Selamat Datang Dayang Asma’

Pada tanggal 3 Januari 2010 bersamaan dengan 17 Muharram 1431, bumi Melbourne telah menerima kedatangan seorang bayi bernama Dayang Asma’ binti Abang Ikhwan yang dilahirkan di hospital besar The Women’s.  Beliau merupakan anak pertama kepada pasangan ahli ISMA Australia – Victoria iaitu Abang ikhwan Abang Othman dan Nurul Akmar Ramli.

Ketika ditanya tentang nama anaknya itu, saudara Abang Ikhwan berharap bahawa Dayang Asma’ akan dapat mewarisi sikap ketabahan Asma’ binti Abu Bakar yang jelas terserlah terutamanya semasa membantu penghijrahan nabi Muhammad SAW. Ketika itu Asma’ binti Abu Bakar yang sedang mengandung 9 bulan memanjat Bukit Tsur untuk menyampaikan makanan kepada Nabi Muhammad SAW dan juga Abu Bakar.

Abang Ikhwan juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaaan kepada semua warga Melbourne yang telah banyak membantu dan memberikan sokongan kepada keluarga mereka. “Saya kadang-kadang rasa hairan apabila melihat di sekeliling saya…ya, saya ni bukan berada di kayangan! Tapi kemurahan budi pekerti yang ditunjukkan oleh semua pihak amat mengharukan kami sekeluarga”, ujar Abang Ikhwan.

Pihak ISMA-Australia merakamkan setinggi tahniah kepada pasangan Abang Ikhwan dan Nurul Akmar atas kelahiran cahaya mata tercinta. Semoga Dayang Asma’ akan menjadi seorang solehah dan dapat membantu memartabatkan generasi yang akan datang. insyaAllah.

Oleh:
Mohd Farhan Abd Latep
Media ISMA Australia

Comments

2 Responses to “Selamat Datang Dayang Asma’”
  1. Hafiz says:

    Tahniah Abang Ikhwan. Salam dari Malaysia.

  2. himmah 'aliyyah says:

    tahniah =) kpd pasangan. welcome ya habibati dayang asma’

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!