ISMA Australia » Siri Perkongsian Akademik

Salah Faham tentang Senibina
Sekali sebulan, kami dari BIJAK-ISMA akan kongsikan sebuah artikel berkenaan sesuatu perkara menarik yang dipelajari oleh para pelajar di bumi Australia ini. Untuk membaca artikel-artikel lain di dalam siri ini, sila klik di sini. Antara artikel yang telah diterbitkan ialah “Sebiru Hari Ini”,”Australia dan Rahsia Keunikannya” dan “Kenapa Perbankan Islam?”

Senibina merupakan antara jurusan ilmu yang tertua di dunia. Sekiranya kita melihat senibina hanya sebagai aktiviti untuk membina ruang untuk kegunaan manusia, ianya boleh dikatakan keperluan asas manusia sejak azali lagi. Tanpanya, tiada tamadun manusia.

Namun ramai sebenarnya yang tidak mengetahui apa sebenarnya senibina. Bercakap sahaja tentang senibina, ramai akan berkata,

“Kerja arkitek melukis sahaja kan?”

Tempoh pengajian seorang pelajar senibina ialah minima 5 tahun. Bagi sesetengah pelajar, mungkin 6 tahun sekiranya dikehendaki bekerja selama 6 bulan atau setahun selepas tempoh 3 tahun pertama pengajian. Adakah mereka belajar melukis sahaja sepanjang 5 atau 6 tahun tersebut?

Secara logiknya, tidak. Mengapa ambil masa yang begitu lama (hampir sama tempoh dengan pelajar perubatan) untuk bergelar arkitek? Banyak lagi perkara yang perlu ada pada seseorang itu sebelum layak digelar arkitek, bukan sekadar melukis. Bahkan, orang yang pandai melukis pun tidak semestinya berjaya menghabiskan tempoh pengajian selama 3 tahun!

Perkara Asas

Kemudian Kami berfirman, “Wahai Adam! Sungguh ini (iblis) musuh bagimu dan bagi isterimu, maka sekali-kali jangan sampai dia mengeluarkan kamu berdua dari syurga, nanti kamu celaka. Sungguh, ada (jaminan) untukmu di sana, engkau tidak akan kelaparan dan tidak akan telanjang. dan sungguh, di sana engkau tidak akan merasa dahaga dan tidak akan ditimpa panas matahari.”

(Taha 20:117-119)

Berdasarkan ayat ini, kita boleh lihat bahawasa secara fitrahnya, manusia memerlukan tiga perkara asas iaitu makanan, pakaian dan tempat berteduh. Senibina dalam konteks ayat ini merujuk kepada tempat berteduh yakni tempat di mana kita ” tidak akan merasa dahaga dan tidak akan ditimpa panas matahari”. Di sini jugalah terdapat gambaran ringkas tentang tahap keselesaan yang manusia inginkan.

Maka, asas kepada mana-mana senibina ialah menyediakan ruang utk manusia berteduh dan memberi keselesaan kepada penghuninya.

Rekacipta

Antara perkara pertama yang pelajar senibina perlu tahu ialah cara hendak merekacipta (design) dengan betul. Tidak boleh hendak merekacipta semberono sebab merekalah yang akan bertanggungjawab sekiranya bangunan atau rumah yang mereka reka itu menimbulkan pelbagai masalah kepada penghuninya.

Kerja merekacipta perlu menggabungkan ilmu pengetahuan mereka dalam segenap bidang seperti sejarah,  teknologi, media komunikasi dan nilai-nilai invidividu untuk menjadi sebuah projek yang lengkap.

Untuk membina sebuah rumah, contohnya, arkitek perlu tahu tentang perangai pelanggannya; bagaimana mereka menggunakan dapur, ruang tidur, bilik mandi, dan sebagainya. Adakah mereka mementingkan privasi, yakni memisahkan antara ruang untuk tetamu dan ruang khas untuk ahli keluarga? Adakah mereka cenderung untuk mempunyai ruang yang fleksibel yang menggabungkan ruang tamu, tempat makan dan dapur? Adakah mereka suka untuk mempunyai laman sebagai ruang santai? Semuanya perlu diambil kira sebelum seorang arkitek boleh menghasilkan rumah yang memuaskan untuk pelanggannya.

Di sepanjang tempoh pengajian, pelajar senibina akan diasah untuk berfikir dan menganalisa secara kritis dan kreatif agar dapat mengkaji sesuatu isu berdasarkan konteks, membuat retrospeksi, menganalisa pelbagai pandangan di dalam isu tersebut dan membentuk pandangan peribadi yang logik dan kukuh. Ia akhirnya akan membentuk peribadi yang unik dalam setiap diri pelajar, dan akan terserlah di dalam bangunan yang mereka bina.

Ilmu Pengetahuan

Antara keperluan asas seorang pelajar senibina ialah ilmu pengetahuan yang luas.

Ilustrasi dari buku “101 Things I learned in Architecture School”

“An architect knows something about everything. An engineer knows everything about one thing.”

(Frederick,Matthew “101 Things I Learned in Architecture School”)

Kata-kata Matthew Frederick tersebut menggambarkan serba sedikit tentang seorang arkitek. Arkitek tahu serba sedikit tentang pelbagai jurusan ilmu, tetapi mereka bukanlah pakar dalam bidang-bidang tersebut. Dengan kata lain, pengetahuan amnya perlu tinggi, cukup tinggi untuk membolehkannya menghasilkan bangunan yang elok.

Contohnya, dari segi teknikal, di dalam industri kelak, arkiteklah yang bakal mengetuai barisan jurutera mekanikal dan struktur, hiasan dalaman, kontraktor, dan pakar-pakar dari bidang lain dalam melaksanakan sesuatu projek. Seringkali dalam sesuatu projek, pandangan dari pelbagai pihak akan bercanggah; struktur tidak betul, kekangan kewangan, hilang nilai estetika dan sebagainya. Di sinilah peranan arkitek. Dia perlu mengetahui tentang semua disiplin ilmu yang terlibat sehingga boleh berbincang dan mencapai keputusan yang memuaskan, bukan sahaja untuk pelanggan malah untuk menjaga integriti seluruh projek.

