali. Di waktu malam pula, setelah bersiar-siar sekitar bandar Melbourne dengan menaiki ‘tram’, para peserta dibawa mengisi perut masing-masing yang ternyata sudah berkeroncong di beberapa restoran halal di bandar Melbourne  seperti Esteller dan Blok M.

Hari keenam program membawa peserta ke destinasi terakhir Winter Trip 2010 iaitu The Great Ocean Road (GOR). Hati pastinya tersentuh menyaksikan keindahan dan keunikan alam ciptaan Tuhan yang terbentang luas di depan mata. Para peserta mengambil peluang ini bergambar kenangan berlatarkan keindahan ‘12 Apostles’ dan ‘Lord Arch Gorge’.

Usai solat magrib dan isyak berjemaah serta makan malam bermenukan nasi lemak yang amat menyelerakan, tibalah masa untuk pulang semula ke Adelaide. Konvoi berhenti rehat di Coorong untuk solat subuh dan sarapan pagi serta bergambar kenang-kenangan dan akhirnya selamat tiba di Adelaide pada pukul 11 pagi, Ahad 11 Julai 2010. Program diakhiri dengan acara penutup setelah tiba di Adelaide. Ternyata banyak pengalaman yang dapat dirakam dan yang paling manis adalah ikatan ukhuwwah yang dibina sesama peserta program hingga masing-masing menitiskan air mata apabila tiba saat untuk berpisah dan pulang ke rumah.

Akhir kata, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi kerana segalanya telah berjalan dengan lancar dan selamat. Kepada semua yang terlibat, diharapkan agar bukan hanya keseronokan berjalan-jalan ke beberapa buah destinasi sahaja yang diperoleh tetapi moga rencah perjalanan suka dan duka, manis dan pahit yang diharungi dapat dikutip dan dimanfaatkan dalam meneruskan perjalanan kehidupan selepas ini. Jumpa lagi tahun hadapan! InshaAllah.

Disediakan Oleh,

Media ISMA SA

Kelebihan puasa Syaaban & malam Nisfu Syaaban
Sempena bulan Syaaban dan malam Nisfu Syaaban, saya nukilkan beberapa hadis dari kitab Sahih Al-Bukhari dan kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty. “Nisfu” bermakna separuh atau 14hb. Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah rujukan paling utama dalam Islam selepas Al-Quran.

Abdullah b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).

Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata, “Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari]. Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – pent)”. Aisyah ra menyambung,“Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).

Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah ra.  berkata (bahawa) kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).

Abdullah bin Maslamah menyampaikaan kepada aku dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Abi Salamah dan ayahku Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah ra sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (bermaksud) “Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada aku, untuk Aku memperkenankan doanya ? Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya ? Mana orang yang memohon keampunan Ku, untuk Aku mengampuninya ? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).

Di dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari di atas, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban ie. 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah didalamnya hari pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban). Di dalam hadis Sahih Al-Bukhari diatas juga tidak disebut secara khusus berqiamullail malam Nisfu Syaaban, tetapi disebut berqiamullail disetiap malam, dan yang mana ini termasuklah malam pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban).

Adapun berqiamullail pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siang harinya, dengan secara khusus menyebut kalimat “Nisfu Syaaban”, status hadis-hadisnya (sahih, hasan sahih, hasan, dhaif, maudhuk dll) adalah menjadi perbincangan akademik para ulamak hadis. Jika tidak mencapai ke tahap Sahih, ia tidak boleh dijadikan hujah Syarak, namun jika dipadankan dengan Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari diatas, ia boleh dijadikan panduan untuk Fadhail A’mal (Fadhilat-fadhilat Amal Ibadah) dalam Islam. “Tiada halangan dibuat penyiasatan ilmiah yang bersih dalam masalah khilaf dalam suasana kasih sayang di jalan Allah dan bekerjasama kearah mencapai perkara yang sebenar, tanpa usaha tersebut membawa kepada perdebatan yang tercela dan taksub” (Imam Hasan Al-Banna).

Akhirnya nanti, secara amalinya, bangun malam (qiamullail) dan berpuasa 14hb Syaaban adalah ibadah yang Syar’iyy, merupakan salah satu taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah) dan bukan bid’ah.

Berikut adalah sebahagian hadis-hadis berkenaan Nisfu Syaaban dari kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty:

Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).

Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata, “Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.

Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.

Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah ra. bahawa Nabi saw bersabda bermaksud, “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

Akhir kata, Allahumma a’inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepadaMu). Ameen ya rabbal alameen.

Ustaz Halim INIJALANKU  www.inijalanku.wordpress.com

Pra-syarat kemenangan
وَمَا جَعَلَهُ اللّهُ إِلاَّ بُشْرَى لَكُمْ وَلِتَطْمَئِنَّ قُلُوبُكُم بِهِ وَمَا النَّصْرُ إِلاَّ مِنْ عِندِ اللّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ

(Ali-Imran: 126) “Dan Allah tidak menjadikan pemberian bala bantuan itu melainkan sebagai khabar gembira bagi (kemenangan)mu, dan agar tenteram hatimu kerananya. Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Ayat ini merupakan komentar Allah kepada umat Islam selepas peperangan Uhud dan merupakan penegasan semula kepada orang-orang beriman selepas Allah memberi komentar yang sama selepas peperangan Badar sebagaimana yang terdapat di dalam surah al-Anfal..

