Aktiviti, Berita ISMA, Victoria — July 4, 2012 at 6:23 am

KITI Tambah Ilmu Asas Islam Pelajar di Melbourne

by

29 Jun, Melbourne – Pelajar-pelajar di Melbourne telah berpeluang mengisi masa cuti mereka dengan menambah ilmu asas Islam dalam Program Kursus Ilmu Teras Islam (KITI) 2012. KITI pada kali ini menampilkan Ustaz Abdul Halim Abdullah, Exco Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sebagai penceramah jemputan untuk sama-sama berkongsi ilmu melalui kursus yang berbentuk pembentangan dan sesi soal jawab.

Para peserta KITI tekun mendengar penyampaian dari Ustaz Abdul Halim Abdullah

Menurut pengarah program, saudara Nik Ahmad Akmal Nik Zulkepeli, kursus ini dianjurkan bertujuan untuk mengisi masa cuti musim sejuk dengan menambah kefahaman ilmu-ilmu asas al-Quran, al-hadith dan syariah, disamping  memberi kesedaran mengenai kepentingan ilmu-ilmu ini kepada peserta, terutamanya golongan pelajar di Australia.

Tambah beliau lagi, kefahaman ilmu-ilmu asas Islam adalah penting terutamanya kepada pelajar-pelajar muslim Malayasia yang berada di luar negara kerana mereka berada dalam masyarakat Islam Australia yang rata-ratanya berhijrah dari pelbagai negara, dengan latar belakang yang berbeza dari mazhab-mazhab yang berbeza.

Ustaz Abdul Halim Abdullah, Exco Biro Dakwah ISMA Pusat

Kursus selama 3 hari ini, bermula dari 27 Jun di Melbourne Multicultural Hub telah berjaya mengumpul kira-kira 50 peserta yang rata-rata terdiri dari pelajar-pelajar Malaysia dari sekitar Victoria dan Queensland. KITI merupakan program tahunan anjuran ISMA cawangan Victoria. Rata-rata peserta memberikan respon yang baik berdasarkan soalan-soalan yang ditujukan kepada penceramah.

Share

Leave a Reply

— required *

— required *