Komunikasi

Kemahiran untuk menyampaikan ide dengan berkesan, samada secara lisan, visual (hardcopy dan elektronik) dan melalui penulisan merupakan antara kebolehan yang perlu ada pada arkitek. Kemahiran-kemahiran ini tidak dapat diasah dalam masa yang singkat, maka sebab itulah pelajar senibina memerlukan masa yang lama untuk menghabiskan tempoh pengajian.

Di kebanyakan universiti, para pelajar senibina perlu membuat pembentangan hampir setiap minggu, selalunya untuk subjek “Design”. Setiap minggu, tenaga pengajar selalunya sudah menetapkan sasaran tahap kerja yang perlu dicapai oleh semua pelajar. Di dalam setiap sesi inilah pelajar akan diberi peluang untuk mengasah kemahiran berkomukasi dengan berkesan melalui bahan visual, model fizikal dan juga pembentangan atau diskusi secara lisan. Ianya juga menuntut pelajar agar mempunyai skil menguruskan masa dengan elok kerana sekiranya tidak mampu untuk mempamerkan kerja yang memuaskan, dia akan mengalami kesukaran untuk mengejar masa.

Pembentangan yang memerlukan pelajar untuk menyampaikan ide mereka melalui model, lisan dan visual

-Gambar Hiasan-

Di universiti, pelajar juga akan didedahkan dengan pelbagai cara untuk menghasilkan pembentangan visual yang berkesan. Di Royal Melbourne Insititute of Technology (RMIT) University, pelajar akan didedahkan dengan software grafik seperti Adobe Photoshop, Adobe Indesign, Rhinoceros dan sebagainya. Pelajar juga perlu mengetahui kaedah membuat model dengan cepat dan berkesan.

Contoh bahan pembentangan visual yang perlu dihasilkan oleh pelajar senibina

(sumber)

Kemahiran menulis pula selalunya akan diajar di dalam subjek sejarah di mana pelajar perlu menganalisa dan membuat kajian yang terperinci dan seterusnya menyalurkan pemikiran mereka ke dalam penulisan.

Secara ringkasnya, itulah gambaran yang sebenar tentang seorang arkitek, ataupun perkara-perkara asas yang perlu ada pada pelajar senibina. Jurusan ilmu dan seni membina ini bukanlah suatu bidang yang hanya menuntut orang yang mahir dalam melukis semata-mata. Ianya lebih dari itu. Tanggungjawab pakar senibina amat besar dan mereka yang menggalasnya perlu mempunyai integriti dan akauntabiliti.

Disediakan oleh

Mohammad Afiq Shazwan

Master of Architecture

RMIT University

Rujukan:

Matthew Frederick 2007, “101 Things I Learned in Architecture School“, The MIT Press, Cambirdge, Massachussetts

Ismawi Zen, Shireen Jahn Kassim, Norwina Mohd Nawawi (ed.), 2009 “An Anthology of Essays on Integrating Islamic Value in the Theory and Practice of Architecture and The Built Environment“, Kuliyyah of Architecture and Environmental Design, IIUM, Malaysia.

Spiro Kostov 1995, “A History of Architecture: Settings and Rituals” 2nd Edition, Oxford University Press, New York

Kenapa Perbankan Islam?
Sekali sebulan, kami dari BIJAK-ISMA akan kongsikan sebuah artikel berkenaan sesuatu perkara menarik yang dipelajari oleh para pelajar di bumi Australia ini. Untuk membaca artikel-artikel lain di dalam siri ini, sila klik di sini. Antara artikel yang telah diterbitkan ialah “Sebiru Hari Ini”, “Ada Apa dengan Farmasi” dan “Australia dan Rahsia Keunikannya”.

Setiap daripada penduduk dunia hari ini memerlukan perkhidmatan bank untuk memudahkan urusan hidupnya. Tentunya kita juga tidak terkecuali sebagai seorang individu yang memerlukan perkhidmatan bank. Namun, sebagai seorang Islam kita dituntut oleh Allah untuk lebih berhati-hati dalam mengurus wang dan harta kita.

“Tidak akan lepas dua kaki anak Adam di akhirat di hadapan Allah SWT, kecuali setelah ditanya lima perkara: Tentang umurnya ke mana ia habiskannya, tentang kepemudaan dan kepemudiannya di mana digunakan, dan tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana dibelanjakan, dan apakah yang dilakukan dengan ilmunya.” (Riwayat At-Tirmidzi, no 2416; Albani: Sohih)

Islam amat menuntut agar kita mengurus harta dengan baik dari sudut cara mendapatkan dan membelanjakannya kerana ia akan menjadi darah daging kita. Allah juga menggalakkan dan menghalalkan urusan jual beli tetapi mengharamkan riba yang sangat sinonim dengan sistem kewangan dan perbankan konvensional pada hari ini. Unsur-unsur riba terdapat dalam akaun-akaun simpanan, skim-skim insurans, pinjaman dan sebagainya.

“Jauhilah 7 dosa besar, syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi yang adil)”. (Riwayat Bukhari Muslim)

Secara jauh dari mata kasar, produk-produk perbankan Islam kelihatan seolah-olah sama dengan perbankan konvensional. Malah dalam banyak keadaan, kos perbankan Islam adalah lebih mahal dan pinjaman daripada bank-bank Islam adalah lebih sukar untuk diperolehi. Tetapi jika diteliti struktur produk-produk perbankan Islam tersebut, ia adalah sebenarnya lebih berhati-hati, teliti dan adil untuk semua pihak.

Perbezaan Perbankan Konvensional dan Perbankan Islam

Perbankan   Konvensional

Perbankan   Islam

Fungsi dan operasinya didasari sepenuhnya oleh   prinsip dan disiplin yang dibuat oleh aqal manusia “man-made principle”

Fungsi dan operasinya dipastikan sedaya mungkin   agar menurut kehendak Al-Qur’an dan As Sunnah

Dalam produk pelaburannya, pelabur dijanjikan dengan kadar faedah   tetap. Ia sebenarnya aktiviti pinjam meminjam dengan riba.

