ADELAIDE, 23 Mac : Tips menjadi insan cemerlang dari segi akademik dan sahsiah menjadi topik pembuka tirai Kembara Ilmu(KI) siri ke 11. Dengan tema “Aim High”, program berkala anjuran Biro Kebajikan dan Akademik (BIJAK) ISMA-SA ini telah kembali menemui warga Adelaide setelah setahun menyepi.
Program dimulakan tepat jam 6.30 petang dengan pengenalan BIJAK oleh Pengarah Program KI-11, Saudara Danial Ariff Shaari. Terdapat dua slot pada Kembara Ilmu kali ini di mana slot pertama membawa tajuk “Sharing is Caring” dibentangkan oleh Saudari Siti Aishah Sulaiman, seorang calon PhD di Universiti of Adelaide. Slot kedua pula disampaikan oleh Dr Rozanizam Zakaria dengan tajuk “Sindrom Budak Pandai”.
Kira-kira 100 orang pelajar hadir pada program yang berlangsung selama 2 jam ini. Rata-rata hadirin sedar yang mereka harus mengubah cara pembelajaran dan pemikiran mereka untuk berjaya dalam bidang akademik.
Setiap pelajar yang hadir diberikan cenderamata untuk dibawa pulang.
ISMA South Australia berharap para hadirin berasa bersemangat untuk belajar selepas menghadiri program ini. Semoga berjumpa lagi di Kembara Ilmu siri ke 12 pada 1 Jun nanti.
Disediakan oleh:
Wartawan Biro Kebajikan dan Akademik (BIJAK)
ISMA South Australia
Share






Komen Terbaru