Apakah itu Sadaqah Qurban?
Sadaqah Qurban ialah sejenis sedekah, ia dikaitkan dengan Ibadah Korban kerana sumbangan tersebut akan digunakan untuk membeli haiwan korban dan disembelih pada Hari Raya Aidiladha untuk diagihkan kepada rakyat Palestin.
Orang yang memberi sedekah ini diberi -insyaAllah – pahala ‘wajib’ kerana sumbangan disalurkan kepada orang yang layak dan sangat memerlukan. Tabaru’ (sumbangan sunat) kepada rakyat Palestin adalah wajib mengikut fatwa ulama’ mu’tabar.
Al-Qardawi: “Saya berpendapat membantu saudara kita di Palestin bukanlah sedekah sunat, bahkan ianya kefardhuan yang wajib dan tugas yang mesti dilaksanakan ke atas ummah.”
Dr. Wahbah Az-Zuhaili: “Dalam waktu sekarang ini para penduduk Gaza menjadi golongan utama untuk mendapat haiwan dan daging korban disebabkan keadaan mereka yang tengah ditimpa krisis… hal tersebut dihukum syib (menyerupai) wajib.”
Syeikh Faisal Maulawi (Timbalan Presiden Majlis Mufti Eropah, ulama terkenal Lubnan): “… boleh jadi ia adalah wajib iaitu menolong saudara-saudaranya yang sedang berjihad… “
Syeikh Farid Washil (mantan Mufti Besar Mesir): “Saya menyatakan bahawa penyaluran haiwan korban saat ini untuk masyarakat Gaza hukumnya wajib sewajibnya.”
(sumber: amanpalestin.net)
Share



Boleh tahu apa maksud “Penyertaan Sedeqah”?
Penyertaan Sadaqah tu merujuk kepada penyertaan kita untuk turut sama menyumbang dengan Sadaqah Qurban.
Boleh tahu apa maksud “Penyertaan Sedeqah”?
Penyertaan Sadaqah tu merujuk kepada penyertaan kita untuk turut sama menyumbang dengan Sadaqah Qurban.