Penghargaan Buat Penyumbang Derma Gempa Bumi Padang

ISMA Australia melalui kelolaan Biro Kebajikan dan Akademik (BIJAK) ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan anda dalam kutipan derma untuk mangsa bumi Padang yang telah dilancarkan kira-kira dua bulan lalu.

Beberapa buah tabung telah diedarkan di masjid dan surau-surau tertentu dengan harapan dapat membantu mangsa-mangsa tragedi di Padang. Jumlah kutipan yang diperolehi setakat ini adalah berjumlah $1661.41.

Buat pengetahuan umum, kutipan ini akan disalurkan ke Padang melalui persatuan Masyarakat Islam Indonesia Australia Selatan (MIIAS), sebuah pertubuhan Indonesia yang bertapak di South Australia. BIJAK-ISMA berharap agar kutipan ini dapat sedikit sebanyak membantu meringankan beban saudara-saudara seakidah kita di sana.

Dalam kesempatan ini, ISMA Australia ingin mengucapkan syabas kepada warga muslimin di Australia yang turut sama menyumbang dalam kutipan ini. Kejayaan kutipan derma sebanyak ini merupakan satu bukti kepada kami bahawa masih subur perasaan kasih-sayang dan ukhuwwah antara orang-orang Islam sedunia. Meskipun berbeza keturunan, bahasa, dan warna kulit, ia tidak sekali-kali menjadi penghalang kepada kesatuan akidah yang wujud sejak azali lagi.

Sebagai menunjukkan kegembiraan kami, suka kami khabarkan berita gembira dari Allah melalui kalam-Nya yang suci…

“Dan perumpamaan orang yang menginfaqkan hartanya untuk mencari redha Allah dan untuk memperteguh jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka embun pun memadai. Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” (Al-Baqarah: 265)

Saifuddin Khalid
Biro Kebikan & Akademik
ISMA Australia

Cawangan South Australia

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!