Salah Faham tentang Senibina

Mengapa ambil masa yang begitu lama (5 hingga 7 tahun, hampir sama tempoh dengan pelajar perubatan) untuk bergelar arkitek? Banyak lagi perkara yang perlu ada pada seseorang itu sebelum layak digelar arkitek, bukan sekadar melukis. Bahkan, orang yang pandai melukis pun tidak semestinya berjaya menghabiskan tempoh pengajian selama 3 tahun!

Kenapa Perbankan Islam?

Secara jauh dari mata kasar, produk-produk perbankan Islam kelihatan seolah-olah sama dengan perbankan konvensional. Malah dalam banyak keadaan, kos perbankan Islam adalah lebih mahal dan pinjaman daripada bank-bank Islam adalah lebih sukar untuk diperolehi. Tetapi jika diteliti struktur produk-produk perbankan Islam tersebut, ia adalah sebenarnya lebih berhati-hati, teliti dan adil untuk semua pihak.

Sebiru Hari Ini

Pernahkah anda terfikir, tatkala memandang langit, mengapakah ianya berwarna biru pada siang hari, dan berwarna jingga kemerahan pada awal pagi dan petangnya, dan hitam pula pada malamnya?

Ada Apa dengan Farmasi?

Farmasi adalah bidang yang penulis minati sejak dari bangku sekolah. Walaupun tidak begitu mendalam, penulis berharap perkongsian ini dapat memberi sedikit input tentang farmasi, Monash Parkville serta peranan ahli farmasi.

Australia dan Rahsia Keunikannya

Australia sering diwar-warkan dengan pelbagai keindahan dan tarikan yang hebat dan mengagumkan. Sydney Opera House, Ayers Rock, Paddy’s Market, Rundle Mall, Federation Square, kanggaru, wombat, koala; bukanlah perkara yang asing lagi bagi pelancong luar mahupun orang tempatan. Percaya atau tidak, Australia sebenarnya lebih menarik dan istimewa dari yang disangkakan, malah tidak mustahil,keunikannya mungkin  juga mampu menggerunkan sesetengah pihak!

Keruntuhan West Gate Bridge

Memandang ke arah selatan Melbourne, pastinya mata akan terpaku melihat suatu binaan yang sangat unik dan gah. Bercahayakan lampu putih dan biru yang menawan di waktu malam, pasti perasaan kagum itu hadir. Inilah dia “West Gate Bridge”. Pernahkah anda pernah terdengar akan jambatan ini? Jika tidak, mari kita salami kisah dan fakta yang menarik tentang binaan ini.

Kenali Hakikat Tumbuhan Semula Jadi di Australia

Sekali sebulan, kami dari BIJAK-ISMA akan kongsikan sebuah artikel berkenaan sesuatu perkara menarik yang dipelajari oleh para pelajar di bumi Australia ini. Untuk bulan ini (September), Azrina Zakariya, penuntut tahun akhir jurusan Botany dan Biotechnology di University of Melbourne akan kongsikan tentang hakikat tumbuhan semula jadi di bumi Australia.
___________________________________________________________________________________

Jika anda berpeluang melancong atau berada di Victoria, [...]