Berita ISMA, Pembangunan Insan, Victoria — September 13, 2011 at 7:20 pm

Ketua Wanita ISMA berbicara tentang Humanisme dalam Kuliah Bulanan South Eastern Family Community (SEFC)

by

CLAYTON, 11 September 2011- Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustazah Norsaleha Mohd Salleh telah dijemput untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Humanisme: Ancaman kepada Jati Diri Ummah” dalam siri kuliah bulanan SEFC dengan kerjasama ISMA Australia.

 
Ceramah ini merupakan sebahagian daripada beberapa siri ceramah tentang jati diri ummah yang telah disampaikan oleh beliau sepanjang rangka lawatannya di Australia.
 
Beliau yang juga merupakan Tokoh Maal Hijrah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan penceramah jemputan “Tanyalah Ustazah” di TV9, memberi penekanan dan peringatan kepada umat Islam khususnya yang sedang berada di luar negara supaya sentiasa peka dengan situasi ummah yang kritikal di Malaysia.
 
Menurut beliau lagi, pelbagai ideologi luar terutamanya dari Barat sudah meresapi masuk ke dalam masyarakat termasuk pluralisme, syiah, murtad dan gejala sosial. Hal ini sangat membimbangkan  terutama bagi pihak ISMA.
 

Oleh itu, beliau berharap kita semua lebih sensitif dan menggalas amanah yang telah diberikan oleh Allah SWT untuk menegakkan amal makruf nahi mungkar. Menyedari hakikat ini, ISMA berusaha untuk mencegah penyakit ini daripada berterusan dan menjadi lebih kronik dengan memberikan tarbiyyah pada masyarakat.

                       

Sesi ceramah telah berlangsung selama dua jam dan dihadiri oleh para pelajar dan komuniti Malaysia di Melbourne.

Membangun Agenda Umat

Wartawan

Media ISMA Victoria
Share

Leave a Reply

— required *

— required *