INFO PENUNTUT BARU

Hubungi Pihak ISMA Australia melalui ruangan di bawah:

Nama:

E-mel:

Nombor Telefon:

Destinasi Untuk Menyambung Pengajian:

Mesej / Pertanyaan Anda:

Untuk penuntut baru Adelaide, adakah anda memerlukan
khidmat pick-up dari lapangan terbang?
 Ya Tidak

Wakil-wakil ISMA Australia untuk dihubungi:

Brothers:

  • Adelaide: Fakhruddin Afif Fauzi (gregorio_02 [at] y7mail.com)
  • Melbourne: Naim Faiz Ahmad Imran (naimlilbanat [at] yahoo.com)
  • Sydney: Mohamad Anas Mohamad Yusof (yusoffanas88 [at] yahoo.com)

Sisters:

  • Adelaide: Intan Sofia Omar (intansofia86 [at] yahoo.com)
  • Canberra: Amalina Amirah (zahrah_princess [at] yahoo.com)
  • Melbourne City: Nor Fazzliana Marzuki (soulz_catcherz [at] yahoo.com)
  • Melbourne Clayton: Nurul Izzah Che Jusoh (nurul_izzah [at] yahoo.com)

_____________________________________________________

Alhamdulillah dan tahniah. Segala penat lalah sepanjang di pusat persediaan sama ada INTEC, Kolej Taylors, Kolej Bandar Utama mahupun dimana-mana akhirnya membuahkan hasil yang setimpal. Realitinya, segala tenaga, daya dan kekuatan yang digunakan sewaktu bertungkus-lumus mengharungi ‘derita’ SAM atau AUSMAT mesti dipergunakan semula dengan amaun yang sama dalam tempoh peralihan daripada mendapat keputusan sehinggalah satu masa di mana kamu mampu bertenang di Australia kelak.

Dokumen

Langkah pertama selepas mendapat keputusan yang cemerlang ialah dengan mempersiapkan segala dokumen yang mesti dibawa. Secara umumnya terdapat empat dokumen asas yang mesti dibawa sepanjang masa sewaktu perjalanan ke Australia nanti – passport, salinan visa pelajar, surat pengesahan pendaftaran dan afidavit kewangan. Pasti ramai yang sudah pun menyiapkan dokumen-dokumen tersebut sebelum ini. Syabas diucapkan. Pastikan kesemua dokumen ini disimpan di tempat khusus.

Barang-barang

Apa yang perlu dibawa ke Australia nanti? Memang menjadi persoalan utama pelajar-pelajar baru akan dimana perlu membeli pakaian panas seperti jaket, jumper dan sweater. Untuk pengetahuan semua, Australia masih mengalami musim panas dengan suhu setinggi 30°C pada waktu siang dan serendah 15°C pada waktu malam. Oleh itu, disarankan agar kamu membeli pakaian panas di Australia sahaja supaya tidak menambah beban beg kargo nanti.

Selain pakaian panas, persoalan makanan juga timbul. Kamu mungkin mahu membawa makanan-makanan segera yang kamu sukai atau perencah-perencah mudah, ataupun makanan-makanan tertentu yang ’sangat’ disarankan oleh ahli keluarga kamu. Kamu boleh rujuk di laman web Kerajaan Australia: Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan untuk informasi tentang barang-barang yang tidak boleh dibawa masuk ke Australia.

Kediaman Impian

Pasti ramai yang tertanya-tanya, “Dimanakah harus aku tinggal nanti?”, “Adakah aku akan tinggal dengan keluarga orang putih?” dan sebagainya. Perkara ini sebenarnya mempunyai urutan maklumat yang berbeza mengikut tempat dan universiti. Namun secara umumnya, anda haruslah memilih antara dua, sama ada tinggal dalam kediaman yang disediakan pihak universiti ataupun sebaliknya. Justeru itu, pemilihan kediaman haruslah dibuat dalam tempoh peralihan ini agar tidak berlaku sebarang kemungkinan ketiadaan tempat tinggal. Namun, kes seperti ini tidak pernah dilaporkan berlaku setakat ini.

Taklimat Pra-Pelepasan

Taklimat yang penting yang harus diwajibkan hadir ialah yang dianjurkan oleh penaja masing-masing. Taklimat ini berkisarkan tentang maklumat penerbangan, talian-talian penting andai berlaku kecemasan, pemberian elaun sara hidup untuk beberapa bulan pertama dan pelbagai hal penting lagi. Taklimat yang dianjurkan oleh pihak universiti dan pihak IDP pula akan berkisarkan tentang suasana pembelajaran di universiti, lokasi dan infrastruktur universiti dan hal-hal lain berkaitan universiti. Tarikh-tarikh taklimat akan diberitahu oleh pihak-pihak berkaitan kelak.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, ajukan melalui ruangan Forum ISMA Australia. InsyaAllah kami akan membantu anda.