Rymill Park, 14 April – Tiada hari yang lebih indah selain dapat bersama-sama sahabat untuk berukhuwah di dalam sukan, begitulah yang tergambar dalam raut wajah setiap peserta yang hadir ke Hari Sukan ISMA SA hari ini.
Program yang dinamakan sebagai Osem Ukhuwah Day ini bertemakan ‘Running with Colours’. Program bermula seawal jam 10 pagi dan berakhir pada pukul 3 petang. Program ini mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat di Adelaide.
Antara yang menarik dalam aktiviti ini ialah acara perbarisan, sukaneka dan acara kemuncaknya ialah tarik tali. Aktiviti ini diadakan untuk memberikan peluang kepada kaum wanita bersukan dan beriadah bagi memastikan fizikal yang sihat mengikut syariat yang telah ditetapkan Islam.
Program Osem Ukhuway Day menyaksikan tempat pertama dimenangi oleh rumah merah dan perbarisan terb aik dimenangi oleh rumah putih. Selain bersukan, juga diadakan jualan di gerai-gerai.
Disediakan oleh:
Wartawan Biro Sukan, Rekreasi & Budaya (SuReBud)
ISMA Australia (South Australia)
Share







Komen Terbaru