Dalam produk pelaburannya, bank Islam mempromosikan system   perkongsian risiko dan untung di antara pelabur dan pengurus dana pelaburan.   Tiada sebarang kadar keuntungan tetap dijanjikan. Keuntungan akan dibahagikan   berdasarkan keuntungan sebenar.

Mensasarkan keuntungan tanpa had batasan agama dan moral

Mensasarkan keuntungan yang menepati disiplin Islam yang terhad kepada   sesuatu yang mendatangkan manfaaat kepada masyarakat sejagat.

Tidak mengendahkan persoalan zakat

Terlibat dalam pembayaran zakat, ia merupakan tanggungjawab social   yang diberikan oleh bank bank Islam.

Produk pinjaman penggunanya mengamalkan system pemberian pinjaman   wang kepada pelanggan yang dikenakan faedah interest yang berganda.

Produk penggunanya menggunakan transaksi jual beli atau sewa asset   dan bukan akad pinjaman wang.

Mengenakan tambahan wang penalty yang compounding di atas wang pinjaman   sekiranya terdapat kelewatan pembayaran.

Mengenakan wang compensation ke atas kelewatan tetapi tidak dimasukkan ke dalam pendapatan bank sebaliknya   disalurkan terus kepada kebajikan.

Kepentingan utama hanyalah menjaga kepentingan bank, tiada sebarang   kepentingan untuk memastikan pembangunan ekuiti

Memberikan penekanan kepada projek yang boleh memberikan manfaat   kepada kepentingan masyarakat. Sasaran utama adalah memastikan pembangunan   beserta ekuiti.

Pemberian pinjaman oleh bank konvensional adalah mudah, tanpa   memerlukan sebarang asset. Konsep mereka wang boleh melahirkan wang.

Wang tidak boleh melahirkan wang melalui pinjaman. Justeru itu,   sebarang pembiayaan mestilah mempunyai asset yang dikenal pasti underlying asset.

Penilaian besar diberikan kepada kemampuan meminjam untuk membayar   pinjaman sahaja, tanpa mengendahkan berkenaan apa berlaku dengan sesuatu   projek yang dilakukan pelanggan.

Penilaian besar juga diberikan terhadap potensi atau viability,   prestasi dan prospek projek yang sedang dibiayai.

Bank mendapat pendapatan melalui kadar tetap faedah (fixed interest)   yang dikenakan kepada pelanggan.

Memperoleh pendapatan mengikut konsep kongsi untung dan rugi bersama   pelanggan. Pihak bank memberi perhatian lebih kepada membiayai perkembangan   projek.

Hubungan bank dan pelanggan adalah: memberi pinjam dan peminjam.

Hubungan bank dan pelanggan adalah: penjual, pembeli atau rakan   kongsi.

Menurut laporan Bank Negara, setelah 24 tahun industry perbankan dan kewangan Islam bertapak di Malaysia, industry perbankan dan kewangan Islam hanya mampu menguasai 12% daripada jumlah keseluruhan pasaran perbankan dan kewangan negara. Di Negara yang majoritnya adalah ummat Islam, peratusan penggunaan system kewangan dan perbankan Islam wajar lebih tinggi daripada 12%. Oleh itu, ummat Islam patut lebih disedarkan lagi akan tuntuan untuk mengurus kewangan mereka berdasarkan syarat demi keberkatan harta dan keredhaan Allah.

Rujukan:

“Wang, Anda dan Islam: Halal dan Haram dalam Kewangan dan Perbankan”, 2008, Zaharuddin Abdul Rahman.

oleh:

Thuaibah Abdul Ghani

Bachelor of Commerce

Australian National University

Sebiru Hari Ini
Sekali sebulan, kami dari BIJAK-ISMA akan kongsikan sebuah artikel berkenaan sesuatu perkara menarik yang dipelajari oleh para pelajar di bumi Australia ini. Untuk membaca artikel-artikel lain di dalam siri ini, sila klik di sini. Antara artikel yang telah diterbitkan ialah “Ada Apa dengan Farmasi” dan “Australia dan Rahsia Keunikannya”.

Mentari tersenyum memancar cahayanya, langit membiru mendamaikan, burung-burung beterbangan mencari rezeki, awan-awan lembut berarak pergi, dan bunga-bunga ceria mengembangkan kuntumnya. Tatkala mentari melambai pergi, langit menjingga merah menenangkan jiwa, burung-burung beterbangan membawa pulang rezki, awan-awan lembut masih lagi berarak pergi, dan bunga-bunga ceria menguncup kembali. SubahanAllah, begitu indahnya ciptaan Ilahi!

Pernahkah anda terfikir, tatkala memandang langit, mengapakah ianya berwarna biru pada siang hari, dan berwarna jingga kemerahan pada awal pagi dan petangnya, dan hitam pula pada malamnya?

Atmosfera dan cahaya matahari

Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu mengetahui serba sedikit mengenai atmosfera kita dan cahaya. Atmosfera kita terdiri daripada gabungan beberapa molekul-molekul gas dan elemen-elemen lain yang menyelaputi bumi. Antaranya ialah gas nitrogen (78%), oksigen (21%), gas argon, wap air, habuk dan asap, garam yang tersejat daripada lautan dan lain-lain lagi. Atmosfera kita akan semakin tumpat jika semakin menghampiri bumi dan semakin kurang tumpat jika menghampiri angkasa lepas.

Kita melihat cahaya matahari berwarna putih, namun sebenarnya cahaya matahari terdiri daripada gabungan spektrum warna yang mempunyai panjang gelombang (wavelength), frekuensi dan tenaga yang berbeza-beza. Warna biru mempunyai panjang gelombang yang terpendek (380nm), manakala merah pula adalah yang terpanjang (720nm).

Rajah 1- Panjang gelombang spectrum cahaya

Jadi kenapa langit itu biru?

