Adelaide, 1 Jun – Kembara Ilmu 12 kembali menyegarkan dan memulihkan semangat kebanyakan pelajar sekitar Adelaide yang bakal menempuh peperiksaan semester satu tidak lama lagi.
Kembara Ilmu (KI) 12 kali ini menampilkan pembentang yang berkaliber, Dr Azlina Aisha Abu Bakar, (MBBS) University of Adelaide. Program dimulakan dengan pengucapan umum (public speaking) yang disampaikan oleh saudara Muhammad Annas Yahya, pelajar tahun ketiga University of Adelaide dalam bidang kejuruteraan petroleum. Antara intipati ucapan yang disampaikan oleh saudara Muhammad Annas Yahya ialah peranan dan tindakan praktikaliti yang boleh dilakukan oleh semua pelajar setelah mengetahui keadaan saudara seagama kita di Syria selepas berlakunya peristiwa revolusi Syria.
KI12 diteruskan dengan agenda utamanya iaitu pembentangan daripada Dr Azlina Aisha Abu Bakar bertajuk “From Stress to Strength”. Dr Azlina Aisha banyak berkongsi tentang simptom-simptom yang dihadapi oleh seseorang apabila stress, pada kebiasaannya berlaku melalui fizikal dan mental kita sebagai seorang manusia. Antara contoh yang menarik ialah seseorang mengatakan bahawa dia tidak mengalami stress tetapi tindakannya membuktikan bahawa dia sedang mengalami stress. Tindakan yang dimaksudkan ialah berlaku perubahan dalam rutin seharian dalam hidup seseorang itu.
Perkongsian daripada Dr Azlina Aisha Abu Bakar dalam Kembara Ilmu 12 kali ini begitu bermakna bagi majoriti pelajar yang hadir kerana sedikit sebanyak memberi penerangan kepada para pelajar tentang cara-cara menangani masalah stress.
Program anjuran Biro Akademik dan Kebajikan (BIJAK) ISMA SA ini berlangsung selama dua jam bermula pada pukul 6 petang dan berakhir dalam pukul 8 malam di Horrace Lamb Lecture Theater, University of Adelaide.
Disediakan oleh:
Wartawan ISMA Australia (South Australia)
Share







Komen Terbaru