Pemimpin Jihad HAMAS, Mahmud Abd Rauf, Syahid di Dubai

Salah seorang pemimpin dan pengasas Batalion Izzuddin Al-Qassam, Mahmud Abdul Rauf Al-Mabhuh, 50 tahun, dibunuh syahid di Dubai pada Rabu 20/1/2010 yang lalu. Beliau tinggal dalam buangan di Syria, menggerakkan amal Jihad berpusat di sana bersama-sama Ketua Biro Politik HAMAS, Khalid Masy’al. Beliau berasal dari khemah pelarian Jabalia di utara Gaza, Palestin. Di hari-hari pertama Intifadhah Pertama (meletus 1987), rumah Asy-Syahid adalah diantara rumah yang pertama dirobohkan oleh pihak Zionis. Jenazah Asy-Syahid tiba di Damsyiq dari Dubai pada petang Khamis lalu dan telah selamat disolatkan sebaik selepas solat Jumaat 29.1.2010 di Masjid Al-Wasim, khemah pelarian Al-Yarmuk, Damsyiq, Syria. Asy-Syahid pernah menjalankan operasi menangkap 2 tentera Israel iaitu Elan Sakdun dan Afiy Sabortis untuk cubaan pertukaran tawanan perang dengan rakyat Palestin yang ditawan. Asy-Syahid juga memainkan peranan penting dalam memberi dokongan kepada para Mujahideen Palestin.

Ucapan Khalid Masy’al, Ketua Biro Politik HAMAS, “Wahai Zionis, jika kamu sedang gembira kerana dapat membunuh seorang lelaki yang hebat yang telah membunuh sebahagian tentera-tentera kami, ketahuilah bahawa ianya adalah kegembiraan yang seketika. Kamu tidak akan dtinggalkan begitu sahaja. Kami akan kembali membalas darah Asy-Syahid yang telah mengalir. Jika kamu menyangka kami akan meninggalkan pilihan Penentangan kami terhadap kami (HAMAS pilih Penentangan, FATAH pilih Perdamaian – pent.), kamu bermimpi disiang hari. Penentangan adalah pilihan kami. Kami tidak akan dilemahkan oleh projek penempatan haram kamu, penjajahan kamu, pembunuhan, tembok pemisah maupun usaha menyekat makanan yang kamu sedang usahakan”.

Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Dr. Mohd Badi’ telah menghubungi Ustaz Khalid Masy’al melalui telefon dan mengucapkan takziah darinya dan dari sekelian anggota Ikhwan Muslimin diatas pemergian Asy-Syahid Mahmud Abdul Rauf, salah seorang pemimpin dan pengasas Ketumbukan Batalion Izzuddin Al-Qassam, sayap jihad HAMAS yang dibunuh Zionis di Dubai, Emirate Arab Bersatu pada Rabu 20/1/2010 yang lalu.

Semoga Allah swt merahmati beliau, mengampunkan segala kesalahannya dan menerimanya sebagai golongan para Syuhadak bersama Hamzah bin Abdul Mutalib, Mus’ab bin Umair dan sekelian para Sahabat ra. Ameen.

Sumber:
Ustaz Halim
www.inijalanku.wordpress.com

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!