Kesemua cahaya boleh diserap oleh molekul-molekul di atmosfera, tetapi warna biru yang mempunyai gelombang terpendek lebih diserap berbanding warna merah yang mempunyai panjang gelombang terpanjang. Proses ini dikenali sebagai serakan Rayleigh (Rayleigh scattering). Kebanyakan cahaya biru yang diserap oleh molekul-molekul gas di atmosfera kita ini akan  disebarkan ke setiap penjuru langit. Disebabkan itulah, ke arah mana pun kita melihat langit, langit tetap berwarna biru.

Rajah 2- Cahaya matahari diserakkan kepada warna biru

Mengapa pula langit berwarna jingga kemerahan?

Semasa kita melihat ke arah matahari semasa matahari terbit dan terbenam, kita akan melihat warna jingga kemerahan mewarnai langit lebih daripada warna biru. Hal ini kerana cahaya matahari perlu bergerak lebih jauh untuk sampai ke atmosfera bumi. Cahaya yang mempunyai panjang gelombang yang pendek (biru) akan lebih diserakkan. Maka, cahaya yang mempunyai panjang gelombang yang panjang (merah, jingga) saja akan sampai kepada kita. Justeru, kita akan dapat melihat langit bewarna jingga kemerahan.

Rajah 3- Cahaya matahari yang sampai ke bumi melalui atmosfera semasa matahari

terbit, tengahari dan terbenam.

Mengapa pula langit berwarna warna hitam?

Jika kita berada di luar bumi, misalnya di bulan, kita akan melihat langit itu berwarna hitam dan gelap, dan bukannya biru. Hal ini kerana di luar sana tiadanya atmosfera yang akan menyerakkan cahaya. Justeru itu tiada serakan cahaya yang akan sampai ke mata kita.

Jika kita berada di bumi, keadaannya juga sama pada malam hari, iaitu tiada cahaya matahari yang diserakkan walaupun dengan kehadiran atmosfera. Jadi langit akan kelihatan gelap dan hitam.

Tanggungjawab kita

Betapa beruntungnya kita dikurniakan Allah pancaindera dan akal untuk berfikir dan menghargai segala nikmat pemberian-Nya. Langit yang tinggi dan boleh berubah warna mengikut ketentuan yang ditetapkan Allah adalah salah satu bukti kebesaran dan kekuasaan-Nya.Sebagai tanda kesyukuran kepada-Nya, kita seharusnya berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak terus-menerus melakukan pencemaran dan aktiviti-aktiviti yang membolehkan kondisi atmosfera kita teganggu. Jika atmosfera kita tercemar, kemungkinan besar pada zaman akan datang kita atau genarasi akan datang tidak lagi dapat menikmati keindahan alam sentuhan Illahi; Sebiru Hari Ini.

Wallahu a’lam.

“Sesungguhnya, pada penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “Ya Tuhan kami, tidaklah engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia; Maha suci Engkau, lindungilah kami daripada azab api neraka.” [ali-‘imran,3:190-191]

Rujukan-rujukan:

http://www.sciencemadesimple.com/sky_blue.html

http://math.ucr.edu/home/baez/physics/General/BlueSky/blue_sky.html

http://hyperphysics.phy-astr.gsu.edu/Hbase/atmos/blusky.html

http://cct.rncan.gc.ca/resource/tutor/fundam/chapter1/04_e.php

http://files.myopera.com/ShinoW/albums/537642/1600×1200_Blue_Sky_Flowers_HM053_35.jpg

http://www.gamonline.com/new/catalog/colortheory/images/spectrum.gif

Oleh:

Fatin Aqilah Muhammad Fadzil

B.Science (Physics)

Monash University

Ada Apa dengan Farmasi?
Sekali sebulan, kami dari BIJAK-ISMA akan kongsikan sebuah artikel berkenaan sesuatu perkara menarik yang dipelajari oleh para pelajar di bumi Australia ini. Untuk membaca artikel-artikel lain di dalam siri ini, sila klik di sini. Antara artikel yang telah diterbitkan ialah “Kenali Hakikat Tumbuhan Semula Jadi di Australia” dan “Keruntuhan West Gate Bridge”.

Farmasi adalah bidang yang penulis minati sejak dari bangku sekolah. Walaupun tidak begitu mendalam, penulis berharap perkongsian ini dapat memberi sedikit input tentang farmasi, Monash Parkville serta peranan ahli farmasi.

Faculty of Pharmacy & Pharmaceutical Science, Monash University (dahulu dikenali sebagai Victorian College of Pharmacy)

Sekadar meneliti struktur pengajian di kampus penulis (Monash University, Parkville), penulis memaparkan bersama peta pengajian pelajar tahun pertama sesi 2009 Monash University.

4 aliran pembelajaran yang digabungkan dalam kurikulum ini ialah Enabling knowledge base, Drug Delivery, Intergrated Therapeutics, and Pharmacy Practice.

Areas of study, Bachelor of Pharmacy, Monash University

Bagi Enabling knowledge base, antara subtopik yang ditekankan ialah Physical, Organic dan Medicinal Chemistry, Physiology, Biochemistry, Molecular Biology, dan Immunology.

Bagi Drug Delivery pula, kami didedahkan dengan cara-cara memformulasi ubat, Pharmacokinetics (apa yang terjadi kepada ubat apabila berada di dalam badan). dan kepelbagaian bentuk dos dalam perubatan.

Bagi Integrated Therapeutics, pelajar didedahkan dengan pelbagai penyakit utama dan farmakologi ubat-ubatan yang digunakan untuk merawatnya serta amalan merawat pesakit.

Dan akhir sekali, bagi Pharmacy Practice, antara topik yang dibincangkan adalah peranan ahli farmasi dan juga penjagaan kesihatan dalam masyarakat. Untuk tujuan ini. pelajar akan menjalani Professional Experience Placement pada Tahun 3 atau/ dan Tahun 4 di farmasi hospital, farmasi komuniti dan farmasi pedalaman mengikut masa dan tempat yang telah ditetapkan1.