وَمَا جَعَلَهُ اللّهُ إِلاَّ بُشْرَى وَلِتَطْمَئِنَّ بِهِ قُلُوبُكُمْ وَمَا النَّصْرُ إِلاَّ مِنْ عِندِ اللّهِ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

(8:10) “Dan Allah tidak menjadikannya (mengirim bala bantuan itu), melainkan sebagai khabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram kerananya. Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Daripada dua peristiwa besar dalam sejarah umat Islam ini; kemenangan dalam peperangan Badar dan kekalahan dalam peperangan Uhud, Allah ingin memberi kefahamaman kepada seluruh umat Islam di sepanjang jalan perjuangan mengenai faktor-faktor kemenangan dan pra-syaratnya.

Tanpanya Allah tidak akan kurniakan kemenangan untuk pejuang-pejuang Islam. Kerana bumi ini hanya akan diwariskan kepada hamba-hambaNya yang bertakwa.

Dalam peristiwa peperangan Badar, umat Islam tidak memilih untuk berperang sebaliknya hanya keluar untuk menyekat kafilah perdagangan yang dibawa oleh Abu Sufyan tetapi Allah menghendaki sebaliknya. Ketika tidak ada pilihan, ketika tidak ada persediaan sebab fizikal yang cukup, umat Islam tidak ada pilihan lain selain menyerah seluruh pengharapan kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Bijaksana. Hati umat Islam seluruhnya pasrah dengan kehendak Allah lalu dengan hati yang bulat, ikhlas, penuh pengharapan kepada Allah mereka berjuang dengan mengharapkan untuk mendapat pahala sebagai syuhada.

Pengutusan para malaikat menyertai mereka hanyalah untuk menenangkan hati orang-orang yang beriman dan kemenangan yang mereka perolehi kerana Allah ingin mengurniakan kepada mereka kemenangan tersebut. Namun kemenangan itu bukan dengan mereka berpeluk tubuh tetapi setelah mereka memberi dan berusaha dengan apa yang mereka miliki beserta penyerahan total kepada Allah subhanahu wa taala.

Peperangan Uhud pula sebaliknya, umat Islam telah mengetahuinya, sudah dilakukan mesyuarat, segala kelengkapan peperangan disiapkan, strategi peperangan disusun, jumlah tentera lebih ramai daripada dalam peperangan Badar dan umat Islam keluar ke medan jihad dengan penuh semangat tetapi Allah tidak inginkan mereka beroleh kemenangan sebagaimana kemenangan dalam peperangan Badar kerana tidak cukup syarat-syarat kemenangan.

Antara syarat-syarat kemenangan yang dipertegaskan oleh Allah dalam Al-Quran ialah:

1. Tetap hati dan membanyakkan mengingati Allah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُواْ وَاذْكُرُواْ اللّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلَحُونَ

(8:45) “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.”

2. Mentaati Allah dan RasulNya, tidak wujud sikap berbantah-bantah sesama orang yang beriman dan bersabar.

وَأَطِيعُواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَلاَ تَنَازَعُواْ فَتَفْشَلُواْ وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُواْ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

(8:46) “Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”

3. Tidak memiliki sifat sombong, angkuh, riya’ dan menghalang manusia dari jalan Allah.

وَلاَ تَكُونُواْ كَالَّذِينَ خَرَجُواْ مِن دِيَارِهِم بَطَرًا وَرِئَاء النَّاسِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللّهِ وَاللّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ

(8:47) “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari kampungnya dengan rasa angkuh dan dengan maksud riya’ kepada manusia serta menghalangi (orang) dari jalan Allah. Dan (ilmu) Allah meliputi apa yang mereka kerjakan.”

4. Ikhlas dan tidak mengharapkan dunia sedikitpun dalam perjuangan.

وَلَقَدْ صَدَقَكُمُ اللّهُ وَعْدَهُ إِذْ تَحُسُّونَهُم بِإِذْنِهِ حَتَّى إِذَا فَشِلْتُمْ وَتَنَازَعْتُمْ فِي الأَمْرِ وَعَصَيْتُم مِّن بَعْدِ مَا أَرَاكُم مَّا تُحِبُّونَ مِنكُم مَّن يُرِيدُ الدُّنْيَا وَمِنكُم مَّن يُرِيدُ الآخِرَةَ ثُمَّ صَرَفَكُمْ عَنْهُمْ لِيَبْتَلِيَكُمْ وَلَقَدْ عَفَا عَنكُمْ وَاللّهُ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ

(3:152) “Dan sesungguhnya Allah telah memenuhi janji-Nya kepada kamu, ketika kamu membunuh mereka dengan izin-Nya sampai pada saat kamu lemah dan berselisih dalam urusan itu dan menderhakai perintah (Rasul) sesudah Allah memperlihatkan kepadamu apa yang kamu sukai. Di antaramu ada orang yang menghendaki dunia dan di antara kamu ada orang yang menghendaki akhirat. Kemudian Allah memalingkan kamu dari mereka untuk menguji kamu; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu. Dan Allah mempunyai kurnia (yang dilimpahkan) atas orang-orang yang beriman.”

5. Tiada perasaan `ujub.

لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللّهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنكُمْ شَيْئًا وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُم مُّدْبِرِينَ

(9:25) “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukminin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu di waktu kamu menjadi congkak karena banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai.”

Sebagai manusia kita ditaklifkan untuk membuat perancangan dan berusaha mewujudkan sebab-sebab kemenangan dalam diri para pejuang sebagaimana yang diajarkan oleh Allah kepada kita seterusnya kita perlu serahkan kepada Allah dan mengharapkan Allah mengurniakan kepada kita kemenangan di dunia atau kita mendapat ganjaran keampunanNya di negeri akhirat.

Tidak ada jalan pintas untuk melahirkan pra-syarat kemenangan dalam anggota jamaah Islam yang berjuang melainkan melalui pentarbiyahan yang tersusun, berobjektif dan berterusan.

Oleh: Ustaz Annuar Salleh,

Yang Dipertua ISMA DHL

Blog: Renungan2u