Rayuan Sumbangan untuk Mangsa Haiti

Dunia telah digemparkan dengan berita kemusnahan sebuah negara di Kepulauan Caribbean. Gempa bumi dengan magnitud 7.3 pada skala Richter itu telah melanda Port-au-Prince. Tidak lama selepas itu, Haiti digegarkan lagi dengan dua gempa kecil berskala 5.9 dan 5.5. Ini adalah gempa bumi terburuk yang pernah melanda Haiti sejak 200 tahun yang lalu.
Seluruh Haiti telah dimusnahkan angkara gempa bumi itu. Dianggarkan sebanyak 90% bangunan-bangunan musnah, jalan raya rosak dan jaringan komunikasi tergendala. Pentadbiran negara dan juga sektor keselamatan awam lumpuh akibat gempa itu. Ramai pemimpin negara itu telah terkorban bersama-sama 200,000 penduduk setempat. 250,000 yang lain cedera dan 1,500,000 kehilangan tempat tinggal. Pasukan penyelamat yang berada di sana menganggarkan bahawa lebih kurang 20,000 akan mati setiap hari kerana ketiadaan peralatan perubatan dan keperluan asas. Ini kerana ramai penduduk yang cedera memerlukan rawatan rapi dan pembedahan.
Haiti adalah negara termiskin di Hemisfera Utara. 80% penduduk Haiti berada di dalam kemiskinan yang ekstrim. Oleh itu, negara ini sangat memerlukan bantuan penduduk dunia bagi meringankan beban mereka. Maka, sebagai umat Islam, wajar bagi kita mengambil peluang ini untuk menambahkan amalan kita dan membantu mereka sekadar yang termampu.
Islam menyarankan penganutnya untuk tolong-menolong dalam perkara kebaikan seperti dalam surah al-Maidah, ayat 2:
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah sangat berat siksa-Nya.”
Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghulurkan apa yang termampu, tidak kira dari segi wang, doa mahupun sekadar mengingatkan dan menyedarkan orang lain tentang hal ini. Sumbangan boleh dibuat terus melalui laman web Human Appeal International di http://www.humanappeal.org.au/haiti_earthquake_relief.aspx
Anda boleh juga menyumbang melalui ISMA-Australia ke akaun kami seperti yang tertera di bawah. Wang yang disumbangkan akan disalurkan kepada Human Appeal International untuk dihantar kepada mangsa-mangsa gempa di Haiti. Semoga Allah merahmati kita semua.
- Description: Haiti<jarak><Nama>
- Nama akaun: BIJAK-ISMA
- BSB: 062692
- No akaun: 10515223
Di bawah ini, dikongsikan bersama surat dari saudara Islam kita di Haiti yang meminta bantuan saudara-saudara seagamanya. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah memudahkan urusan mereka dan menyelamatkan mangsa-mangsa.
—————————————–

Ya Ikhwani! We are in need of your assistance. Our country has been hit by an act of nature that has left our people with countless deaths, homeless, without water, food, blood and medication.
All of our hospitals have crumbled, we have piles of people in the streets dead. Some people have had to have their limbs removed without aesthetics. Makeshift hospitals are being made with tents but there are not enough doctors or medication for the amount of injured.
The smell of dead bodies has risen in the entire city, the people have become desperate of the situation.
Workers remove one of the hundreds of bodies left in front of Port-au-Prince’s General Hospital, to be placed in a common grave. UN Photo/Logan Abassi
There are still people who are under the rumble and cannot be reached.
My brother Didier Ambroise is missing and we have not been able to find him. My Uncle Roblain Legagneur and my cousin Namu Corvington and his wife died buried under their house.
Brother Ibrahim Abdoul Salam’s house was destroyed and his cousin died.
Also brother Abou Bakr’s house was crumbled and his sister died.
Many brothers and sisters are unaccounted for. We do not know if they are alive or dead. May Allah give ease to them in whatever state they may be. Amin.
Houses have been destroyed, stores, buildings, it is a complete nightmare. A children hospital was destroyed and thousands of children have died.
All the masjids are still standing and the brothers and sisters are using them as shelters for those in need. The little available is being shared.
Unfortunately all the churches have been destroyed and over 100 priest have died.
There are wails in every corner of the city. It’s just a real living nightmare. They’ve had to do massive burials and have started to do massive cremations and more bodies are being discovered.
We ask you please for your du’as to Allah, subhanahu wa ta ala, to alleviate us from this tragedy. And if you can help us in any way, with food, water, medication or whatever it may be. Please, please, please do so.
May Allah keep you all under His shade and move your hearts to extend your hands to your brothers and sisters and our people who are in need.
Barak’Allah fikum! Ma’asalaama!
Rujukan-rujukan:
- Empathy for the Haiti I know <http://www.eurekastreet.com.au/article.aspx?aeid=18819>
- Letter from Haiti: A Haitian Muslim’s Request for Help <http://muslimmatters.org/2010/01/16/letter-from-haiti-a-haitian-muslims-request-for-help/>
- https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/ha.html#top
- A week after Haiti quake, aid for all is elusive <http://news.yahoo.com/s/ap/cb_haiti_earthquake>
- Haiti devastated by massive earthquake <http://news.bbc.co.uk/2/hi/8455629.stm?ls>
Oleh:
Ahmad Arif Hussin
Biro Kebajikan dan Akademik
ISMA Australia


it’s time to do something!
innalillahi wa inna ilaihi raji’un..