Peranan Ahli Farmasi

Pernahkan anda mendengar perkataan Legal Drug Dealer? Ini adalah antara perkataan yang tertera pada pakaian rakan-rakan sekampus penulis. Memang benar. Pemberian dadah yang dikelaskan sebagai ubat-ubatan adalah sinonim dengan tugas seorang ahli farmasi selaras dengan peningkatan sistem penjagaan kesihatan masa kini. Ahli farmasi juga dilihat semakin relevan untuk memantau penggunaannya dan memastikan ubat-ubatan itu digunakan secara selamat serta memberikan hasil yang positif terhadap pesakit.

Selain itu, perkara yang sering ditekankan oleh pensyarah kami ialah ahli farmasi merupakan sebahagian daripada pasukan penjagaan kesihatan (healthcare team) yang turut dianggotai oleh doktor, jururawat dan sebagainya. Seorang ahli farmasi dalam pasukan ini berperanan memastikan doktor memberi preskripsi ubat yang betul dan pesakit juga menerima preskripsi yang betul.

Ahli farmasi turut memberi kaunseling kepada pesakit tentang cara yang betul untuk mengambil ubat berkenaan. Pendek kata, ahli farmasi membantu untuk memastikan keberkesanan sesebuah sistem penjagaan kesihatan, iaitu terapi ubat secara khususnya dan memberikan hasil yang positif kepada pesakit.

Tidak terhad sekadar itu, ahli farmasi terutama yang berada di sektor farmasi komuniti adalah antara profesional kesihatan yang paling mudah untuk ditemui orang awam dan berpotensi untuk mendidik komuniti tersebut tentang penjagaan kesihatan yang betul2. Jika anda ke farmasi di Australia, cuba perhatikan risalah-risalah kesihatan oleh Pharmaceutical Society of Australia (PSA) yang disediakan di mana-mana sudut farmasi tersebut. Ini antara contoh inisiatif untuk mendidik komuniti tentang kesihatan.

Isu

Penulis masih ingat, antara isu yang dibincangkan di Malaysia adalah dispensing right untuk ahli farmasi yang perlu dipisahkan daripada tugas seorang doktor (penulis berpendapat isu ini masih lagi relevan); Penulis, secara peribadinya, berpendapat bahawa pemisahan hak ini adalah suatu kebaikan buat pesakit.

Berdasarkan pengalaman peribadi di Australia, penulis berpeluang untuk membeli ubat di dalam preskripsi dari mana-mana farmasi dan  berpeluang untuk mengurangkan kos. Ini disebabkan oleh beberapa buah farmasi boleh menjual satu jenis ubat generik (e.g Paracetamol) yang sama, menggunakan jenama yang berbeza (e.g Panadol dan Panamax) seterusnya pada harga yang berbeza. Ada kalanya, ubat dari jenama sama juga dijual pada harga yang berbeza di farmasi yang berlainan. Kesimpulannya, persaingan sihat antara farmasi komuniti yang ada menyebabkan mereka cuba untuk memberi perkhidmatan kesihatan (i.e. menjual ubat-ubatan) yang terbaik pada harga yang bersesuaian.

Kedudukan Bidang Farmasi

Aplikasi farmasi sebenarnya adalah agak meluas. Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Dr. Mohamed Izham dari Pusat Racun Negara, USM, sekurang-kurangnya terdapat 5 skop utama yang boleh diceburi dalam bidang farmasi; farmasi hospital, independent pharmacy, chain pharmacy, industri farmaseutikal dan juga akademia3.

Akan tetapi, penulis berminat untuk meninggalkan anda dengan satu persoalan berkaitan industri farmaseutikal. Nama-nama seperti Pfizer dan GlaxoSmithKline adalah antara syarikat farmaseutikal dunia yang utama. Perolehan keuntungan melalui industri ini adalah sesuatu yang amat memberangsangkan.

Jadi, mungkinkah suatu masa nanti umat Islam pula yang menguasai industri ini, seterusnya menjana ekonomi ummah dan memperbaiki taraf hidup ummah?

Rujukan

Bachelor of Pharmacy, Monash University, Faculty of Pharmacy and      Pharmaceutical Science, 2008 http://www.pharm.monash.edu.au/courses/pharmacy/areasofstudy.html

Pharmaceutical Practice, 3rd ed. A.J Winfield, R.M.E Richards, Churchill Livingstone 2004

Peranan ahli farmasi dalam      kesihatan, Dr. Mohamed Izham

http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/kosmik/1997/kosmik9.html

Australia dan Rahsia Keunikannya
Sekali sebulan, kami dari BIJAK-ISMA akan kongsikan sebuah artikel berkenaan sesuatu perkara menarik yang dipelajari oleh para pelajar di bumi Australia ini. Untuk membaca artikel-artikel lain di dalam siri ini, sila klik di sini. Antara artikel yang telah diterbitkan ialah “Kenali Hakikat Tumbuhan Semula Jadi di Australia” dan “Keruntuhan West Gate Bridge”.

Australia sering diwar-warkan dengan pelbagai keindahan dan tarikan yang hebat dan mengagumkan. Sydney Opera House, Ayers Rock, Paddy’s Market, Rundle Mall, Federation Square, kanggaru, wombat, koala; bukanlah perkara yang asing lagi bagi pelancong luar mahupun orang tempatan. Percaya atau tidak, Australia sebenarnya lebih menarik dan istimewa dari yang disangkakan, malah tidak mustahil,keunikannya mungkin  juga mampu menggerunkan sesetengah pihak!

Berikut adalah beberapa keistimewaan, dan ‘keunikan’ Australia yang tidak diketahui ramai.

The Great Artesian Basin

The Great Artesian Basin merupakan akuifer tertutup bawah tanah paling besar di dunia yang terletak di tanah besar Australia.

[Aquifer (Akuifer) adalah formasi geologi atau grup formasi yang mengandung air dan secara signifikan mampu mengalirkan air melalui kondisi alaminya. Batasan lain yang digunakan adalah reservior airtanah, lapisan pembawa air.Todd (1955) menyatakan bahwa akuifer berasal dari Bahasa Latin yaitu aqui dari aqua yang berarti air dan ferre yang berarti membawa, jadi akuifer adalah lapisan pembawa air.]

