Ibadah Qurban – Kerjasama ISMA Australia dengan Human Appeal

486x290_banner01a

Bulan Zulhijjah makin menghampiri. Walau bulan Zulhijjah ini lebih sinonim dengan ibadah haji di Mekah Al Mukarramah, namun, musim haji ini juga tidak kurang dikaitkan dengan ibadah qurban. Ibadah qurban ini menyingkap kembali antara sejarah yang tertua di dunia. Detik – detik qurban ini telah diilhamkan oleh Allah kepada umat manusia sejak zaman Nabi Adam ‘alayhissalam lagi. Ketika putera Nabi Adam, Qabil berbalah di atas keputusan untuk dikahwinkan dengan saudara perempuan Habil dan bukannya saudara perempuannya sendiri, maka Allah telah memerintahkan Qabil dan Habil mempersembahkan qurban. Qurban siapa yang diterima, maka mereka boleh memilih pasangan masing – masing.

Ritual qurban ini, kemudiannya menjadi syariat ketika Nabi Ibrahim ‘alayhissalam di atas perintah Allah untuk menyembelihkan putera baginda sendiri, Nabi Ismail ‘alayhissalam. Namun, akhirnya, qurban ke atas Nabi Ismail digantikan dengan kibas. Bermula dari situ hingga zaman Nabi Muhammad S.A.W., ibadah qurban telah menjadi syariat yang diikuti oleh umat manusia. Malah hingga sekarang, bukan sahaja Islam, agama – agama lain turut mengamalkan ibadah qurban mengikut cara mereka sendiri.

Ibadah qurban ini telah disyariatkan oleh Allah dalam firmanNya:

Maka dirikanlah solat karena Tuhanmu; dan berqurbanlah

Surah Al Kautsar, ayat 2 (108:2)

Antara hadith Nabi Muhammad S.A.W.:

Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi ) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan qurban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.”

(Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)

Justeru, pihak ISMA Australia, sekali lagi mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan pihak Human Appeal International untuk mengutip sumbangan ibadah qurban.

Harga satu kupon: AUD 100

Bayaran perlulah dilakukan sebelum 25 November 2009 untuk memberi ruang kepada pihak Human Appeal International mengagihkan kutipan duit untuk ibadah qurban ini kepada pihak yang selayaknya.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menunaikan ibadah qurban, bolehlah menghubungi wakil – wakil kami seperti yang tertera di bawah:

City:

Mohd Aizuddin Kamaruddin

04 30343420

Aini Hayati Abdul Rahim

04 34855612

Clayton:

Muhammad Nor Abd Wahab

04 31716443

Hanan Binti Othman

04 30045760

Sebarang pertanyaan boleh hubungi wakil – wakil di atas atau emelkan kepada kami di alamat:

bijak.isma@gmail.com

[tambahan]

Jika anda ingin menunaikan ibadah korban, anda mestilah membayar harga satu bahagian (i.e. AUD100) seorang diri.

Jika anda tidak berkemampuan namun masih ingin menyumbang sempena aidiladha tahun ini, anda boleh berkongsi satu kupon (AUD100) bersama rakan-rakan, namun sumbangan ini akan dikira sebagai sedekah.

Bayaran boleh di’netbank’kan kepada account berikut:

BSB: 062692

Account Number: 10515223

Description: Qurban <name/s>

dan diminta juga kepada mereka yang membuat bayaran untuk mengemelkan maklumat diri anda (nama, telefon dan emel) kepada kami di bijak.isma@gmail.com untuk urusan penyerahan kupon.

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!