Aktiviti, South Australia, Sukan & Rekreasi — April 27, 2012 at 3:52 pm

Jelajah Basikal Adelaide Promosikan ‘Qawiyul Jism’

by

Adelaide, 25 April – Jelajah Basikal Adelaide versi Glenelg 2012 beri peluang kepada para peserta untuk menerokai bandar Adelaide di samping menyumbang ke arah pembinaan individu yang sihat tubuh badan (qawiyul jism) seperti yang disarankan oleh Islam.

Konvoi berbasikal dengan jarak perjalanan sejauh 20 km sehala bermula dari Enfield Community Centre ke pantai Glenelg di barat daya Adelaide ini telah berlangsung dengan jayanya pada 22 April yang lalu.

Program bermula seawal 8 pagi di mana para peserta berkumpul dan pemeriksaan ringkas ke atas basikal peserta telah dijalankan untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini di sepanjang perjalanan.

Perjalanan menuju ke Glenelg mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit dan setibanya di lokasi, peserta disajikan dengan sandwich disamping menikmati keindahan pantai Glenelg. Program tamat pada pukul 1 tengahari selepas peserta selesai menunaikan solat Zohor secara berjemaah.

Jelajah Basikal Adelaide ini telah berjaya menarik penyertaan bukan daripada golongan pelajar sahaja malah disertai juga oleh  golongan berkerjaya yang turut bersama dalam menjayakan program ini.

Atas permintaan ramai, Jelajah Basikal Adelaide akan dianjurkan lagi pada masa akan datang  dan lokasi yang akan dilalui adalah Semaphore Beach.

 

Disediakan oleh:

Wartawan Biro Sukan, Rekreasi & Budaya

ISMA Australia (South Australia)

 

Share

Leave a Reply

— required *

— required *