Akuifer ini seluas 1,711,000 kilometer persegi, merangkumi sebahagian besar Queensland, Northern Territory, South Australia dan New South Wales. Akuifer ini mampu menampung 65,000 juta megaliter air, justeru menjadi sumber air utama seluruh negeri di Australia. Lebih menarik lagi, air yang dikeluarkan mempunyai kandungan garam yang rendah.

Kawasan Great Artesian Basin (berwarna kuning) dalam rajah di atas, merupakan kawasan rendah Australia. Pada masa dahulu,ketika kawasan ini berada di bawah paras laut, permukaan yang terdiri daripada lapisan batu pasir (sandstone) yang tebal dan poros telah membantu pembentukan takungan air di bawah tanahnya. Mendapan dari laut (berupa tanah liat dan lumpur) membentuk lapisan tidak telap air yang baru di bawah lapisan batuan pasir tadi.

Apabila paras air laut kembali rendah, takungan air bawah tanah di kawasan batuan pasir tadi masih lagi terperangkap. Akhirnya, kumpulan air inilah yang membentuk The Great Artesian Basin. Subhanallah. Menarik kan?

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="425" height="350" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="quality" value="best" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/oI3QI5SRBFY" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="425" height="350" src="http://www.youtube.com/v/oI3QI5SRBFY" quality="best"></embed></object>

Kitaran air bawah tanah ini tidak pernah terhenti. Ianya kini di dikitar, bermula dengan “recharging process” oleh hujan di sekitar “pintu masuk” ke akuifer bawah tanah tersebut. Air dari takungan ini dipam keluar untuk kegunaan majoriti penduduk di Australia.

Australia dan Teori Hanyutan Benua

Kajian saintifik telah menemui bukti bahawa Australia suatu masa dahulu pernah bercantum dengan benua-benua lain, di mana cantuman benua ini dinamakan Gondwanaland. Ini dibuktikan melalui kesan kewujudan bongkah ais (glacier) yang dijumpai di kawasan-kawasan yang menjadi titik cantum antara benua kerana Gondwanaland pada masa itu berada di kutub selatan. Di South Australia, bukti yang ditemui berupa kesan geseran-geseran permukaan batu di Hallett Cove, yang dihasilkan oleh bongkah ais semasa bongkah itu mula mencair dan bergerak ke laut.

Berdasarkan Teori Hanyutan Benua, kajian geologi menunjukkan bahawa benua Australia bergerak 2 centimeter setahun, dari kawasan kutub selatan ke kawasan utara.

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="425" height="350" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/R_RSGbfxfjs" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="425" height="350" src="http://www.youtube.com/v/R_RSGbfxfjs"></embed></object>

Ahli geologi berpendapat bahawa pada masa akan datang, Australia akan bertembung dengan Tanah Besar China.

Gempa Bumi Di Australia?

Sejarah membuktikan bahawa Australia yang terletak jauh dari kawasan Lingkaran Api Pasifik pun pernah mengalami gempa bumi. Antara yang terburuk pernah berlaku ialah di Meckering, Western Australia pada tahun 1968 dengan magnitud 6.8 skala Ritcher. Gempa bumi juga pernah berlaku di Newcastle pada tahun 1989 dengan magnitud 5.5. Pakar gempa bumi menganggarkan kejadian gempa bumi di Western Australia dan Newcastle akan sentiasa berlaku, masing -masing setiap lima dan dua tahun.

Namun begitu, Adelaide diperakui sebagai kawasan paling kerap merasai gempa dalam tempoh 50 tahun berbanding bandar-bandar utama lain di Australia. Antara yang paling teruk pernah dicatatkan dalam sejarah ialah kejadian gempa 1 Mac 1954 yang terjadi dalam tempoh 30 saat dengan magnitud 5.5. Kerosakan akibat gempa tersebut dianggarkan sebanyak $350 juta.

Pakar gempa dan ahli geologi berpendapat, kejadian gempa bumi akan berlaku lebih teruk lagi di Adelaide pada masa akan datang, berdasarkan bukti berlakunya siri gegaran kecil serta pergerakan South Australia yang semakin termendap menghala ke arah laut dengan kadar 0.1 milimeter setahun.

Gunung Berapi Termuda

Mount Gambier adalah tempat di mana terletaknya gunung berapi paling muda di Australia. Anda tidak perlu membayangkan sebuah gunung berapi yang sedang berasap-asap dan memuntahkan lava merah di situ, kerana gunung berapi muda tersebut sudah pun ‘mati’!

Terletak di antara Adelaide dan Melbourne, gunung berapi tersebut menjadi tasik gunung berapi yang sangat besar dan cantik yang menjadi tarikan utama pelancong dari serata dunia. Subhanallah! Cantik,kan?

Kesimpulannya, biarpun sehebat mana manusia mampu mengkaji rahsia alam ini, semuanya tertakluk dengan kehendak Yang Mencipta. Sesungguhnya, Ilmu yang Dia miliki jauh lebih agung daripada apa yang kita mampu terokai. Walaubagaimanapun, Islam menggalakkan kita untuk mencabar diri dengan terus menerus meneroka segala macam ilmu yang ada di dunia ni, walaupun di luar bidang pengajian kita.

Oleh:

FA Fauzi

B.Sc (Geophysics)

The University of Adelaide.

Keruntuhan West Gate Bridge
Sekali sebulan, kami dari BIJAK-ISMA akan kongsikan sebuah artikel berkenaan sesuatu perkara menarik yang dipelajari oleh para pelajar di bumi Australia ini. Untuk membaca artikel-artikel lain di dalam siri ini, sila klik di sini. Artikel yang telah diterbitkan pada bulan lepas ialah “Kenali Hakikat Tumbuhan Semula Jadi di Australia“.

Memandang ke arah selatan Melbourne, pastinya mata akan terpaku melihat suatu binaan yang sangat unik dan gah. Bercahayakan lampu putih dan biru yang menawan di waktu malam, pasti perasaan kagum itu hadir. Inilah dia “West Gate Bridge”.  Pernahkah anda pernah terdengar akan jambatan ini? Jika tidak, mari kita salami kisah dan fakta yang menarik tentang binaan ini.

