INFO PERTH

Perth merupakan ibu negeri dan Bandar yang terbesar di bahagian Western Australia. Pusat aktivitnya terletak di sepanjang sungai yang terkenal dengan nama Swan River.

Seperti Bandar-bandar utama yang lain di Australia, Perth mempunyai 4 musim setiap tahun, Musim Bunga (Dis-Feb),  Musim Panas (Mac-Mei), Musim Luruh (Jun-Ogos) dan Musim Sejuk (Sept-Nov).

Terletak pada bahagian paling utara di benua Australia membuatkan cuacanya tidak banyak perbezaan dengan Malaysia dan Indonesia, dengan taburan hujan yang sederhana sepanjang tahun. Walaubagaimanapun, suhu yang tinggi ketika musim panas sedikit-sebanyak membezakan iklim di Perth dan Malaysia. Suhu tertinggi pernah direkod mencecah 46.7 darjah selsius.

Perth juga terkenal dengan beberapa pusat pengajian terkemuka di Australia. Antara pusat pengajian yang terdapat di Perth ialah:

Curtin University of Technology

Edith Cowan University

Murdoch University

The University of Notre Dame Australia

Cambridge International College Perth

University of Western Australia