Enfield, 24 Julai – Program riadhah mingguan, Senam Ahad anjuran Biro Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan sekali lagi berjaya dianjurkan pada hari ini. Dengan tema dan cabaran bermain futsal, ramai hadirin yang rata-rata penggemar sukan futsal hadir seawal 9.00 pagi lagi di Enfield Community Centre ini.

Pertandingan futsal ini diadakan secara santai ini di mana tiada peraturan tetap mahupun pasukan tertentu diwujudkan. Program ini berakhir pada jam 12.00 tengahari dengan semua hadirin amat berpuas hati dengan penganjuran dan gelanggang yang digunakan.

Program seumpama ini yang dinamakan ‘Senam Ahad Brothers’ diadakan sekali dalam setiap dua minggu. Siri pertama, kedua dan ketiga yang lalu mencabar hadirin untuk bersenam di pantai, bermain sukan padang dan bermain permainan tradisional.

InsyaAllah, Program Senam Ahad Brothers ini akan kembali dianjurkan minggu depan dengan cabaran yang lain. Cabaran apa? Nantikan!

oleh:
Media ISMA Australia
Cawangan South Australia

Share
 

0 Comments

You can be the first one to leave a comment.

Leave a Comment