West Gate Bridge (WGB) dibina pada tahun 1978 dan dibuka kepada umum pada 15 November 1978. Berkonsepkan “Cable-stayed box grider”, jambatan ini merupakan satu binaan yang amat dibanggakan warga Melbourne kerana ia amat bermanfaat kepada pengguna awam, khususnya penduduk yang menetap di luar bandaraya Melbourne yang perlu berulang alik setiap hari ke tempat kerja. Jambatan ini menghubungkan bandaraya Melbourne dengan kawasan luar Bandar termasuk Geelong. Jambatan ini juga merupakan medium yang utama dalam menghubungkan penduduk bandar dan luar bandar. Binaan ini mempunya jarak 2582.6m merentasi Yarra River, dan mempunyai ketinggian 58m dari aras bumi bagi membolehkan kapal-kapal bergerak menuju ke pelabuhan. Menariknya, jambatan ini adalah ketiga terpanjang di Australia selepas Houghton Highway dan Hornibrook Bridge dan fakta yang lebih menarik  tentang jambatan ini adalah ia lebih panjang daripada Sydney Harbour Bridge dengan hampir 2 kali jarak.

Malangnya, pada tanggal 11.50 pagi 15 Oktober 1970, satu insiden menyayat hati telah berlaku. Salah satu daripada bahagian tiang-tiang jambatan telah runtuh semasa dalam proses pembinaan. Plat yang menghubungkan dermaga kesepuluh dan kesebelas runtuh dengan mengorbankan 35 orang, yang kesemuanya adalah pekerja yangterlibat dalam pembinaan jambatan tersebut. Kesemua mangsa yang terkorban adalah mereka yang sedang bekerja di bawah jambatan, di mana semasa kejadian, plat yang runtuh telah menghempap mereka dan mengakibatkan kematian dan kawasan yang terdekat dicemari dengan debu-debu yang mengganggu penglihatan.

Sejurus selepas kejadian, Pesuruhjaya Diraja telah ditubuhkan untuk mengenal pasti punca-punca yang menyebabkan kejadian seumpama ini boleh berlaku. Hasil daripada penyiasatan selama hampir 9 bulan mendapati bahawa terdapat 2 punca utama yang menjadi kontibusi kepada kemalangan ini. Ini termasuklah reka bentuk struktur yang diusulkan oleh Freeman Fox & Partners dan juga kelainan langkah untuk proses ereksi yang dicadangkan oleh kontraktor asal untuk jambatan ini iaitu World Services and Construction.

Jika dilihat rajah di atas (keratan rentas ‘girder’ dan ‘deck’), dalam pembinaan sesuatu jambatan, ‘deck’ dan 2 buah ‘girder’ perlu digabungkan untuk membentuk suatu jambatan yang kukuh di mana ia boleh menampung beban yang berat untuk merentasi sungai ataupun apa sahaja yang berada di bawah. Dalam kes ini, setelah separuh daripada ‘girder’ digabungkan dengan ‘deck’ dan tiang jambatan, lengkungan pada ‘deck’ telah berlaku dan menyebabkan sebahagian daripada ‘girder’ sukar untuk digabungkan. Lengkungan (buckle) yang terbentuk adalah sepanjang 11.4cm, dan ini membentuk kenaikan tegangan (stress) pada ‘deck’ terbabit sebanyak 17%. Untuk memperbaiki lengkungan ini, pihak yang terbabit telah mengambil tindakan dengan meletekkan satu pemberat yang dipanggil ‘kentledge’ yang mempunyai berat hampir 66 tan. Dalam proses ini, sejenis alat pengukur yang dipanggil ‘aquator’ diapplikasikan bagi memastikan bahawa ketinggian sebahagian ‘girder’ yang sedang dipasang adalah sama dengan ‘girder’ yang telah dihubungkan sebelum ini. Apabila semuanya telah selesai, dan lengkungan yang berlaku menunjukkan perubahan iaitu lengkungan terbabit semakin berkurangan, tegangan pada ‘deck’ kini meningkat sebanyak 200% (tegangan meningkat kepada 2 kali ganda). Pada tahap ini, keadaan pada ‘deck’ ini semakin kritikal dan pelbagai perkara yang tidak diigini berkemungkinan akan berlaku.

Pabila segala berjalan dengan lancar, pekerja jambatan telah diarahkan untuk membuka kembali pasak (bolt) yang telah dipasang dahulu semasa menggabungkan separuh ‘girder’ yang pertama sebelum ini. Setelah sejam pasak tersebut dialihkan, ‘deck’ dan ‘girder’ telah jatuh secara tiba-tiba. Dan kejatuhan ini mengakibatkan pekerja yang sedang bertugas mati dihimpap bebanan yang sangat berat dan kerosakan tapak pembinaan dan sistem pengangkutan air di Yarra River terpaksa ditangguhkan buat seketika waktu.

Setelah kejadian yang sangat bersejarah ini berlaku, pembinaan diteruskan kembali pada tahun 1972 dengan pembaikan dari segi reka bentuk struktur yang lebih mantap dan teliti. Setelah tamat pembinaan dalam masa 10 tahun, jambatan tersebut dibuka secara rasmi dengan kos pmbinaan sebanyak $202 juta.Pada awalnya, setiap pengguna dikenakan tol untuk menggunakan jambatan ini, akan tetapi kerajaan telah mengambil tindakan yang relevan dengan menghapuskan pembayaran tol pada tahun 1985 oleh sebab ramai pengguna yang tidak menggunakan jambatan tersebut atas dasar harga tol yang mahal, dan agak sukar bagi penduduk yang perlu berulang alik setiap hari ke Melbour ne untuk menampung kos itu.

