Selangkah ke Alam Pekerjaan

Bagi yang akan menamatkan pengajian pada tahun ini, tentunya sudah mula mengorak langkah dalam merancang masa depan. Sedikit perkongsian bagi menghadapi alam perkerjaan:
- Optimis dan sentiasa berfikiran positif dalam memulakan langkah. Mulakan dengan niat untuk mencari keredhaan Ilahi dan menyumbang kepada kesejahteraan agama, bangsa dan negara.
- Sediakan diri dalam menghadapi perubahan dan kemungkinan-kemungkinan yang bakal ditempuhi. Laluan untuk mendapatkan pekerjaan berbeza dengan laluan untuk mendapatkan segulung ijazah.Jika dahulu perancangan kita banyak dibantu oleh pihak universiti tetapi kini perancangan diri lebih tertumpu kepada keperluan dan kehendak sendiri. Oleh itu, rancanglah dengan sebaik mungkin dari segi tempat bekerja, dengan siapa kita akan berkerja dan etika kerja yang kita inginkan.
- Dapatkan pandangan dan nasihat daripada ibu bapa dan rakan-rakan yang telah pun berada di alam pekerjaan. Pandangan dan nasihat mereka dapat membantu kita dalam membuat keputusan.
- Sediakan dokumen-dokumen penting seperti ‘cover letter’, ‘resume’ dan transkrip akademik bagi memudahkan urusan anda memohon pekerjaan. Kebanyakan permohonan pekerjaan pada masa kini telah menyediakan perkhidmatan untuk menghantar dokumen-dokumen ini secara ‘online’. Pastikan dokumen-dokumen yang disediakan memenuhi format umum yang biasa digunakan. Laman web universiti ada menyediakan format umum bagi dokumen-dokumen ini. Susun dan atur kesemua dokumen yang berkaitan di dalam satu fail khas bagi menunjukkan kesungguhan anda dalam mencari pekerjaan kelak.
- Lengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan sama ada ketika ingin memohon perkerjaan mahupun semasa bekerja. Antara kemahiran-kemahiran yang diperlukan ialah kemahiran berkomunikasi, kemahiran sosial dan kemahiran pengurusan.
- Tambah nilai pada ‘resume’ anda. Sekiranya anda belum pernah bekerja sebelum ini, anda boleh mengikuti kursus-kursus yang berkaitan dengan bidang kerjaya ketika menunggu proses bagi mendapatkan pekerjaan. Anda juga boleh menawarkan diri untuk melakukan kerja-kerja sukarelawan bagi menambah pengalaman.
- Tidak salah untuk memulakan kerjaya anda dari bawah. Yang penting anda berusaha untuk menjadi lebih baik dari sehari ke hari yang lainnya. Pastikan anda tidak berputus asa dalam mencapai cita-cita anda.
Disediakan oleh:
Nurul Izzati Othman
BIJAK ISMA



wah..jazakillah! masih byk yg perlu disiapkan..
terima kasih atas artikel ni…rasa mmg byk juga perkara yg perlu dipersiapkan seblm melangkah ke alam kerja