Aktiviti, Berita ISMA, Hebahan, Pelbagai, South Australia, Utama — February 9, 2012 at 4:41 pm

Kunjungan Rasmi Delegasi Melaka Ke Adelaide

by

Adelaide, 7 Februari 2012 – Datuk Seri Mohd Ali Rustam ditemani oleh kumpulan delegasi beliau telah menziarahi dan beramah mesra dengan warga Malaysia yang berada di Adelaide pada petang yang dingin hari ini. Perjumpaan bersama dengan Datuk Seri Mohd Ali Rustam ini telah diadakan di Bradford Lodge bermula pada pukul 7 petang waktu tempatan. Bradford Lodge salah satu kediaman swasta yang menempatkan beberapa pelajar Malaysia dan pelajar antarabangsa yang lain.

 

Kediaman Bradford Lodge

 

Bagi memberkati majlis perjumpaan ini, ia dimulakan dengan pembacaan doa yang diketuai oleh En Ahmad Sayuti Bashiron. Seterusnya ucapan kata-kata aluan dan ucapan selamat datang buat Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersama delegasi beliau telah disampaikan oleh penyelia dan pengurus kediaman swasta Bradford Lodge ini. Ucapan penghargaan atas kunjungan beliau juga telah disampaikan oleh Assoc. Prof. Dr. Kamarul Ariffin Khalid selaku timbalan presiden bagi Malaysian Postgraduate Students Association of South Australia(MyPSA,SA). Majlis pada petang ini diteruskan dengan ucapan daripada Datuk Seri Mohd Ali Rustam buat warga Malaysia di Adelaide yang hadir bersama bagi beramah mesra dengan beliau.

Ucapan daripada YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam

 

Datuk Seri Mohd Ali Rustam begitu ramah dalam ucapan beliau kepada warga Malaysia yang hadir pada ketika majlis perjumpaan itu. Beliau banyak menekankan tentang keadaan Malaysia yang bakal melalui transformasi seperti yang pernah dikatakan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib bin Abdul Razak. Datuk Seri Mohd Ali Rustam juga mengucapkan terima kasih kepada penyelia dan pengurus kediaman swasta Bradford Lodge kerana berjaya menjaga para pelajar Malaysia yang menetap di kediaman ini. Tidak lupa juga, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyatakan hasrat beliau untuk memberi sumbangan sebanyak RM 5 000 kepada badan-badan wakil pelajar di Adelaide ini iaitu Kelab UMNO, MASCA dan MyPSA. Sebelum mengakhiri ucapan, beliau tidak lupa untuk bertanyakan keadaan warga Malaysia di Adelaide terutamanya para pelajar yang kebanyakkannya dibawah tanggungan kerajaan. Setelah selesai ucapan, beliau beramah mesra dengan warga Malaysia yang hadir sambil menjamu selera dan menikmati BBQ yang disediakan oleh warga Malaysia di Adelaide.

Datuk Seri Mohd Ali Rustam menikmati BBQ bersama warga Malaysia di Adelaide

Tidak ketinggalan juga, Ketua ISMA Cawangan South Australia iaitu Dr Rozanizam Zakaria sempat beramah mesra dengan Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika menikmati BBQ bersama dengan warga Malaysia yang lain. Kehadiran Datuk Seri ini begitu bermakna dan memberi semangat kepada para pelajar khususnya dan warga Malaysia yang lain amnya. Moga dengan kehadiran dan kunjungan beliau menyuntik kesedaran dalam diri setiap warga Malaysia yang hadir pada hari ini untuk lebih maju dan seterusnya menyumbang kepada negara Malaysia.

Kenangan Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersama Ketua ISMA South Australia

Disediakan oleh,

MEDIA ISMA SOUTH AUSTRALIA

Share

Leave a Reply

— required *

— required *