Kerajaan Australia, khususnya di Victoria telah mengambil inisiatif dengan membina sebuah memorial yang dikenali sebagai ‘West Gate Bridge Memorial’ bagi memperingati jasa-jasa pekerja yang terkorban semasa pembinaan jambatan tersebut. Ia dibina di bawah jambatan tersebut dan sebenarnya dibuat di tempat sebenar di mana kemalangan terbabit berlaku. Dan pada 15 Oktober setiap tahun, kaum keluarga, sahabat handai dan juga bekas rakan sekerja yang pernah bekerja dengan mereka yang terkorban akan berkumpul di memorial untuk memperingati mereka yang sangat-sangat disayangi.

Pihak pengangkutan dari kerajaan yang dikenali sebagai VicRoad telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan proses penyelenggaraan bagi memastikan sistem perjalanan melalui jambatan terbabit berjalan dengan lancar, termasuklah dari segi struktur dan kesesakan lalu lintas.

Zulfadli Zakaria

Kenali Hakikat Tumbuhan Semula Jadi di Australia
Sekali sebulan, kami dari BIJAK-ISMA akan kongsikan sebuah artikel berkenaan sesuatu perkara menarik yang dipelajari oleh para pelajar di bumi Australia ini. Untuk bulan ini (September), Azrina Zakariya, penuntut tahun akhir jurusan Botany dan Biotechnology di University of Melbourne akan kongsikan tentang hakikat tumbuhan semula jadi di bumi Australia.

Benua Gondwana yang terpisah sejak 130million tahun yang lalu

Jika anda berpeluang melancong atau berada di Victoria, salah satu tarikannya adalah taman menghijau indah. Antara taman-taman tersebut ialah ‘Royal Botanical Garden’, ‘Fitzroy Garden’ dan ‘Royal Park’. Selain itu terdapat hutan simpan yang tidak kurang hebatnya. Pemeliharaan dan pemuliharan hutan dan taman di Australia terikat kepada keadaan semulajadi dan iklim yang unik di sini. Proses penyesaran yang telah berlaku million tahun yang lalu meninggalkan Australia sebuah bumi Allah dengan keistimewaan ekologinya yang tersendiri. Dari sudut bio geografi, Australia pada asalnya tercantum bersama Amerika Selatan, Afrika dan India sebagai sebuah benua besar bernama Gondwana. Proses penghanyutan benua (continental drift) telah membawa Australia ke selatan hemisfera.

Pinus Radiata

Kedatangan penduduk Eropah ke sini sedikit sebanyak memberi kesan kepada alam semulajadinya. Mereka mempunyai sebuah impian untuk tinggal bersama pemandangan buatan ala Eropah. Rata – rata penduduk awal Eropah membawa bersama benih tumbahan seperti Pinus radiata (pokok pine) dan berusaha menjadikan lanskap Australia seperti hutan alps di Eropah. Malangnya, struktur tanah yang tandus dan kering serta kurang nutrisi di Australia, terutamanya di Victoria, tidaklah sesuai untuk kebanyakan tumbuhan dari hemisfera utara. Tumbuhan semulajadi Australia mempunyai kitar hidup dan cara penyebaran yang berbeza.

Antara tumbuhan semula jadi Australia

Kebanyakan tumbuhan semulajadi di Australia telah teradaptasi dengan iklim dan keadaan tanah di sini.  Penduduk pribumi Australia menggunakan kaedah pengurusan tumbuhan yang berbeza daripada pendatang berkulit putih ini. Sebagai contoh, di Cheltenham Park penduduk Kauri menggunakan teknik pembakaran untuk membiakkan biji benih Eucalyptus, Banksia dan Acacia.

Leptospermum Laevigatum

Namun kedatangan penduduk Eropah telah menghapuskan kebanyakan tumbuhan semula jadi dan digantikan dengan Leptospermum laevigatum (coastal tea tree). Kecantikan Leptospermum yang menghiasi taman memang tidak dapat dinafikan, namun hakikat ia ditanam di habitat yang salah mengakibatkan ekosistem Cheltenham Park berubah sama sekali. Setelah puluhan tahun, banyak tumbuhan dan pokok-pokok musnah disebabkan dominasi Leptospermum.

Sepanjang lima minggu mempelajari kaedah pengurusan tumbuhan dan pemeliharaan di lima hutan simpan berbeza, selama itu juga saya mendengar keluhan renjer atau pengurus taman membicarakan pelbagai isu yang perlu diselesaikan. Antara isu yang dibangkitkan termasuklah isu kebanyakan penduduk yang masih tidak memahami ekologi dan muka bumi Australia. Sebenarnya, rata-rata tumbuhan meliar di sini perlu kepada pembakaran sebagai kaedah untuk memastikan kelangsungan spesies. Namun begitu penduduk tempatan merasakan aktiviti pembakaran ini mencemarkan alam dan merosakkan habitat.   Di kebanyakan hutan simpan, penjagaannya adalah berdasarkan tender yang diberikan kepada syarikat swasta. Kebanyakan tender berakhir dalam tempoh lima tahun sedangkan proses pemuliharaan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 20 tahun untuk variasi biologi stabil. Hal ini menyebabkan  plan pengurusan tidak dapat dijalankan dengan baik

Mempelajari tidaklah sama dengan beramal. Pendidikan awal terutamanya kepada kanak-kanak dan orang awam dapat membantu memahamkan masyarakat tentang isu sebenar. Ekosistem bumi ini perlu dipelihara sebaiknya. Janji khalifah bumi kepada Allah adalah untuk menjaga dan memelihara alam ini dengan sebaiknya. Sebaliknya alam ini rosak binasa kerana tangan – tangan manusia juga. Di kesempatan ini saya ingin menyeru pembaca sekalian untuk berfikir dan merenungi hakikat alam ini. Hormatilah fitrah bumi ini dan bersama-samalah kita memelihara setiap sudut bumi ini. Agar, pada hari perjumpaan kita dengan Allah, kita punya hujah menyatakan bahawa kita telah tunaikan janji kita.

Penulisan ini berdasarkan pembelajaran di hutan simpan berbeza d sekitar Victoria dalam subjek 606-305 Vegetation Management and Conservation, School of Botany, University of Melbourne.

Azrina Zakariya

3rd year Bsc (Botany and Biotechnology)

University of Melbourne