Kempen Tabung Bantuan Nabilah Huda
Saudara Zaim bin Shaari, ahli Jawatankuasa Pusat ISMA.
Berita penderitaan saudari Nabilah Huda binti Zaim (anak kepada saudara Zaim bin Shaari, ahli Jawatankuasa Pusat ISMA) yang menghidap penyakit leukemia sejak setahun yang lepas terus menarik perhatian ramai pihak. Terbaru saudari Nabilah Huda akan menjalani pembedahan pemindahan tulang sum-sum pada bulan Disember ini. Kos pembedahan ialah sebanyak RM70,000 (RM50,000 untuk pembedahan dan RM20,000 untuk rawatan susulan).
Sehubungan dengan itu, ISMA Australia dengan kerjasama Media ISMA telah melancarkan kempen Tabung Bantuan Nabilah Huda sebagai usaha mengumpulkan bantuan kewangan untuk membiayai kos pembedahan beliau. Sumbangan boleh disalurkan kepada:
Australia
Name: Nor Ashikin Mohammad
Bsb: 083457
Acc: 833910033
Malaysia
Akaun Maybank Zaim bin Shaari 162517025794.
UK & Eire
Republic of Ireland Bank Account
BANK NAME: AIB Bank, Baggot Street
ACC NAME: MOHD F TAHAR
(Mohd Ferdaus Tahar)
ACC NO: 19479023
SORT CODE: 93-10-12
United Kingdom Bank Account
ACC NAME:MR MUHAMAD I B TAHIR
(Muhamad Iqbal Bin Tahir)
ACCOUNT NO: 76461560
SORT CODE: 77-74-01
Untuk sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan saudara Zaim di talian +6013-3521226.
Saudari Nabilah Huda Binti Zaim merupakan pelajar tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang sedang menuntut dalam jurusan Syariah di University of Yarmuk, Irbid yang terletak kira-kira 150 km ke utara dari Amman, Jordan. ISMA Australia mendoakan agar saudari Nabilah Huda dan keluarganya dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang berpanjangan sepanjang melalui ujian daripada Allah SWT ini.

Salaam. Moga ALLAH mempermudahkan segala urusan buat saudari Nabilah Huda. La Tahzan, innallahama’ana.