MORIB, 8 Januari – Program ‘Reunion’ tahunan, Jalinan Ukhuwah melabuhkan tirainya hari ini dengan dihadiri hampir 150 peserta. Program 3 hari 2 malam ini diadakan di Kem El-Azhar, Morib khusus buat alumni dan pelajar-pelajar semasa di Australia dan New Zealand yang sedang pulang bercuti.
Uniknya program Jalinan Ukhuwah kali ini ialah, segala aktiviti yang dibuat bertemakan air dan dibuat di kawasan pantai dan tasik. Aktiviti-aktiviti seperti berjalan dalam lumpur, lumba kayak, tug-of-war dan banyak lagi disusun untuk meraikan ukhuwah di antara para peserta.
Melihatkan kepada peserta yang hadir, hampir setiap dari mereka sebenarnya mengenali antara satu sama lain tetapi sudah berpisah lama kerana tahun pengajian, universiti dan usia yang berbeza. Justeru dalam program ‘Reunion’ ini, mereka dipertemukan kembali dan dibasahkan semula ukhuwah sesama mereka.
Turut bersama memeriahkan program ini ialah pelajar-pelajar dari negara lain seperti Korea Selatan dan Eropah.
Selain permainan dan aktiviti ‘outdoor’ yang mencabar dan memenatkan, para peserta diuji pula dengan mengadakan persembahan teater muzikal. Slot forum yang membincangkan isu belia celaru identiti dibuat sebelum majlis penutup, dengan menampilkan Dr. Khamsani Samingan, Pengerusi Biro Belia ISMA Pusat sebagai salah seorang panelis.
Media SEKTAR ISMA
www.jalinanukhuwah.info





0 Comments
You can be the first one to leave a comment.