3 JAN 2011- Baru-baru ini, Program Semai Mesra kali ke-12 telah berlangsung dengan jayanya. Program ini telah diadakan di Bukit Cerakah, Shah Alam selama 3 hari 2 malam. Program ini diadakan khusus untuk memberi informasi berguna kepada adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran ke Australia di samping berkenalan dengan pelajar-pelajar lain yang sedang belajar di sana.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan untuk mencapai objektif ini. Antaranya ialah seperti “OZ/NZ Tips”, “Fiqh of Travellers”, program temu bual bersama senior dan juga aktiviti fizikal yang menarik dan mencabar ketahanan diri.
Pelbagai respon menarik telah diberikan oleh para peserta di penghujung program. Pihak ISMA Australia dan New Zealand berharap program ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam persediaan pelajar-pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran di Australia dan New Zealand.
“Ready, Get Set, Fly!”
Media ISMA Australia
Share




0 Comments
You can be the first one to leave a comment.